Alhamdulillah dah 10 minggu mengandung. masih lagi dalam first trimester dan masih lagi berahsia. yang terdekat je tahu. belum ready lagi nak sampaikan pada yang lain. biarlah. tunggu anak ibu ni munculkan diri sendiri nanti. sekarang ni pun dia dah macam nak muncul je. ke ibu yang gemuk? dah macam ke depan je perut ni. ke sebab baru lepas bersalin haritu. dia belum turun habis lagi? hmm entah la
Setakat ni morning sickness tak seteruk masa mengandungkan adila. ada tu ada. tapi jarang. mungkin sebab aku tak makan folic acid sangat ke entah la. eh tapi masa awal je la. sekarang ni aku strict. kalau lupa sebelum tidur tu mesti teringat. walaupun dah baring, gigih tau bangun pi dapur isi air, telan ubat. untuk anak ibu ni jugak. ibu kan nak anak ibu ni sihat. hehe
Untuk pregnancy kali ni, aku decide untuk buka buku pink kat klinik warga je. so tak perlu la aku ulang alik klinik kesihatan untuk checkup adila lagi, checkup aku lagi. lagipun klinik warga kat tempat kerja aku ni je. so boleh curi2 masa jap. tak payah penat nak cari parking en kalau masuk lambat. hihihi. adila punya appointment pun dah jadi 2 bulan sekali sekarang sebab adila dah nak masuk 7 bulan.
Oh, buku mengandung kat klinik warga bukan warna pink ey. warna biru. ke sebab staf? not very sure sebab fiqa dah buat buku dia. aku dengan fiqa pregnant beza dalam 2 minggu lebih centu je. pantang sama2 la kitorang nanti. aku lagi 2 minggu inshaAllah buka lah buku. bersedia lah tadah telinga sebab mengandung rapat. hahaha takpe la. aku redha. aku cuma nak yang terbaik je untuk anak aku yang kat dalam perut dan yang kat luar perut ni. Amin..
Semoga tahun 2019 membawa lebih sinar dalam kehidupan aku dan keluarga kesayangan ⭐
0 budak cute:
Post a Comment