Finally! 40 weeks and 19 minutes tempoh rahim aku diduduki insan kecil bernama Muhammad Zul Arfan ni. Alhamdulillah, mudah sangat proses kelahiran kali ni. 3 bulan ya aku peram sebab kat rumah memang tak menang tangan. dengan si baby besar lasak, baby kecil minta perhatian. fuhhh kesabaran itu diuji ya. hahahaha
untuk post kali ni, aku nak share pengalaman bersalin je la. boleh dijadikan kenangan dan panduan untuk next baby sebab confirm next baby ni bukan dalam masa terdekat dah. cukup dulu 2 orang! nak fokus kat diorang berdua je sekarang. quality over quantity orang kata.
so, jom kita start! Bismillah, harap2 aku masih ingat la detail dia sebab 3 bulan dah kan 😂 due date baby, 30 July 2019. date tu cuti pertabalan agong, hari selasa. siang berlalu macam biasa. dalam hati, "alahai anak ibu. tak nak keluar ke sayang. dah cukup ni 40 week. dah boleh sesangat dah keluar. ibu pun mengah dah bawa perut ni". hahaha panjang betul dalam hati aku. tapi tu la. still takde tanda2 nak keluar. untuk second baby ni aku just tunggu tanda2 macam spotting tu je sebab masa adila dulu lepas spotting tu, takde la terus beranak. beberapa jam lepas tu baru beranak. ketuban pun doktor yang pecahkan.
so aku pun tunggu dan terus menunggu. dinner haritu, mama ajak makan kat luar. cuti am kan. kira dinner family kat luar, ajak abang aku sekali. sebab semalam tu aku ada cakap nak makan chicken chop. mama pun haaa jom! kang tak sempat pulak makan sebelum bersalin 😂. so lepas maghrib, bersiap2 la nak gi makan kat sungai ramal tu je. then, masa tengah bersiap, emm ehh. kenapa ni. contraction betul ke tipu ni. sebab aku dah banyak hari juga braxton hicks tu. walaupun dah ada pengalaman, and pengalaman tu kira fresh lagi sebab tahun lepas kan, tapi yaa still tak dapat nak bezakan yang betul dengan tipu. selagi belum turun spotting tu aku anggap la tu sakit main2 je. hahahha aku pun cakap la siap2 kat zunnu yang aku dah ada rasa sakit, tapi tak tahu betul ke tak. so kita diam2 je dulu jangan bagitahu mama ayah. nanti risau pula mama ayah aku.
sepanjang dalam kereta tu dia dah makin menguat pulak. so aku assume k, ni betul2 dah ni. tapi baru lagi ni. esok pagi la pergi hospital. tak nak pergi awal2. nanti kena tunggu lama kat labor room. tengah tunggu makanan, alaaaaa makin sakit pulak. bila dia datang, nak nangis rasa. tapi ayah kat sebelah. takkan nak nangis. camane nak control ni. dah sakit centu pun degil tak nak bagitahu parents. teruk betul. mama tengah layan budak2 main kat playground kat taman tu. bila mama balik je sebab makanan dah sampai, terus zunnu bagitahu, "ma, nurul dah sakit". haaaa amik. risau terus. hahaha
zunnu cakap, "dah la takyah sorok dah. teruk sangat dah tu. makan cepat. kak hana dari tadi perati je muka tahan sakit tu" 😂 alahaii. yelaa sis redhaa. mama ayah dah kabut tengok aku sakit. diorang pesan balik kedai ni terus pergi hospital. jangan tangguh! aku baru plan nak pergi esok pagi. tapiiiiiii, hmmm. takpe la. aku pun makan cepat2. cepat2 pun, banyak kali jugak stop sebab sakit kan. nasib baik chicken chop je. tak banyak. cepat sikit habis. kalau nasi, jenuhhh. dah la portion nasi kedai tu banyak. habis makan, kitorang pun balik rumah. kena tukar kereta sebab bag baby dalam kereta lain. adila pun nak kena tinggal dengan mak zunnu. so memang takde la terus ke hospital time tu.
dah sampai rumah, zunnu cakap dia nak keluar kejap hantar bas kat tbs! sebab esok ada trip. patutnya dia yang bawak, tapi dah emergency ni, kena la pass kat orang lain. masa ni sakit aku dah makin kuat. tapi aku macam, em, ok. takpe. pergi la dulu. pergi cepat, balik cepat! dia keluar, aku bersiap2 la. mandi, syampu, keringkan rambut. hahaha sebab aku tahu lepas bersalin ni mesti lambat lagi nak cuci rambut 😬 masa nak mandi tu spotting dah turun. so betul lah ni. memang tak leh tunggu esok pagi pun. malam ni jugak kena pergi! aku pun bersiap2 la pakai bedak, lip balm, tudung bawal ok! hahaha kemain kau. sempat lagi nak melaram pun. dah siap2 semua, zunnu tak sampai2 lagi. aku pun ws la dia, cepat sikit bang. dah tak tahan sangat dah ni. nak terkeluar dah rasa!
dia sampai je, terus shoot ke hospital. sampai kat lampu merah, aku siap cakap lagi, langgar je bang lampu ni. emergency kan! tapi dia tetap beratur k. hahaha sabar je la. sampai pac pukul 1030, kosong. rezeki lagi. sama macam adila tahun lepas. aku sorang je kat pac. dia suruh buat urine test, aku cakap takpe la. saya tak boleh nak kencing dah baru lepas kencing tadi. nak cek je. dia pun ok. pasang machine tu check contraction. aku tanya la berapa lama. 20 minit! aku macam, emm k. tahan je la. masa tu dah tak sabar dah nak tunggu dia cek bukaan. nak tahu dah berapa cm. sekali tak sampai 20 minit lagi doktor dah mai. cek laluan. cek2, tengok dah 6cm! hahahaha aku macam, wow. patut la sakit gila.
doktor pun pecahkan ketuban. dia tanya, "awak takde rasa nak berak lagi kan. saya pecahkan kat sini la. awak jangan teran tau" aku diam. dalam hati, em ni rasa nak berak. tapi, emm takpe la. buat je la pape pun. aku layankan je. lepas pecah je, terus tolak masuk labor room kat tingkat 1. masuk je labor room, "okay, kita cek bukaan ya". aku macam, eh tadi baru lepas cek. nak cek lagi ke. then kena bebel k. hahaha dia kata awak masuk labor room sebab nak beranak kan. kat bawah, bawah la. dah naik sini kita cek lagi. dan bla bla blaa. aku pun sengih je sambil menahan contraction. hahaha mana la aku tahu sebab tahun lepas lain. tahun ni lain pulak. masa dia cek tu dia terus cakap kat staf lagi sorang, "eh pergi panggil husband dia. dah boleh teran dah ni". lagi sekali aku terkejut. ooii lajunya. tadi baru 6cm! tak sampai 5 minit pun dia pecahkan ketuban aku tadi. zunnu pun tengah isi borang lagi kat kaunter. hahaha
dia pulak lepas isi borang tu, dia pergi kat kereta balik ambil bag baby. boleh pulak dia tinggal. nasib baik parking dekat je. aku pun redha je la teran sorang2. tak lama lepas tu zunnu masuk labor room terus pegang tangan aku. dia kata dah nampak rambut dah tu. aku push, push, dan push. susah jugak la kali ni. banyak kali terberhenti. rasa nak give up pun ada. last2, alhamdulillah baby pun dapat keluar. oh lupa pulak, malam tu memang aku sorang je patient kat labor room. kat pac aku sorang, labor room pun sorang. hahaha so memang staf fokus kat aku je la malam tu 😂 lepas baby keluar, macam biasa la. suami kena tunggu luar jap settle apa yang patut. baby pun diorang bawa pergi bersihkan, timbang dan sebagainya. aku dalam labor room lagi, tunggu uri keluar pulak. masa ni ada problem sikit. tapi tu nanti la. next post kita cerita sebab macam dah panjang sangat dah je ni. hehhe
berat baby? 3.62kg. Ya Allah, semangat betul. patut la susah aku nak teran. patut la mengah membawa perut time sarat haritu. patut la besar gila perut aku. hahaha hari2 doa cepat la sikit turun tanda nak bersalin sebab risau baby besar sangat. adila haritu 3.12kg je. beza sentengah kilo weh. hahaha tapi apa2 pun, alhamdulillah semua dah selamat. arfan pun sekarang dah 3 bulan. and berat dia sekarang 6.5kg. ni berat masa adila 4 bulan 😂 haritu midwife kat labor room cakap nasib baik baby awak ni besar sikit. kalau tak, tak sempat dah ni nak bersalin kat labor room. tu laa, tangguh lagi. hahaha
Sekian sahaja untuk kali ni. maka dengan ini, 31 Julai 2019, 0019, PPUKM berakhirlah second pregnancy journey Nurul Asmidar. semoga anak2 ibu membesar dengan sihat. nanti dah pandai baca meh la baca coretan ibu ni. baca pengalaman ibu lahirkan anak2 ibu ni. inshaAllah

0 budak cute:
Post a Comment