Monday, February 4, 2013

Rindu Korang :')


annyeonghaseyo, meyyda imnida


yannn! this is all your fault! mengada buat status rindu roomates. ishh. diorang pun komen macam2. tringat balik kenangan dulu2. and now, i really do miss that moment. isk iskk.. T_T rasa macam nak masuk balik je maktab tu. nak duduk sama2 dengan diorang. wuu wuu~ banyak sangat kenangan bilik kita tu kan. apa orang kata, KOPERASI ASPURI? haha. semua otak bisnes je dalam bilik tu. dari makanan, air, dadih, tukar duit syiling and yang paling laku, TOPUP. muahaha ;D pintu bilik tu tak reti diam. ada je yang mengetuk. kan kann?

dalam bilik tu, mostly budak second intake 2011. 5 orang second intake, lagi 3 budak lama. at first memang ada rasa takut tak dapat ngam dengan budak lama which is ANIS, YAN and SHIERA. dah la dua orang LDP. cuakk kott haha. tapi alhamdulillah. semua orang baik2 je dalam bilik tu. setahun duduk dengan diorang, dah rasa macam adik beradik dah 8 orang ni. and yang paling penting, I am the maknae. ngeee~ seronok jadi maknae. rasa macam muda ;p

hobi kitorang dalam bilik? ohh as suka tidur. ada masa terluang je, katil jadi pilihan. jarang merayap kat asrama tu. sebab tu badan berisi kat maktab. dah la aras bawah, kerja tidur je. ish ishh, teruk kan? hahh, as, SITI, PIPAH suka sangat 'bersenam' waktu malam. excited pinjam speaker budak form 2 sebab nak bersenam punya pasal. yelahhh, bilik kitorang mana ada speaker. laptop pun, dah hujung2 tahun baru ada. haha baik kan kitorang? ;p

okayy, rindu sangat kat diorang. nak hang, semua duduk jauh2. ada kat gerik, baling, taiping. yg dekat2 ni pun tak jumpa2 lagi. honestly, as tak pernah lagi hang dengan budak maktab. selalu hang dengan budak cheras jaya ni je. sedih kan kann? entah bila nak hang dengan diorang. teringin jugak kadang2. hmm


Alhamdulillah, kita semua dapat graduate kan :') nasib baik semua lepas. kalau tak, mesti rasa tak syokk je nak graduate. and thanks sebab korang banyak tolong tenangkan hati aku. yelahh, masa tu kan parents aku tak dapat datang sebab diorang pergi haji :) pagi tu masa majlis mohon restu, sayu je hati tengok orang lain dapat salam, peluk2 parents masing2. ishh, saja je kan nak buat as jeles. haha. tapi takpe la. masa as hantar parents pergi haji tu dah dapat peluk cium dah ;D lepas tu, majlis graduation pulak. as hilang arah lepas majlis tu habis. tak tahu nak pergi mana. semua orang dengan family masing2, tangkap2 gamba. huuu

tanpa kawan, kita tak akan dapat hidup dengan tenang kat satu2 komuniti tu. kemahiran sosial tu kena ada. kena pandai cari kawan. unfortunately, as lemah dalam cari kawan ni. as tak reti bercakap dengan orang. susah nak cari kawan yang sekepala dengan as. nasib baik roomates as tahun lepas baik2 je semua. walaupun kadang2 tu ada jugak yang keras kepala. normal lah kan. as tak cakap roomates as yang before ni tak baik. diorang pun baik. as respect diorang and dah anggap diorang macam kakak kandung dah :) alhamdulillah, sepanjang kat maktab tu as tak ada masalah dengan roomates. classmates? maybe :)

for my roomates, baca ni! ^^

SITI

roomates aku dari mula2 masuk maktab sampai la habis sekolah kan kan kann? thanks siti sebab jaga aku time aku sakit, tolong aku time aku susah. banyak benda kita share sama2 kan sepanjang 2 tahun kita satu bilik ni. kau dah kenal sangat dengan aku, perangai aku semua. haha. thanks sudi kawan dengan aku walaupun kadang2 aku garang dengan kau, aku selalu ejek2 kau. ishh, jahat kan aku ni. kesian kau. ngee~ ohh btw, bantal bintang yang kau bagi aku tu comel! adik aku jeles nak bantal tu jugak -.- haha. aku sayang kau. mohon terharu ;p

AFIFAH

okay, lagi selesa panggil kau pipah. woo woo~ setahun je duduk dengan kau kan. tp masa form 4 pun kita rapat jugak kan sebab kau jiran bilik aku. time gotong royong selalu je lepak sama2. ajk aras bawah kannnn. haha. rindu nak kau punya sosej dengan nugget tu. habis duit aku kat kau tiap2 hujung minggu. ada je makanan kakak kau hantar. haha. btw, bila nak 'senam' lagi ni? aku dengan siti dah ready dah ni ;p haha. saranghaeyo chingu yaa ;D

ADLINA

addddd! nak muruku sikit. haha. supplier makanan P008. tiap2 kali pb je penuh kotak makanan kau kan kan. rindu nak main2 dengan kau. kau dah la lawak -.- haha. thanks ehh selalu kasi aku amek air kosong kau. siapa suruh banyak stok air. aku dah la malas nak pergi dm amek air. ngehh ngehh. ohh, thanks jugak sebab kau supply cerita runningman kt kitorang. tanpa pendrive kau tu, tak tahu la kitorang nak tengok movie apa hujung minggu kan kan. seronok tengok runningman sambil makan megi. lagi2 dengan roomates kan :D
mmuuahh sikit :*

TEHA

the most hardworking girl in P008. wuu~ aku suka study dengan kau. lagi2 time exam kan. sebab kau je yang sanggup stay up lama2 teman aku study. ingat tak kita pernah study kat meja batu tu sampai pukul 2 lebih kalau tak silap. dah la sejuk gila kat luar tu -.- haha tapi tak sia2 kan stay up lama2. result kita boleh tahan jugak kan kan kannnn :) kau pun banyak tolong aku sebenarnya. bila aku tengok kau study je aku jadi semangat nak study. haha. kalau tak harapan la akuu. tunggu minggu exam je baru study hard. kadang2 aku pelik tengok kau. jarang sangat mengantuk. aku ni menguapppp je memanjang. anugerah kau kott :) ily

YAN

yan manja sangat dalam bilik tu. kalah aku walaupun aku maknae. haha. tapi sekali kau naik angin, amik kauuu. hohoo. aku suka tengok semangat kau. kau bertanggungjawab. kerja LDP kau buat sungguh2. dulu aku ingat kau kasar. yelahh, suara kau time clear blok macam suara kak song. haha. rupa2nya takde la kasar mana. baik je kau kannnn ^^ kau tabah walaupun kau sakit. aku harap kau cepat sihat yan. kau dengan siti dua2 suka jaga kawan kan. untung kitorang. hee. aku err, sayang kau ;p

ANIS

anis banyak tahu rahsia aku kan kan? kita banyak share2 problems. cara kau lembut. kau baik hati. and kau selalu control aku kalau aku nak makan megi kan kan kannn. haha. macam mama dah kau ni. untung **f. ingat tak masa hari2 terakhir sekolah kita selalu pergi P007 sebab nak share masalah. kita dua je. menangis, gelak semua sama2. aku rindu kau. serius ni. bila aku ada masalah je, terus teringat kat kau. rasa nak pergi bilik 7 je nak story2 kat kau. hikhikk. gedik kan aku :') kau pun layannnn je aku ni. haihhh

SHIERA *sorry curi pic kau ^^

hobi dia menyanyi. tanpa dia, sunyi sepi bilik kitorang. hehe. kau sangat otaiii. keluar bilik pergi prep fon kau cas biar camtu je. aku tak berani kot nak buat cenggitu. dah la fon touch. aku yang biasa2 pun dah cuak dah nak pegang. kau lekk je kan. haha. aku rindu nak makan nasi arab yang kau bawak tu. sedappp kott. hishh. sampai sekarang kita contact sebab blog kan. haha. lawa dahh blog kau. siapa tah ajar ;p kalau skype tak pernah nak bukak video tu -.- malu kononnnnnn haha


okay, cukup. banyak sangat kenangan manis kalau nak masuk kat sini, sampai esok, lusa, tulat pun tak habis2. haha. my point is, GIRLS, I miss you guys sooooooooo much! time amek result nanti InsyaAllah aku bagi something kat korang. so that korang tak kan lupakan adik korang yang comeiii nihh hiii. hope kita semua dapat result yang terbaik untuk spm ni. aku harapppp sangat. kalau aku ada buat salah kat korang. ye, aku tahu banyak aku buat salah. aku minta maaf sangat2. maafkan aku eh ehh ehhh. sayangggg korang sangat2. harap persahabatan kita kekal hingga jannah, InsyaAllah

gedik minah ni -.-




♥ Don't forget to smile ♥

Sesungguhnya mencuri itu satu dosa