Monday, March 18, 2013

The Day

*pic dicuri dari album yana :)
assalamualaikum
annyeonghaseyo, meyyda imnida

21'st March 2013, result spm 2012 akan diumumkan. woooooo, cuak -.- macam mana lahh agak2 result kitorang semua nanti kan. harap2 dapat yang terbaik. insyaAllah :) apa yang kita tanam, itu yang kita semai. ayat pengetua rasanya tu. apa yang kita usahakan, itulahh keputusan yang kita akan dapat nanti. yang dapat result gempak, bersyukur lahh. yang biasa2 je, takpe. bersyukur jugak. itu rezeki masing2 kan. tak semestinya gagal sekali, gagal selamanya. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. redha dan tawakal je k. kita dah berusaha kan :)

as, ummm sangat2 mengharapkan dapat result yang terbaik nanti. kalau boleh tak nak bagi mama and ayah kecewa dengan result as nanti. yelahh, belajar dah jauh beratus-ratus kilometer. tiap2 bulan mesti ada pulang bermalam. as pulak manja sangat tak nak naik bas balik maktab kan. kesian mama dengan ayah kena penat2 hantar as. kos minyak, tol, penat lelah, tak cukup tidur semua semata-mata nak bagi as pendidikan yang terbaik. kalau as sia-siakan pengorbanan diorang berdua tu, hmmm, bayangkan perasaan mama dengan ayah nanti. mesti sedih kan.

kalau as dapat result yang baik, at least, mama and ayah akan bangga dengan as. mesti macam tak terasa sangat kan pengorbanan tu semua. kalau orang tanya diorang pun, mesti macam bangga je nak jawab kan kan kannnnn. tak payah nak segan2. haha k, doa je as. insyaAllah boleh. siapa tak nak banggakan parents dia kan ^^

♥ Don't forget to smile ♥

Thursday, March 14, 2013

Dream High

assalamualaikum
annyeonghaseyo, meyyda imnida

okay, this post is not about kdrama DREAM HIGH tu k. ini adalah impian as yang as rasa tersangat lahhh tinggi. yang as rasa macam tak mampu je nak capai. haha. negative thinking betul kannnn -.- tapi serius lahh. sebab as rasa macam orang kaya je boleh amek course ni. kan? ke as salah? err entah. haha

as ada cita2 nak jadi pilot ni sebab masa as 6 tahun as ada tengok satu cerita cina ni. drama kt tv3 tu rasanya. cerita dia pasal the very first pilot perempuan kat negara diorang. seorang girl yang berusaha sungguh2 nak jadi pilot walaupun dipandang rendah sebab dia sorangggg je perempuan dalam academy pilot tu. as pun tak ingat tajuk dia and full story dia haha. 6 tahun k. bukan tahun 6. kecik2 dah pandai nak ada dream high kan. haha. masa tu rasa macam excited sangat nak jadi pilot. tapi as tak pernah bagitahu siapa2. kalau cikgu tanya pun as akan jawab, doktor, saintis, angkasawati. haha gelabah kan angkasawati -.-

but then bila dah masuk maktab, as rasa cam, hishhhhh aku nak jadi PILOT lahhhhhh! apa doktor2 ni. aku tak suka tengok darah. geliii. haa cenggitu lahh monolog yang terjadi. huhh krikk krikk. then masa form 5, kan ada kelas kerjaya kan. kaunselor pun tanya laa cita2 semua orang. as pun dengan confidentnya jawab "pilot cikgu". haha. and I'm the only girl yang nak jadi pilot dalam kelas tu. malu jangan cakap lahhh haha. nak2 lagi bila cikgu tanya ayah awak kerja apa, gaji berapa, awak mampu ke nak masuk academy dia. Zzz, tebal muka. dah la kena berdiri sorang2. budak2 kelas tengok je. memang kena provok habis lahh time tu. hishhhh

then cikgu cerita lahh kos untuk course pilot ni. beratus ribu jugak lahh. masa tu as dah macam, ahh lantak lahh. aku tak mampu kan. takpe. banyak lagi kerjaya lain kat luar tu. jangan risau. lepas tu cikgu cakap lagi, dalam berita cakap ada ramai student yang amek course pilot ni menganggur. okayy, dahh. tak nak pilot. nekad nihh! haha. so datang lahh cita2 nak jadi akauntan. pulakk dahh. dah la spm tak amek paper akaun kan. haha

lepas tu lepas tu, umm terbukak pulak web KISTAA *klik kistaa tu untuk terjun ke web dia :) tiba2 macam bersemangat balik nak jadi pilot. haha ngengg kan. lagi2 bila ada gamba pilot perempuan. semua yang as cuba lupakan pasal pilot ni semua teringat balik. kapal terbang, airport, semua lahh. siap bunyi2 lagi haha. as tahu impian as tinggi. and as tahu susah nak capai impian tu. tapiii, tak salah kan nak ada impian yang tinggi menggunung tu. hee

tengok2, semua perempuan. bertudung pun ada tawwwww hmm




it's just too awesome~! wuu wuu. nak jugak bawak kapal terbang. duduk kat seat penumpang macam tak feel sangat. setakat nampak sayap dan enjin di tepi dan awan. itu pun kalau duduk dekat dengan sayap kan. kalau dapat seat yang tengah2 tu. Zzz, rasa macam dalam kotak kosong je. dah la tak rasa apa dalam kapal tu. haha. ok, macam dah panjang membebel. mari kita akhiri perbincangan ini. bersurai. bajettttttttttt haha -.-

"IF YOU CAN DREAM IT, YOU CAN DO IT. ONE DAY I WILL PASS OVER THAT WALL."

♥ Don't forget to smile ♥

Tuesday, March 12, 2013

N R N M Z

haiii J I E H A HAHAHA
okayy, krikk krikk -.-

jia oooo jia. ni aku buat post special untuk kau. serius untuk kau je nihhh. so, baca lahh yeeee. hee. sorry tak dapat nak bagi apa2 untuk kau. but aku promise nanti masa amek result aku bagi something kat kau taw tawww. sekarang ni, setakat ni je yang aku mampu bagi. hehehh. nahhhhh


sorry buruk. but seriously, ikhlas dari aku ni. khas untuk kau. hahahh. H A P P Y  B I R T H D A Y jia~! kau dah tua. kau dah besar. kau dah matang. kau dah tinggi. err, tinggi? haha ;p aku harap kau tak lupa aku. kalau kau lupa aku ketuk2 kau. okayyyy hee. thanks jadi kawan aku. walaupun macam selalu gaduh2 -.- haha macam bongok je kan bila ingat balik. kau tak cakap dengan aku, aku tak cakap dengan kau. padahal duduk sebelah menyebelah. haha dah la kadang2 tu gaduh sebab mende kecikk je. alahaiii haha

thanks jugak sebab kasi aku stay rumah kau haritu. ye, walaupun kau tinggalkan aku tidur sorang2 kat bilik kau tu T_T haha sampai hati kau kann. ishhhh haha. thanks sekali lagi sebab kau selalu tolong aku, teman aku, umm apa lagi. haa sebab yang paling utama adalah sebab jadi kawan baik aku dari form 4 sampai sekarang :) thanks sebab percaya kat aku. kalau x percaya tak de nye kau share masalah, rahsia kau kat aku kan. senang cite, thanks for everything!

aku harap result spm kita nanti sama2 gempak. in shaa Allah straight A+'s~! nanti bila kau dah success jangan lupa aku eh ehh :) aku doakan kau happy sentiasa. and semoga bertemu dengan jodoh kau. muahaha tibe jodoh kan ;p kahwin nanti jangan tak jemput aku pulak. VVIP seat untuk dua orang okayy. haha

aku rasa macam nak membebel je kat kau. tapiiii, errr entahh. haha kosong kosongg. non-idea. ngee~ btw, kau nak tahu tak, kau ni lahhhh first bff aku yang kecik2. selalunya semua lebih kurang aku je. kau ni terkecik pulak. haha sebab tu aku rasa macam selalu nak jaga kau. krikk krikk kan haha. okayy lalutt -.- dahh cukup. sampai sini je lahh kott. aku sayang kau. eeee, betul ni. aku sayang kau. walaupun macam dah susah nak jumpa kan sekarang. bukan macam, memang susah pun kan. haha. aku harap kita still berkawan sama macam dulu :) 사랑해요 친구 ingat tak cara nak baca ni? ;p



♥ Don't forget to smile ♥

Friday, March 8, 2013

Aku

sekarang baru aku sedar. aku ni nama je ada ramai kawan. tapi sahabat aku tiga ketul tu je. haha. bila aku susah, aku cari diorang. bila aku senang, aku cari diorang. tapi, bila aku ada someone special, aku dah jarang sangat cari diorang. selalu cari dia tak kira susah atau senang. lagi2 bila aku dah tak sama sekolah dengan diorang tiga lagi. and diorang pulak tak bawak fon masa dekat asrama. it's hard to call or message them. time cuti pun jarang2 dapat gather sama2. sedih? of course. siapa tak sedih kan. bila dah lama2 macam tu, dah rasa macam krik krik nak cari diorang bila ada masalah. rasa macam bersalah and tak tahu nak start macam mana sebab dah lama sangat kan. tapi tak jadi masalah lagi sebab aku ada dia. but then, bila ada masalah dengan dia, serius aku keseorangan. totally alone! tak tahu nak cerita dekat siapa. tak tahu macam mana nak luahkan apa yang terpendam dalam hati. sakit sorang2. haha macam bongok je kan. friends dekat facebook, followers kat twitter ramai je kawan aku. kawan sekolah rendah, kawan sekolah menengah, kawan maktab, tapi tak ada seorang pun yang aku berani tegur. even kalau diorang tiga ada pun aku tak akan berani tegur. bila ada something nak cakap je aku tegur. aku pulak bukan jenis yang selalu dapat merayap kat luar. setahun 2, 3 kali je aku keluar dengan kawan2 aku. dekat rumah pulak, aku jenis yang tak suka duduk dekat luar. aku duduk dalam bilik aku je. buang masa. bila perlu je aku keluar dari bilik ni. sebab tu aku rajin online. tapi aku online, tak pernah nak tegur siapa2. macam orang bodoh je kan aku ni. haha. aku stress, tension, happy, marah, semua sorang2. 'seronok' life aku ni kan? kadang2 aku benci jadi diri aku. tapi, ni lah aku. nak tak nak, kena terima jugak. aku rasa macam nak menangis kuat2 je sekarang ni. haha. mana ada orang nak kisah pasal aku pun. dia pun dah tak kisah. kan awak? dah macam orang gila dah aku. Zzz

apa lahh yang aku merepek ni. huhhh

♥ Don't forget to smile ♥

Wednesday, March 6, 2013

Alhamdulillah, yes!

assalamualaikum
annyeonghaseyo, meyyda imnida

Alhamdulillah. selesai JPJ test dalam pukul 2.30pm tadi, rasa lega yang teramat! hee. nasib baik lepas. no repeat2 okay. hee. syukur sangat sebab as memang target nak pass dengan sekali test je. malu nak repeat -.-

sampai je imkeda pukul 8 pagi tadi, pergi kantin makan nasi goreng yang sangat pedas dengan mama. sikit je as makan. lepas tu terus sakit perut -.- nampak tak kepedasan nasi tu. as makan dua suap je kott. haha. then lepas pergi toilet, turun lahh kat tempat menunggu test. cek nama, sesi 3 no 4. perghh, sesi 3 tu. lama gila nak tunggu turn. haihhh

time menunggu tu sempat jugak lahh borak2 dengan diorang yang sama sesi dengan as. ada sorang akak tu dia buat repeat. then as tanya2 lahh dia apa yang patut sebab dia dah ada pengalaman test kan. sangat membantu okayy. hee. dia cakap tester perempuan sangat strict! time tu dah doa dalam hati dah, minta2 lahh dapat tester lelaki. hee

then, dah sampai turn, as mula dengan ujian bahagian 2 dulu. cikgu as sempat lagi pesan buat elok2 bukit ni. haha. nasib baik sangat2 sebab hand break dia tak ketat macam selalu! hee. as buat 2 kali sebab first punya tu tayar tak sampai line kuning. kali kedua baru sampai. tarik hand break, lepas break kaki, kereta terundur sikit Zzz. nasib baik sikit je. sempat tarik lagi sikit hand break. time tu macam dah pasrah dah. fail lahh aku ni. huhhh. then dia jerit turun. as turun lah bawah. then cikgu cakap pergi naik amek borang. i was like, huhh. serius ni? haha. senyum sampai telinga kott masa tu ;p

then, semuanya berjalan dengan lancar :D ujian jalan raya as lepas. dapat jpj lelaki. lega lagi sekali. dia tak cek pun yang 5 step pertama tu. haha. i got 18/20. agak bangga sebab abang as dulu test 2 kali. dia failed jalan raya. muahaha~ as test sekali jeeee ;p riak nye lahh haii. haha. mianhae

so sabtu ni maybe as pergi buat latihan motor pulak. nak setelkan motor pulak lepas ni. then, baru boleh pegang lesen P. sticker P untuk kereta dah dapat. tapi tak tahu nak tampal kat kereta mana. ayah suruh tampal kat pintu bilik tidur as. haha. Alhamdulillah lagi sekali. sumpah lega dah lepas test ni. doakan yang terbaik untuk motor pulak :)

p/s two weeks more before SPM's result. wish the best for all my chingu :)

♥ Don't forget to smile ♥

Tuesday, March 5, 2013

Tomorrow is The Day

assalamualaikum
annyeonghaseyo, meyyda imnida

okay, esok as JPJ test untuk kereta. cuak jangan cakap lahh. berdebar-debar ni. haha. last kelas pagi sabtu haritu. masa latihan terakhir as masih bermasalah dengan bahagian bukit Zzz. kadang2 okay, kadang2 hampehh. harap sangat esok semuanya berjalan dengan lancar selancar lancarnya. insyaAllah :) marilah kita sama2 berdoa yehhh.

ahad, isnin and selasa petang, as ada kelas dengan ayah. hee. bawak kereta round2 cheras jaya ni hahh. semalam ayah bawak pergi tempat bukit sebab as kan bermasalah dengan bukit. insyaAllah, as dah makin okay bahagian bukit. yang lain2 tu rasanya tak ada masalah :)

as harap sangat esok terus pass. kalau boleh as tak nak repeat2 ni. buang masa, buang duit. dah la motor punya kelas pun tak start lagi -.- entah bila lahh as nak pergi. haha. asyik fokus kat kereta je. haihhh. maybe lepas habis test ni baru start motor. okay, nevessss! harap dapat buat yang terbaik esok. fighting as! you can do it. Amin~!

♥ Don't forget to smile ♥

Sesungguhnya mencuri itu satu dosa