Sunday, December 1, 2013

pertemuan dan perpisahan

assalamualaikum
annyeonghaseyo, meyyda imnida

setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. perpisahan ni pulak ada dalam pelbagai bentuk. sama ada kematian atau perpindahan. ada lagi kott. cer fikir sendiri. hee. ok ni dah mengarut ni. dah la dah lama x menjengah blog ni. dah tinggai berapa lama dah niiii. kesian diaa kena tinggai lama2. huu


so, four of our friends, classmates, family ni dah pun pergi meninggalkan kitorang di chendering ni. dari 30 orang, now tinggal 26 orang je dalam kelas kitorang. or maybe our program? student akaun part 2 ada 26 orang je total. haha sedihnyaaaa T_T tapi tu la hakikatnya.

diorang kena transfer ke UiTM Dungun atas sebab2 tertentu. satu sem je dapat dengan diorang ni. tak sempat kenal pun lagi budak laki tu. haha kenal cenggitu je. almaklumlaa. den ni sibuk je manjang. haha
anyway, good luck korang dekat dungun. alaaaaa, dekat je pun dengan chendering ni haa. sejam je pun. aku pun selalu pergi training kat sana. agak2 rindu, datang ahh gemia time aku kt sana. haha.

belajar elok2. kampus tu besar berkali ganda dari kampus kita ni.korang kena pandai bawak diri. jangan culture shock pulak kt sana. cari kawan elok2. jangan tersalah pilih. nanti korang yang susah kan ;) aku tahu korang kuat! ^^V sayonaraa~

♥ Don't forget to smile ♥

Sunday, September 8, 2013

apa ni kawan

assalamualaikum
annyeonghaseyo, meyyda imnida

friends is everything for everybody. kannnnn? cuba bayangkan hidup tanpa kawan. suram, sepi, sedih, forever alone. siapa nk hidup macam tu? tak ada rasanya. as pun tak nak. dua riusss ni. haha. tapiiiiii, ada jugak segelintir dari kita yang tak reti nak jaga kawan. maybe dia rasa dia dah cukup jaga kawan dia. dia rasa dia dah buat macam-macam pengorbanan. tapi hakikatnya dia tak sedar yang dia sebenarnya tak buat apa-apa pun. faham tak? haha sorry lah belit-belit ayatnya.

kita selalu fikir asyik kita je yang sibuk jaga hati orang lain. asyik kita je yang kena buat macam-macam untuk orang lain. kita asyik fikir kesusahan yang kita terpaksa tanggung sebab nak jaga orang lain. tapi kita tak pernah fikir apa yang orang lain tu rasa. kita tak pernah fikir kesusahan yang dia kena tanggung untuk jaga kita. kita tak pernah hargai apa yang dia dah buat untuk diri kita. kita selalu lupa kebaikan orang lain kat kita.

apa salahnya kalau sesekali kita muhasabah diri kita sendiri. cuba fikir balik apa kebaikan yang kawan kita tu dah buat untuk kita. time kita susah, time kita minta tolong kt dia, dia tolong ke tak. jangan hipokrit. kadang-kadang, ada segelintir ni, time dia susah dia tak nak bagitahu sesiapa. dia nak simpan kesedihan tu. but then, dia ungkit balik. "time aku susah, takde siapa nak tolong aku. time senang, ramai datang kat aku." perghhhh, rasa macam nak skuad jump banyak2, haha -.-

cuba hargai kawan kita. jangan sampai satu masa nanti, takde sape nk kawan dengan kita lagi. selagi dia boleh bersabar dengan kita, selagi tu dia akan cuba berkawan dengan kita. kawan kita tu pun manusia kan. ada hati, ada perasaan. bila dah sampai tahap maksimum, maka meletuplahh gunung berapi yang memuntahkan lahar-lahar yang sangattttt panas itu haha. sanggup ke hidup sorang-sorang time susah senang? renung-renungkan lahh :)

p/s two weeks left before final exam. takutttttt ;s

♥ Don't forget to smile ♥

Sunday, September 1, 2013

oiiii

assalamualaikum
annyeonghaseyo, meyyda imnida

okay, Terengganu besttt! haha tibe2 -.- dulu kan before terima tawaran uitm chendering tu as rasa cm berbelah bahagi kan. rasa cam beratttt je nak masuk sana. rasa macam tak mampu nak hidup tiga tahun kt negeri orang. merantau jauhhh nun di timur, jauh dari mama ayah, jauh dari semua2 lahh. haha but then, everything is fine here. bukan macam kat pengkalan hulu dulu. life universiti dan life sekolah memang berbeza. tak dapat dinafikan :)

tapi kat sana pun takde la bebas mana pun. ada jugak limit. kad outing pun ada tawwww hehehh. as pulak join ROTU. Rotu ni macam askar wataniah la lebih kurang. as sebahagian dari askar. wuuuu~ and askar pulak, disiplin sangat tinggi. insyaAllah as punya disiplin sikit demi sikit jd lagi mantap. hahaha bajett je minah ni ;p hujung minggu ada training kt dungun. dungun dh jadi mcm U kedua bg kitorang budak2 palapes ni.

*lima org sebenarnya. sorang lagi hilang tanpa dikesan masa ni ;)

kawan2 kat sini sangat awesomeee. wee ~ seronok bila dapat jumpa kawan yang sekepala dengan kita kan. Alhamdulillah, as dah jumpa diorang kat sini. diorang sangat memahami. hampir semua benda kitorang buat sama2. masing2 merupakan tulang belakang masing2. cewahhh hehe. hidup as tak kan jadi best kat sana kalau diorang ni tak adaaa. saranghaeyo chingu yaaa~!

pelajaran? so far so good. lecturer semua okayy. subjek business maths is my fav! sangat fun belajar mathematics. hee subjek accounting? masih dalam proses menyesuaikan diri. heee yg lain2, microeconomic my second fav subject. hee

sooo, i think that's all from me. lama gilaaa x update kann. haha bajet ada orang baca je ;p annyeongggg~!


p/s jari kena 2 jahitan jumaat haritu. excited sangat potong serai kann T_T siyan mama buat keje sorang2 hmm

♥ Don't forget to smile ♥

Monday, May 20, 2013

antara CINTA dan CITA-CITA

assalamualaikum
annyeonghaseyo, meyyda imnida

Alhamdulillah. first word from my mouth when I got an offer from UITM. but then, when I know my campus located in KUALA TERENGGANU, I was like.. speechless. perjalanan jauh sama macam MRSM dulu. lebih kurang 5 jam dan ke atas ayah cakap. hohoii, apakah. kenapa jauh sangat kena campak. and rasa macam as sorang je yang kena kat sana. budak2 maktab, sekolah lama dulu tak ada pun setakat ni yang as dengar kat terengganu. why must me?

apa hikmah di sebalik semua ni. as kena korbankan lagi tiga tahun kat negeri orang kalau as terima masuk situ. tiga tahun kott. kalau setakat melaka, johor, as tak kisah lagi. bila rasa macam rindu, boleh balik rumah. ni kalau sana, dah jadi macam kat maktab. setahun berapa kali je as balik. sedih bak hanggg. amek kau haha

sana ada airport. ok, kalau as masuk sana, as nak balik naik kapal terbang. tak kira! gedik gila kan. k, sorry -.- haha heiiii tapi macam tak nak je. ada banyak sebab kenapa as tak boleh terima belajar jauh2 ni. banyakkkk gilaaa. as mengaku as anak manja. as susah nak bawak diri kat tempat orang. as nak dekat dengan rumahhhhh T_T nak dekat dengan mama, ayah, nunu. haa

*ditempatkan khas di kampus Shah Alam
ini yang lama ke? as punya la semangat ingatkan betul la ada kat Shah Alam tu. tapi sepupu as cakap Shah Alam tak ada diploma. hmm

as takut bila as nekad pilih mana2 then as tak dapat bawa diri kat sana. akan menyesal di kemudian hari sebab nekad sangat. haishh 2 hours to go before result program under mara keluar. as mengharap yang itu je sekarang ni. harap sangatt2 :'|



♥ Don't forget to smile ♥

Friday, May 17, 2013

UPU

assalamualaikum
annyeonghaseyo, meyyda imnida

Alahamdulillah. tu je yang as mampu ucapkan. terima kasih ya Allah sebab bagi peluang ni. persoalan pasal keputusan upu ni dah terjawab dah pun. as yakin, ramai gilaaa dah cek masing2 punya permohonan kan. kalau semalam wall fb as penuh dengan wish hari guru, harini penuh dengan good news masing2. haha comelll je. as pun rasa mcm nak buat status cenggitu, uhh tp as macam segan je haha -.- tah pape kan

tahniahhh! semoga berjaya dalam bidang masing2. as nak tunggu mara dulu. uitm ni pun, tak tahu lagi dpt cawangan mana. so, still dalam mood penantian. mara tu, kalau dapat, dapat la study dekat2. KPM Beranang :) kalau tak dapat, harap2 uitm tu nnty dapat dekat2 je. kalau tak, KPTM Cheras je la jawabnya. haha. program diploma kerjasama uitm. still under uitm and program diploma yang sama which is diploma perakaunan. hahhh, as berubah angin ye. haha. I have no basic account, so I will try harder than anyone else. InsyaAllah.

♥ Don't forget to smile ♥

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru

assalamualaikum
annyeonghaseyo, meyyda imnida

dekat wall facebook as, k ramai gila duk wish selamat hari guru dari malam semalam lagi. semua mention nama sekolah diorang dari tadika sampai laa universiti. as pun rasa macam nak buat status cenggitu. tapi macam maluuuuu haha. takpe la. cukup la kat sini. walaupun tak akan ada cikgu pun yang baca. dekat fb pun, bukan as friends denggan cikgu as sangat. cikgu sekolah menengah je ada sikit2. cikgu mrsm, tiadaaa haha. sedih kann T_T




as pun nak wish jugak cikgu2 as dari tadika sampai la cikgu2 maktab as ni.
Tadika An-Nuur (2000-2001)  SK Sri Serdang (2002-2003) SRA Mambaul Ulum (2002-2003) SK Cheras Jaya (2004-2007) KAFA Integrasi Mambaeil Ulum (2004-2007) SMK Cheras Jaya (2008-2010) MRSM Pengkalan Hulu (2011-2012)
nak sebut satu2 cikgu, memang tak la kan. banyak. terlalu banyak. tanpa cikgu2 as ni, as tak akan berjaya jadi manusia yang macam sekarang ni. haha. cikgu la yang ajar as huruf, nombor, mengaji, makan ubat pil, pidato, nasyid, uruskan program, dan lain-lain. tanpa cikgu2 ni, as tak akan ada semua ilmu tu.

and now, as merupakan guru sementara. haha. ada la dalam 6 orang budak. sekolah rendah dengan tadika semua. sorang je 4 tahun. cikgu apa? biarlah rahsia. kikikii. as dah mula faham macam mana perasaan cikgu tu masa ajar student dia. macam mana bila diorang dapat student yang susah nak faham, student yang cepat faham, student yang suka melawan, student yang bersungguh-sungguh haha. nampak tak, walaupun 6, mcm2 jenis student as jumpa. bayangkan cikgu2 kita selama ni, berapa ramai student yang dia ada. mesti lagi penat kan.

apa yang boleh bahagiakan cikgu tu, bila kita buktikan dekat dia, kita mampu jadi orang yang berjaya. bila kita boleh amalkan semua ilmu yang dia dah bagi dekat kita. bila kita sentiasa ingat dekat dia. sentiasa doakan kesejahteraan dia. dia tak akan minta apa-apa lagi dari kita. percayalah :)

S E L A M A T  H A R I  G U R U !! ^^v

p/s selamat hari guru juga pada mama. makin hari makin bertambah student mama kan :) ayah pun selamat hari guru jugaaa. terima kasih sebab paksa nurul buat latihan matematik banyak2 masa sekolah rendah dulu hihii dan2 terima kasih sebab jadi cikgu nurul dari baby sampai sekarang dan masa akan datang ♥

♥ Don't forget to smile ♥

Tuesday, May 14, 2013

L O V E 911 (반창꼬) korean movie

 assalamualaikum
annyeonghaseyo, meyyda imnida

another movie, L O V E 911 (반창꼬). as tengok dua hari lepas dekat youtube. seronokkkkk! haha comel dan kelakar. movie ni, um rasanya tak ada la lama sangat. tapi lama la jugak haha. 19 december 2012. tahun lepas :) ok, mari baca sinopsis sama-samaaaaa


Kang-il (Go Soo) is a rescue firefighter whose wife died while he was helping someone else in an accident. Struggling with guilt for being unable to save his wife, Kang-il frantically jumps into dangers to rescue others. Mi-soo (Han Hyo Joo), a doctor at a general hospital, makes a misdiagnosis and gets sued by the patient's husband when the patient ends up slipping into a critical condition. In danger of losing her medical license, Mi-soo's lawyer advises her to convince Kang-il to testify against the patient's husband for an assault that occurred while the husband was in grief. She sets out to win Kang-il over by "dating him."
However, Kang-il is not one to fall for Mi-soo's schemes and gives her the cold shoulder. At last, Mi-soo volunteers to be a paramedic to work alongside Kang-il and get closer to him.
 
Despite the initial cat-and-dog relationship, as they struggle through the dangerous rescue sites together, they gradually fall in love. But their relationship falls apart since Kang-il cannot let go of the memories of his late wife and furthermore when he finds out the real reason why Mi-soo approached him. Kang-il is driven once again into chasing after the most dangerous rescue sites, while Mi-soo can no longer stop him. Then one day, when Kang-il gets buried under a collapsed building, Mi-soo runs after him not knowing whether he will survive.
ending? they lived happily ever after. such a great ending right? haha. berbaloi habiskan dua jam tgok movie ni. lagi2 time tengah bosan tak tahu nak buat apa kan. movie ni tak slow pun, jangan risau. rasa macam nak gelakkk je masa tengok movie ni. haha. tapi ada la jugak part yang suspens, sedih. campur2. dae bakk~!
ok, klik S I N I untuk menonton. silaa2, jangan malu2.


Han Hyo Joo


Go Soo oppa

macam nickhun kan kan kannnnn haha

p/s A Gentleman's Dignity sangat ohsemmmm! haha silakan menonton hari isnin dan selasa, jam 8.30 malam di ntv7 ;D

♥ Don't forget to smile ♥

Wednesday, May 8, 2013

A L W A Y S (오직 그대만) korean movie

assalamualaikum
annyeonghaseyo, meyyda imnida

lai laii, nak promote movie ni. tajuk dia, A L W A Y S (오직 그대만) baru je habis tengok petang tadi dekat youtube. sangat best okayy. sebab tu macam terdorong nak share. ngee~ movie ni lama dah rasanya. hujung tahun 2011 kalau tak silap. genre dia? romance kott. as pun x tahu nak letak dalam genre apa. sebab dia mcm ada lawan2. haha

movie ni mengisahkan tentang *skema haha sorang ex-boxer (cheol min) yang ada sejarah hitam and dah tutup pintu hati dia. kira macam hati kering la ni. dia kerja part time as a parking lot attendant. masa dia first day kerja tu, ada sorang perempuan (jung hwa) ni datang kat pondok dia and bagi stuffs yang selalu dia bagi dekat atuk yang selalu kerja situ sebelum ni. jung hwa tak tahu yang dia salah orang sebab dia buta. dia tak nampak. tapi lepas tu, hari2 jung hwa dtg pondok tu sebab nak tgok movie. amazing kan. walaupun buta, still ada semangat nak tgok movie. siap nangis2 lagi. haha

and lama2, bila dah spend time sama2, diorang start bersama. sampai la satu masa tu, cheol min tekad nk tolong jung hwa dapatkan penglihatan dia balik, dia start masuk boxing haram yang menggadaikan nyawa dia sendiri. cheol min buat macam tu bila jung hwa cerita macam mana dia boleh jadi buta. k, yang itu tak nak cerita. tengok sendiri kalau nak tahu. cheol min rasa bersalah gila masa tu. masa jung hwa dalam operation, cheol min dekat thailand sebab nak dapatkan duit operate tu. lepas tu, diorang tak jumpa2 dahh sampai la 2 tahun kemudian.

jung hwa tak pernah tengok cheol min tu, tapi dia still sayang gila and setia dekat cheol min. kira macam cinta agung la lebih kurang. hee

ni sinopsis as curi dari wikipedia :)
Cheol-min, a man with a dark, mysterious past, gets hired at a part-time night job as a parking lot attendant. He sits in the tiny pay booth in the parking lot and stares at the small television. A woman named Jung-hwa walks into the booth. She offers something to Cheol-min and sits next to him. Cheol-min realizes the woman is blind and she is confusing him for the parking attendant who worked there previously. 
Nevertheless, the woman comes back on another night to watch the same television drama. She constantly asks Cheol-min questions on what is happening on the television screen. Cheol-min starts becoming attached to the woman. Their past is tied by a life-altering incident. 
One day, Cheol-min accompanies Jung-hwa to a musical. Afterwards they have dinner together. Jung-hwa asks about Cheol-min's past. Cheol-min ruthlessly berates Jung-hwa for asking about his past. Their relationship becomes strained.Several days later when Jung-hwa's boss follows her home and tries to sexually assault her, Cheol-min busts through the door. He beats up Jung-hwa's boss savagely and attempts to comfort Jung-hwa. They move in together and start to live as a couple. But can their happiness last? 
silalahh menonton movie ini. klik S I N I. tak pun klik je mana2 gambar dalam post ni. semua akan terus bawa anda terbang ke movie tersebut. kekekee
HERO YANG HOT haha ^^V
so ji sub

HEROIN ;D
han hyo joo


rasa macam pernah tengok tak actress ni? siapa tengok RUNNINGMAN? haaaaa tadaaaaaaa



♥ Don't forget to smile ♥

Tuesday, May 7, 2013

Hidden Meaning

assalamualaikum
annyeonghaseyo, meyyda imnida

just want to share something interesting here. satu gambar yang mempunyai makna yang sangat mendalam. orang yang banyak berfikir je rasanya boleh menafsirkan gambar2 ni dengan betul2 tafsiran yang sangat bermakna, krik krikk, ayat apa tu -.- as sertakan sekali pendapat orang2 yang cuba menerangkan gambar ni. as amek apa yang as rasa terbaik aje ;) okay, let's check it out.

dia boleh keluar dari kegelapan dan tempat yang berada sekarang. tapi dia bertindak kurang bijak dengan mengendahkan peluang yang ada tu.

bagi yang mengamalkan freemason *kalau tak tahu boleh google mereka percaya akan ada kewujudan dajal yang akan membantu mereka suatu masa nanti sebab tiang tu merupakan lambang kepercayaan mereka.

lagi satu pendapat tentang gambar ni, tiang tu hidung pinoccio yang menunjukkan penipuan yang sedang dilakukan oleh kerajaan yang mentadbir sebab bangunan belakang tu dikaitkan dengan bangunan pemerintah kerajaan.

orang2 kaya akan terus hidup dalam kesenangan dan kemewahan sedangkan orang miskin perlu bekerja keras setiap hari untuk menampung hidup mereka.

fakta yang direka-reka oleh orang2 barat akan mempengaruhi seluruh manusia yang mahu mengenali ilmu. jadi mereka memutarkan fakta untuk menunjukkan bahawa negara lebih hebat dan bijak. sedangkan ilmu yang dikeluarkan adalah dari para ilmuan islam.

mereka boleh mereka-reka cerita dan juga merancang agenda dan misi yang mahu mereka kecapi. sebagai contoh, peristiwa 11 september. itu adalah rekaan mereka semata-mata ingin penduduk dunia menyalah anggap orang islam sebagai terrorist.

orang bawahan akan dikerah bekerja oleh oran atasan mereka..

merupakan antara unsur pengkhianatan.

orang bawahan tidak layak bermain dengan orang atasan. orang bawahan hanya layak sebagai orang suruhan mereka.

mereka mahu mengawal dan menakluk dunia. impian mereka adalah untuk memerintah dunia mengikut cara mereka sendiri.

orang miskin perlu bekerja keras untuk memberi faedah kepada mereka sedangkan mereka yang duduk di dalam rumah itu bersenang-lenang. orang bawahan memberi kekayaan kepada orang atasan sedangkan orang bawahan itu yang bersusah-payah.

dalam diam, mereka mahukan kehancuran terhadap sesuatu bangsa tersebut. mereka menggunakan cara yang paling halus sama ada secara sedar ataupun tidak.

sumber : S I N I

interesting kan? setiap orang ada pandangan sendiri tentang gambar2 ni. as pun ada pandangan as sendiri. pendapat yang as tulis kt atas tu, bukan dari as taw. dari komen2 yg orang lain bagi :) ada yang sama dengan pendapat as,ada yang tak. ada yang as tak tahu nak komen apa pun. haha as tak mempunyai pemikiran yang sesuai lagi untuk tafsirkan gambar2 ni. jawapan yang sebenar, as sendiri tak tahu. yang pasti, orang yang hasilkan gambar2 ni, ada makna yang tersurat dan tersirat yang dia nak sampaikan. and dia sangat genius!

♥ Don't forget to smile ♥

Monday, April 29, 2013

SLE (Systhemic Lupus Erythematosus)

assalamualaikum
annyeonghaseyo, meyyda imnida

okay, dah lama sangat tak update kan kannn. pemalas macam ni lahh haha. harini rasa macam nak share sikit pasal penyakit SLE ni. ada yang tahu, and ada yang tak tahu. mariiiii tambah pengetahuan masing2 ;D

apakah SLE aka systhemic lupus erythematosus?
SLE ialah penyakit kronik autoimun di mana antibodi dalam tubuh pesakit yang sepatutnya melindungi badan untuk melawan penyakit tiba-tiba `berubah’ dengan menyerang sel badan atau organ manusia. Dalam kata lain, ia satu gangguan sistem imun membabitkan sistem imun itu sendiri melawan bahagian-bahagian tubuh yang sepatutnya dilindungi.
Menurut Pakar Perunding Rheumatologi Hospital Putrajaya, Dr. Heselynn Hussein, penyakit ini berlaku secara tiba-tiba kepada seseorang individu dan puncanya tidak diketahui. Ia menjadikan sistem daya tahan tubuh menjadi berkecamuk dan bercelaru.

Jelasnya, penyakit ini menyerang individu secara tiba-tiba dan masa ia menyerang tidak diketahui. Ia mempunyai spektrum yang luas di mana ada pesakit yang mendapat penyakit SLE ringan dan ada yang memperoleh serangan sangat serius. Ia boleh menyerang kulit sahaja dan ia boleh menyerang sendi, buah pinggang, jantung, paru-paru, saraf dan otak.

“Penyakit ini boleh membawa maut kerana SLE berupaya menyebabkan kegagalan fungsi organ atau serangan SLE itu sendiri terlalu kuat yang dinamakan krisis lupus. Antibodi juga boleh memecahkan sel-sel darah merah dan menyebabkan pesakit kurang darah merah,” ujarnya.

Berbicara tentang simptom awal, Heselynn menerangkan penyakit ini tidak mempunyai simptom spesifik dan ia berubah-ubah mengikut individu. Secara umumnya, ada yang menderita demam, mendapat ruam, rambut gugur, sakit sendi, mudah penat dan kemurungan.

“Itulah sebabnya penyakit ini dinamakan penyakit seribu wajah kerana simptomnya berubah-ubah mengikut individu. Adakalanya sukar untuk doktor mengesahkan penyakit ini kerana wujudnya unsur-unsur penyamaran. Misalnya, salah satu simptomnya ialah sakit sendi sedangkan ada banyak lagi penyakit lain yang turut menyebabkan sakit sendi,” ujarnya sambil memberitahu untuk mengesahkan penyakit ini, pesakit yang sudah menampakkan simptom perlu menjalani ujian darah antinuklear antibodi (ANA).
punca penyakit SLE
Punca sebenar penyakit ini belum dapat dipastikan tetapi kemungkinan besar mempunyai kaitan rapat dengan gabungan pelbagai faktor seperti genetik, hormon, sistem imun badan dan persekitaran seperti virus Ebstein Barr.Dalam kebanyakan pesakit SLE, terdapat gen-gen tertentu yang lebih banyak frekuensinya berbanding dengan mereka yang sihat.


Kebarangkalian mewarisi gen-gen itu adalah tinggi bagi keturunan pesakit tersebut biarpun bukan seratus peratus.Unsur ultraungu di dalam sinaran matahari merangsang sel-sel keratin di dalam kulit untuk mewujudkan protein-protein asing di permukaan sel.


Kesemua faktor di atas akan berhubung kait antara satu sama lain dan mewujudkan antibodi terhadap tisu-tisu badan dan penghasilan kompleks imun.Kompleks-kompleks inilah yang bertanggungjawab terhadap kerosakan yang berlaku di dalam badan pesakit SLE.
gejala-gejala SLE
- Sakit sendi atau bengkak sendi/artritis
- Rasa lesu 50 peratus.

- Demam yang tidak tentu
- Pecah-pecah mulut
- Masalah kulit
- Buah Pinggang
- Sistem Saraf
- Gugur rambut
- Tompok-tompok merah atau ruam merah berbentuk kupu-kupu pada bahagian muka
- Kiraan darah putih yang rendah
- kiraan platelet rendah
- Sawan
- gangguan urat saraf.


PerhatianKebanyakan pesakit SLE sudah pun mempunyai gejala-gejala seperti di atas semasa berjumpa doktor.Gejala-gejala ini boleh timbul secara sendirian lantas menyukarkan diagnosis ataupun secara serentak.Ia juga boleh timbul pada masa-masa berlainan yang boleh menyebabkan tertundanya diagnosis SLE.
diagnosis
Selain beberapa ujian darah yang diperlukan, ujian air kencing juga diperlukan bagi mengesan protein dan sel darah merah termasuk yang abnormal di dalam air kencing, di samping mengukur kandungan protein di dalam air kencing yang berkaitan dengan tahap kreatinin.Penglibatan organ-organ dalaman seperti buah pinggang, perlu dikesan lebih awal kerana kerosakan organ tersebut berlaku secara halus sebelum siasatan darah menjadi abnormal.
rawatan
- Menentukan keaktifan penyakit SLE dan penglibatan organ-organ.

Keaktifan penyakit merujuk kepada keradangan organ-organ yang terlibat dan darjah kerosakan organ merujuk pula kepada indeks kerosakan sesuatu organ itu.
Keaktifan penyakit, diukur melalui sejarah klinikal, pemeriksaan pesakit secara teliti, ujian spesifik organ-organ dan serologi.


- Pengubahsuaian gaya hidup.

Diet yang sesuai bergantung kepada ciri-ciri SLE yang dialami pesakit. Mereka yang mempunyai SLE aktif memerlukan kalori yang bertambah.Rawatan steroid menambahkan selera makan pesakit SLE. Justeru, kebanyakan pesakit mempunyai berat badan yang berlebihan.Sementara itu peningkatan paras lemak berlaku di dalam pesakit yang mempunyai hefrotik atau yang diberi rawatan steroid.Oleh itu, mereka perlu mengawal pemakanan melalui pengambilan diet rendah lemak.Rawatan menggunakan ubat statin boleh diberikan jika paras kolesterol masih tinggi selepas pengawalan diet.Pesakit SLE tidak perlu mengambil vitamin kecuali jika mereka kurang selera makan.Kebanyakan pesakit SLE juga mempunyai paras vitamin D aktif rendah manakala pesakit yang menerima steroid perlu diberikan kalsium, vitamin D dan bisfosfonats untuk meminimumkan kehilangan tulang.


- Senaman; kekurangan aktiviti badan semasa berlakunya peringkat aktif menyebabkan kehilangan otot-otot badan dan pengurangan stamina.

Oleh itu seseorang pesakit digalakkan menjalani senaman secara berperingkat-peringkat.


- Merokok boleh meningkatkan risiko SLE. Perokok juga mempunyai keaktifan SLE yang tinggi.

- Elakkan tekanan kerana ia boleh menyebabkan SLE menjadi aktif. Perlu berfikiran positif sentiasa.

- Perlindungan kulit, seperti menggunakan perlindungan matahari SPF sekurang-kurangnya 45. Pesakit digalakkan memakai payung, topi atau baju lengan panjang.

sekian ;D
maklumat2 tu semua as ambil dekat blog ni, JEJARI RUNCING yg dipetik dari berita harian

p/s mama as merupakan salah seorang pesakit SLE. doakan kesihatan beliau :)

♥ Don't forget to smile ♥

Monday, March 18, 2013

The Day

*pic dicuri dari album yana :)
assalamualaikum
annyeonghaseyo, meyyda imnida

21'st March 2013, result spm 2012 akan diumumkan. woooooo, cuak -.- macam mana lahh agak2 result kitorang semua nanti kan. harap2 dapat yang terbaik. insyaAllah :) apa yang kita tanam, itu yang kita semai. ayat pengetua rasanya tu. apa yang kita usahakan, itulahh keputusan yang kita akan dapat nanti. yang dapat result gempak, bersyukur lahh. yang biasa2 je, takpe. bersyukur jugak. itu rezeki masing2 kan. tak semestinya gagal sekali, gagal selamanya. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. redha dan tawakal je k. kita dah berusaha kan :)

as, ummm sangat2 mengharapkan dapat result yang terbaik nanti. kalau boleh tak nak bagi mama and ayah kecewa dengan result as nanti. yelahh, belajar dah jauh beratus-ratus kilometer. tiap2 bulan mesti ada pulang bermalam. as pulak manja sangat tak nak naik bas balik maktab kan. kesian mama dengan ayah kena penat2 hantar as. kos minyak, tol, penat lelah, tak cukup tidur semua semata-mata nak bagi as pendidikan yang terbaik. kalau as sia-siakan pengorbanan diorang berdua tu, hmmm, bayangkan perasaan mama dengan ayah nanti. mesti sedih kan.

kalau as dapat result yang baik, at least, mama and ayah akan bangga dengan as. mesti macam tak terasa sangat kan pengorbanan tu semua. kalau orang tanya diorang pun, mesti macam bangga je nak jawab kan kan kannnnn. tak payah nak segan2. haha k, doa je as. insyaAllah boleh. siapa tak nak banggakan parents dia kan ^^

♥ Don't forget to smile ♥

Thursday, March 14, 2013

Dream High

assalamualaikum
annyeonghaseyo, meyyda imnida

okay, this post is not about kdrama DREAM HIGH tu k. ini adalah impian as yang as rasa tersangat lahhh tinggi. yang as rasa macam tak mampu je nak capai. haha. negative thinking betul kannnn -.- tapi serius lahh. sebab as rasa macam orang kaya je boleh amek course ni. kan? ke as salah? err entah. haha

as ada cita2 nak jadi pilot ni sebab masa as 6 tahun as ada tengok satu cerita cina ni. drama kt tv3 tu rasanya. cerita dia pasal the very first pilot perempuan kat negara diorang. seorang girl yang berusaha sungguh2 nak jadi pilot walaupun dipandang rendah sebab dia sorangggg je perempuan dalam academy pilot tu. as pun tak ingat tajuk dia and full story dia haha. 6 tahun k. bukan tahun 6. kecik2 dah pandai nak ada dream high kan. haha. masa tu rasa macam excited sangat nak jadi pilot. tapi as tak pernah bagitahu siapa2. kalau cikgu tanya pun as akan jawab, doktor, saintis, angkasawati. haha gelabah kan angkasawati -.-

but then bila dah masuk maktab, as rasa cam, hishhhhh aku nak jadi PILOT lahhhhhh! apa doktor2 ni. aku tak suka tengok darah. geliii. haa cenggitu lahh monolog yang terjadi. huhh krikk krikk. then masa form 5, kan ada kelas kerjaya kan. kaunselor pun tanya laa cita2 semua orang. as pun dengan confidentnya jawab "pilot cikgu". haha. and I'm the only girl yang nak jadi pilot dalam kelas tu. malu jangan cakap lahhh haha. nak2 lagi bila cikgu tanya ayah awak kerja apa, gaji berapa, awak mampu ke nak masuk academy dia. Zzz, tebal muka. dah la kena berdiri sorang2. budak2 kelas tengok je. memang kena provok habis lahh time tu. hishhhh

then cikgu cerita lahh kos untuk course pilot ni. beratus ribu jugak lahh. masa tu as dah macam, ahh lantak lahh. aku tak mampu kan. takpe. banyak lagi kerjaya lain kat luar tu. jangan risau. lepas tu cikgu cakap lagi, dalam berita cakap ada ramai student yang amek course pilot ni menganggur. okayy, dahh. tak nak pilot. nekad nihh! haha. so datang lahh cita2 nak jadi akauntan. pulakk dahh. dah la spm tak amek paper akaun kan. haha

lepas tu lepas tu, umm terbukak pulak web KISTAA *klik kistaa tu untuk terjun ke web dia :) tiba2 macam bersemangat balik nak jadi pilot. haha ngengg kan. lagi2 bila ada gamba pilot perempuan. semua yang as cuba lupakan pasal pilot ni semua teringat balik. kapal terbang, airport, semua lahh. siap bunyi2 lagi haha. as tahu impian as tinggi. and as tahu susah nak capai impian tu. tapiii, tak salah kan nak ada impian yang tinggi menggunung tu. hee

tengok2, semua perempuan. bertudung pun ada tawwwww hmm




it's just too awesome~! wuu wuu. nak jugak bawak kapal terbang. duduk kat seat penumpang macam tak feel sangat. setakat nampak sayap dan enjin di tepi dan awan. itu pun kalau duduk dekat dengan sayap kan. kalau dapat seat yang tengah2 tu. Zzz, rasa macam dalam kotak kosong je. dah la tak rasa apa dalam kapal tu. haha. ok, macam dah panjang membebel. mari kita akhiri perbincangan ini. bersurai. bajettttttttttt haha -.-

"IF YOU CAN DREAM IT, YOU CAN DO IT. ONE DAY I WILL PASS OVER THAT WALL."

♥ Don't forget to smile ♥

Tuesday, March 12, 2013

N R N M Z

haiii J I E H A HAHAHA
okayy, krikk krikk -.-

jia oooo jia. ni aku buat post special untuk kau. serius untuk kau je nihhh. so, baca lahh yeeee. hee. sorry tak dapat nak bagi apa2 untuk kau. but aku promise nanti masa amek result aku bagi something kat kau taw tawww. sekarang ni, setakat ni je yang aku mampu bagi. hehehh. nahhhhh


sorry buruk. but seriously, ikhlas dari aku ni. khas untuk kau. hahahh. H A P P Y  B I R T H D A Y jia~! kau dah tua. kau dah besar. kau dah matang. kau dah tinggi. err, tinggi? haha ;p aku harap kau tak lupa aku. kalau kau lupa aku ketuk2 kau. okayyyy hee. thanks jadi kawan aku. walaupun macam selalu gaduh2 -.- haha macam bongok je kan bila ingat balik. kau tak cakap dengan aku, aku tak cakap dengan kau. padahal duduk sebelah menyebelah. haha dah la kadang2 tu gaduh sebab mende kecikk je. alahaiii haha

thanks jugak sebab kasi aku stay rumah kau haritu. ye, walaupun kau tinggalkan aku tidur sorang2 kat bilik kau tu T_T haha sampai hati kau kann. ishhhh haha. thanks sekali lagi sebab kau selalu tolong aku, teman aku, umm apa lagi. haa sebab yang paling utama adalah sebab jadi kawan baik aku dari form 4 sampai sekarang :) thanks sebab percaya kat aku. kalau x percaya tak de nye kau share masalah, rahsia kau kat aku kan. senang cite, thanks for everything!

aku harap result spm kita nanti sama2 gempak. in shaa Allah straight A+'s~! nanti bila kau dah success jangan lupa aku eh ehh :) aku doakan kau happy sentiasa. and semoga bertemu dengan jodoh kau. muahaha tibe jodoh kan ;p kahwin nanti jangan tak jemput aku pulak. VVIP seat untuk dua orang okayy. haha

aku rasa macam nak membebel je kat kau. tapiiii, errr entahh. haha kosong kosongg. non-idea. ngee~ btw, kau nak tahu tak, kau ni lahhhh first bff aku yang kecik2. selalunya semua lebih kurang aku je. kau ni terkecik pulak. haha sebab tu aku rasa macam selalu nak jaga kau. krikk krikk kan haha. okayy lalutt -.- dahh cukup. sampai sini je lahh kott. aku sayang kau. eeee, betul ni. aku sayang kau. walaupun macam dah susah nak jumpa kan sekarang. bukan macam, memang susah pun kan. haha. aku harap kita still berkawan sama macam dulu :) 사랑해요 친구 ingat tak cara nak baca ni? ;p



♥ Don't forget to smile ♥

Friday, March 8, 2013

Aku

sekarang baru aku sedar. aku ni nama je ada ramai kawan. tapi sahabat aku tiga ketul tu je. haha. bila aku susah, aku cari diorang. bila aku senang, aku cari diorang. tapi, bila aku ada someone special, aku dah jarang sangat cari diorang. selalu cari dia tak kira susah atau senang. lagi2 bila aku dah tak sama sekolah dengan diorang tiga lagi. and diorang pulak tak bawak fon masa dekat asrama. it's hard to call or message them. time cuti pun jarang2 dapat gather sama2. sedih? of course. siapa tak sedih kan. bila dah lama2 macam tu, dah rasa macam krik krik nak cari diorang bila ada masalah. rasa macam bersalah and tak tahu nak start macam mana sebab dah lama sangat kan. tapi tak jadi masalah lagi sebab aku ada dia. but then, bila ada masalah dengan dia, serius aku keseorangan. totally alone! tak tahu nak cerita dekat siapa. tak tahu macam mana nak luahkan apa yang terpendam dalam hati. sakit sorang2. haha macam bongok je kan. friends dekat facebook, followers kat twitter ramai je kawan aku. kawan sekolah rendah, kawan sekolah menengah, kawan maktab, tapi tak ada seorang pun yang aku berani tegur. even kalau diorang tiga ada pun aku tak akan berani tegur. bila ada something nak cakap je aku tegur. aku pulak bukan jenis yang selalu dapat merayap kat luar. setahun 2, 3 kali je aku keluar dengan kawan2 aku. dekat rumah pulak, aku jenis yang tak suka duduk dekat luar. aku duduk dalam bilik aku je. buang masa. bila perlu je aku keluar dari bilik ni. sebab tu aku rajin online. tapi aku online, tak pernah nak tegur siapa2. macam orang bodoh je kan aku ni. haha. aku stress, tension, happy, marah, semua sorang2. 'seronok' life aku ni kan? kadang2 aku benci jadi diri aku. tapi, ni lah aku. nak tak nak, kena terima jugak. aku rasa macam nak menangis kuat2 je sekarang ni. haha. mana ada orang nak kisah pasal aku pun. dia pun dah tak kisah. kan awak? dah macam orang gila dah aku. Zzz

apa lahh yang aku merepek ni. huhhh

♥ Don't forget to smile ♥

Wednesday, March 6, 2013

Alhamdulillah, yes!

assalamualaikum
annyeonghaseyo, meyyda imnida

Alhamdulillah. selesai JPJ test dalam pukul 2.30pm tadi, rasa lega yang teramat! hee. nasib baik lepas. no repeat2 okay. hee. syukur sangat sebab as memang target nak pass dengan sekali test je. malu nak repeat -.-

sampai je imkeda pukul 8 pagi tadi, pergi kantin makan nasi goreng yang sangat pedas dengan mama. sikit je as makan. lepas tu terus sakit perut -.- nampak tak kepedasan nasi tu. as makan dua suap je kott. haha. then lepas pergi toilet, turun lahh kat tempat menunggu test. cek nama, sesi 3 no 4. perghh, sesi 3 tu. lama gila nak tunggu turn. haihhh

time menunggu tu sempat jugak lahh borak2 dengan diorang yang sama sesi dengan as. ada sorang akak tu dia buat repeat. then as tanya2 lahh dia apa yang patut sebab dia dah ada pengalaman test kan. sangat membantu okayy. hee. dia cakap tester perempuan sangat strict! time tu dah doa dalam hati dah, minta2 lahh dapat tester lelaki. hee

then, dah sampai turn, as mula dengan ujian bahagian 2 dulu. cikgu as sempat lagi pesan buat elok2 bukit ni. haha. nasib baik sangat2 sebab hand break dia tak ketat macam selalu! hee. as buat 2 kali sebab first punya tu tayar tak sampai line kuning. kali kedua baru sampai. tarik hand break, lepas break kaki, kereta terundur sikit Zzz. nasib baik sikit je. sempat tarik lagi sikit hand break. time tu macam dah pasrah dah. fail lahh aku ni. huhhh. then dia jerit turun. as turun lah bawah. then cikgu cakap pergi naik amek borang. i was like, huhh. serius ni? haha. senyum sampai telinga kott masa tu ;p

then, semuanya berjalan dengan lancar :D ujian jalan raya as lepas. dapat jpj lelaki. lega lagi sekali. dia tak cek pun yang 5 step pertama tu. haha. i got 18/20. agak bangga sebab abang as dulu test 2 kali. dia failed jalan raya. muahaha~ as test sekali jeeee ;p riak nye lahh haii. haha. mianhae

so sabtu ni maybe as pergi buat latihan motor pulak. nak setelkan motor pulak lepas ni. then, baru boleh pegang lesen P. sticker P untuk kereta dah dapat. tapi tak tahu nak tampal kat kereta mana. ayah suruh tampal kat pintu bilik tidur as. haha. Alhamdulillah lagi sekali. sumpah lega dah lepas test ni. doakan yang terbaik untuk motor pulak :)

p/s two weeks more before SPM's result. wish the best for all my chingu :)

♥ Don't forget to smile ♥

Tuesday, March 5, 2013

Tomorrow is The Day

assalamualaikum
annyeonghaseyo, meyyda imnida

okay, esok as JPJ test untuk kereta. cuak jangan cakap lahh. berdebar-debar ni. haha. last kelas pagi sabtu haritu. masa latihan terakhir as masih bermasalah dengan bahagian bukit Zzz. kadang2 okay, kadang2 hampehh. harap sangat esok semuanya berjalan dengan lancar selancar lancarnya. insyaAllah :) marilah kita sama2 berdoa yehhh.

ahad, isnin and selasa petang, as ada kelas dengan ayah. hee. bawak kereta round2 cheras jaya ni hahh. semalam ayah bawak pergi tempat bukit sebab as kan bermasalah dengan bukit. insyaAllah, as dah makin okay bahagian bukit. yang lain2 tu rasanya tak ada masalah :)

as harap sangat esok terus pass. kalau boleh as tak nak repeat2 ni. buang masa, buang duit. dah la motor punya kelas pun tak start lagi -.- entah bila lahh as nak pergi. haha. asyik fokus kat kereta je. haihhh. maybe lepas habis test ni baru start motor. okay, nevessss! harap dapat buat yang terbaik esok. fighting as! you can do it. Amin~!

♥ Don't forget to smile ♥

Sesungguhnya mencuri itu satu dosa