Wednesday, May 29, 2019

Second Pregnancy - Part 6 -

29 Mei 2019, Rabu

okay, kalini bukan hari khamis dah. hari rabu! yeayyy! hahaha Alhamdulillah kandungan dah mencecah 31 minggu. dan harini merupakan ramadan yang ke 24. setakat ni aku masih berpuasa penuh. inshaAllah semua yang baik2 je. baby kecik ni pun aktif je menendang. masa checkup minggu lepas pun dah double confirm dengan doktor. doktor kata okay je nak puasa. sebab aku tak ada masalah. dapat la puasa penuh tahun ni. hehe

masa mengandungkan adila tahun lepas aku tinggal puasa 4 hari. sebab risau sangat jadi apa2 kat baby. aku join group ibu mengandung kat facebook. lepas tu hari2 ada je keluar kat wall aku tanya 'saya mengandung xx week. boleh ke saya nak puasa?' pastu orang duk reply, 'tak payah puasa la sis. puasa boleh ganti. anak tiada ganti. kan banyak kes ibu tahan je puasa, takde masalah pun. tapi last2 keguguran. baby tak kuat lagi'

haaaa mana tak cuak weyy hari2 duk baca benda macam tu. tapi aku buka puasa pun petang. time dah balik kerja. kiranya pagi tu aku try la jugak menahan diri dari lapar dan dahaga. tapi tahun ni, inshaAllah. aku nekad nak puasa penuh. selagi tak ada masalah. aku yakin Allah tolong :) penat memang penat. dengan perut makin kedepan, kebawah. nak membuang pun mengah tau. ingat senang ke? hahaha dengan hari2 jalan jauh. jarak dari office aku nak ke parking kereta, 10 minit perjalanan kaki ye awak. berpanas, berhujan, aku redah je. nak balik kan. kalau lambat, jem. aku yang rimas nanti.

tapi takpe la. banyak berjalan orang kata mudah bersalin. tengok la masa aku bersalinkan adila dulu. aku rasa macam banyak sangat dimudahkan. daripada awal sampai la habis. cuma after tu yang aku rasa macam down sikit. uhuk uhuk. sebab luka jahitan aku tu macam bengkak sikit. sakit dia tuhan je yang tahu. dan benda tu la yang aku takut untuk pregnancy kali ni. jujur cakap, aku takut nak bersalin tahun ni. mungkin sebab dah ada pengalaman kot. kalau dulu lebih kepada rasa excited. sebab masa tu kita tak pernah rasa lagi sakitnya bersalin tu. bila dah rasa ni, ........ entah la. excited tu ada sebab anak sendiri kan. gila kau tak excited! tapi takut pun ada. takut kena gunting, kena jahit, luka jahitan bengkak, sembelit.

tapiii! itu lah pengorbanan seorang ibu kan? 😂 sakit kan penghapus dosa. inshaAllah aku mampu. family pun banyak support aku time aku pantang. healing proses tu jadi mudah je nanti. Aminnn. 2 minggu je! sebab masa bersalinkan adila, 2 minggu pertama tu je yang seksa. 2 minggu tu je aku rasa aku banyak sangat menyusahkan orang. lepas dari tu, aku start okay walaupun slow. ye lah, baru jadi ibu kan 😊 tahun ni dah ada pengalaman sikit, and masih fresh lagi. soooo, harapnya dipermudah! amin!

okay, done membebel. harini aku publish semuaaaa entry pregnancy yang selama ini draft je kat blog ni 😁 sekian.
♥ Don't forget to smile ♥

0 budak cute:

Sesungguhnya mencuri itu satu dosa