Wednesday, May 29, 2019

Second Pregnancy - Part 3 -

17 Januari 2019, Khamis

ye, aku memang suka menulis pada hari khamis. dah 3 part. tiga2 hari khamis. hahaha kebetulan kot. sooooo harini kandungan dah mencecah 12 minggu ++. semalam 16hb aku dah start checkup antenatal dekat klinik warga. alhamdulillah everything is okay. ibu sihat, baby pun sihat. aku semalam sebenarnya dah get ready dah nak kena tadah telinga kan sebab pregnancy aku rapat2, tapii, luckily doktor mahupun misi tak ada yang bising. diorang just terkejut je bila aku cakap first pregnancy tahun lepas. hikhik then mungkin la diorang just bebel dalam hati? rambut sama hitam, hati siapa yang tahu. haa gituu

first trimester is coming to the end. wohoooo. tak sabar. walaupun sebenarnya ada lagi 2 minggu. but, it's okay. 12 weeks considered as 3 months right? 3 bulan bererti first trimester telah selesai. moh le kita berangkat ke second trimester. inshaAllah semua benda yang tekak aku tak terima akan perlahan2 diterima kembali. yang paling penting, air kosong! penat tau tak boleh minum air kosong ni. asyik nak kena cari air manis. pastu badan tak cukup air kosong. tak elok untuk ibu dan baby. hm

aku masih lagi berahsia. tak tahu la sampai bila. dekat office ni kak ina dengan fiqa je yang tahu. tak ready lagi laaa. camane. dah la ramai pulak yang pregnant kt office ni. dekat2 pulak due date. hahaha hari2 duk baca pengalaman orang mengandung, bersalin. walaupun dah ada pengalaman sendiri kan, tapi still sibuk nak tahu pengalaman orang lain. nak jadi mak2 ni memang perangai macam tu ke? pelik sungguh la. hahaha pastu seronok pulak tu. sebab dah boleh bayang apa perasaan masa nak bersalin. yelah, dah ada pengalaman. boleh relate. kalau dulu baca pengalaman tu asyik terfikir je macam mana la rasa dia, keadaan dia. sebab zero kan. tak tahu apa lagi. hehe

untuk kali ni, tak minta banyak pun. sama je macam permintaan ibu2 yang lain. mesti lah nak semua urusan dipermudah. anak dalam perut ni sihat walafiat. ibu pun sihat. hah, harap2 tak selsema la macam haritu. susah tau nak meneran time selsema ni. nafas jadi pendek. nak teran panjang pun payah. menggigil2 haa. hahaha ohh lagi satu, harap2 jahitan kalini tak banyak la. dan tak bengkak. sebab haritu bengkak. sakit woi

k, sekian laporan untuk harini. 27 weeks ++ left!


♥ Don't forget to smile ♥

0 budak cute:

Sesungguhnya mencuri itu satu dosa