Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru

assalamualaikum
annyeonghaseyo, meyyda imnida

dekat wall facebook as, k ramai gila duk wish selamat hari guru dari malam semalam lagi. semua mention nama sekolah diorang dari tadika sampai laa universiti. as pun rasa macam nak buat status cenggitu. tapi macam maluuuuu haha. takpe la. cukup la kat sini. walaupun tak akan ada cikgu pun yang baca. dekat fb pun, bukan as friends denggan cikgu as sangat. cikgu sekolah menengah je ada sikit2. cikgu mrsm, tiadaaa haha. sedih kann T_T




as pun nak wish jugak cikgu2 as dari tadika sampai la cikgu2 maktab as ni.
Tadika An-Nuur (2000-2001)  SK Sri Serdang (2002-2003) SRA Mambaul Ulum (2002-2003) SK Cheras Jaya (2004-2007) KAFA Integrasi Mambaeil Ulum (2004-2007) SMK Cheras Jaya (2008-2010) MRSM Pengkalan Hulu (2011-2012)
nak sebut satu2 cikgu, memang tak la kan. banyak. terlalu banyak. tanpa cikgu2 as ni, as tak akan berjaya jadi manusia yang macam sekarang ni. haha. cikgu la yang ajar as huruf, nombor, mengaji, makan ubat pil, pidato, nasyid, uruskan program, dan lain-lain. tanpa cikgu2 ni, as tak akan ada semua ilmu tu.

and now, as merupakan guru sementara. haha. ada la dalam 6 orang budak. sekolah rendah dengan tadika semua. sorang je 4 tahun. cikgu apa? biarlah rahsia. kikikii. as dah mula faham macam mana perasaan cikgu tu masa ajar student dia. macam mana bila diorang dapat student yang susah nak faham, student yang cepat faham, student yang suka melawan, student yang bersungguh-sungguh haha. nampak tak, walaupun 6, mcm2 jenis student as jumpa. bayangkan cikgu2 kita selama ni, berapa ramai student yang dia ada. mesti lagi penat kan.

apa yang boleh bahagiakan cikgu tu, bila kita buktikan dekat dia, kita mampu jadi orang yang berjaya. bila kita boleh amalkan semua ilmu yang dia dah bagi dekat kita. bila kita sentiasa ingat dekat dia. sentiasa doakan kesejahteraan dia. dia tak akan minta apa-apa lagi dari kita. percayalah :)

S E L A M A T  H A R I  G U R U !! ^^v

p/s selamat hari guru juga pada mama. makin hari makin bertambah student mama kan :) ayah pun selamat hari guru jugaaa. terima kasih sebab paksa nurul buat latihan matematik banyak2 masa sekolah rendah dulu hihii dan2 terima kasih sebab jadi cikgu nurul dari baby sampai sekarang dan masa akan datang ♥

♥ Don't forget to smile ♥

Sesungguhnya mencuri itu satu dosa