Harini merupakan hari yang ke 107 ataupun minggu yang ke 15 aku mengandung. second trimester. nak masuk 4 bulan. baby bump pun dah mula menunjukkan diri. tak macam masa first pregnancy dulu. bulan ke 6 pun dia segan silu lagi nak naik :') bila ibu nak sorok dia tak malu pulak nak naik. hahaha alahaii anak ibu. perkembangan berat aku pun alhamdulillah tak macam sebelum ni. mungkin sebab selera aku biasa2 je. tak pelahap macam dulu. dan berat masa awal pregnancy pun tak serendah dulu sebab takde alahan yang teruk. mungkin. apa-apa pun alhamdulillah semua okay.
disebabkan aku buka buku kat klinik warga ni checkup bukan sebulan sekali. gap checkup yang first dengan akan datang ni 6 minggu. Tak best sikit sebab lama sangat gap. nak check perkembangan diri pun cam susah en. tapi takpe la. senang sikit checkup kt sini takde la aku kena ulang alik klinik kesihatan untuk checkup aku dengan adila tu. berapa banyak time slip nak amik. hahahha
badan aku? emmmmm setakat ni nothing much. orang kata pregnant kuat kencing tapi aku masih lagi macam biasa. tak rasa macam kuat kencing pun. pinggang pun tak sakit sangat. risau jugak sebab masa lahirkan adila tahun lepas aku amik epidural. orang kata side effect dia kita sakit pinggang kan. tapi tu la, orang yang kata. badan lain-lain. alhamdulillah badan aku setakat ni tak sakit teruk lagi. dan harapnya tak sakit teruk la sampai habis journey pregnancy ni. aku harap sangat semuanya okay. inshaAllah.
sekarang ni kena kumpul duit untuk urut masa pantang nanti. tak nak jadi macam haritu. amik tukang urut entah sape2 tah, urut tak rasa apa pun. dah la sekejap je. tak berbaloi betul bayar mahal tapi servis cenggitu. urut yang last tu baru okay sebab amik orang lain. so untuk pantang kali ni dah buat keputusan untuk amik urut yang okay sikit walaupun mahal. tapi berbaloi okay la kan. untuk diri sendiri juga. badan kita kan nak pakai lama. selagi ada hayat. kena la jaga elok-elok.
okay, sekian sahaja catatan untuk harini ^.^
0 budak cute:
Post a Comment