Wednesday, March 6, 2013

Alhamdulillah, yes!

assalamualaikum
annyeonghaseyo, meyyda imnida

Alhamdulillah. selesai JPJ test dalam pukul 2.30pm tadi, rasa lega yang teramat! hee. nasib baik lepas. no repeat2 okay. hee. syukur sangat sebab as memang target nak pass dengan sekali test je. malu nak repeat -.-

sampai je imkeda pukul 8 pagi tadi, pergi kantin makan nasi goreng yang sangat pedas dengan mama. sikit je as makan. lepas tu terus sakit perut -.- nampak tak kepedasan nasi tu. as makan dua suap je kott. haha. then lepas pergi toilet, turun lahh kat tempat menunggu test. cek nama, sesi 3 no 4. perghh, sesi 3 tu. lama gila nak tunggu turn. haihhh

time menunggu tu sempat jugak lahh borak2 dengan diorang yang sama sesi dengan as. ada sorang akak tu dia buat repeat. then as tanya2 lahh dia apa yang patut sebab dia dah ada pengalaman test kan. sangat membantu okayy. hee. dia cakap tester perempuan sangat strict! time tu dah doa dalam hati dah, minta2 lahh dapat tester lelaki. hee

then, dah sampai turn, as mula dengan ujian bahagian 2 dulu. cikgu as sempat lagi pesan buat elok2 bukit ni. haha. nasib baik sangat2 sebab hand break dia tak ketat macam selalu! hee. as buat 2 kali sebab first punya tu tayar tak sampai line kuning. kali kedua baru sampai. tarik hand break, lepas break kaki, kereta terundur sikit Zzz. nasib baik sikit je. sempat tarik lagi sikit hand break. time tu macam dah pasrah dah. fail lahh aku ni. huhhh. then dia jerit turun. as turun lah bawah. then cikgu cakap pergi naik amek borang. i was like, huhh. serius ni? haha. senyum sampai telinga kott masa tu ;p

then, semuanya berjalan dengan lancar :D ujian jalan raya as lepas. dapat jpj lelaki. lega lagi sekali. dia tak cek pun yang 5 step pertama tu. haha. i got 18/20. agak bangga sebab abang as dulu test 2 kali. dia failed jalan raya. muahaha~ as test sekali jeeee ;p riak nye lahh haii. haha. mianhae

so sabtu ni maybe as pergi buat latihan motor pulak. nak setelkan motor pulak lepas ni. then, baru boleh pegang lesen P. sticker P untuk kereta dah dapat. tapi tak tahu nak tampal kat kereta mana. ayah suruh tampal kat pintu bilik tidur as. haha. Alhamdulillah lagi sekali. sumpah lega dah lepas test ni. doakan yang terbaik untuk motor pulak :)

p/s two weeks more before SPM's result. wish the best for all my chingu :)

♥ Don't forget to smile ♥

Sesungguhnya mencuri itu satu dosa