before this, aku yang duk google pengalaman bersalin orang lain. rajin baca pengalaman orang sebab ye lah, kita mana ada pengalaman melahirkan lagi. ye dok? hehe sekarang, aku share pengalaman aku pulak. boleh lah jadi panduan untuk anak yang seterusnya beberapa tahun akan datang. aku dah la pelupa sikit. so sementara masih ingat ni, elok lah aku meluahkan 😄😄
15 Jun 2018 (Jumaat)
harini hari raya pertama. aidilfitri. alhamdulillah pagi raya tu aku pergi solat raya. kalau aku tak pergi masa tu, memang dah takde dah solat raya lepas ni. dah ada anak kecil susah sikit rasanya. solat jemaah dengan perut sarat centu, pengalaman betul. mengah woi. nasib baik 2 rakaat je. habis solat raya balik rumah umi then terus shoot ke sungai buloh, rumah opah aku.
kat rumah opah aku melantak la macam2 jenis makanan. memang dah set dah pun nak makan macam2. semua orang duk mengusik aku ni tengah menunggu hari je. due masa ni lagi seminggu lebih. lebih kurang 10 hari la sebab due aku 25 Jun 2018. petang tu aku dah start rasa sakit pinggang. tapi sebab anak first kan, tak tahu nak expect apa kalau sakit macam tu. aku ingat penat biasa je sebab tak baring sangat. raya kan.
malam tu balik rumah aku mengadu kat zunnu. melepek la badan memang tak larat. zunnu pelik. dia pulak tahu aku ni suka mengada. so dia ingat aku mengada je. hahaha sampai hati kan. nasib baik sayang. malam tu macam ada blood spot sikit. aku cakap kt zunnu tapi dia cakap takde apa la tu. sebab seminggu sebelum tu pun ada jugak blood spot sikit2. zunnu cakap tunggu air pecah dulu. haihh la suami. aku pun iyekan aje la. tunggu air pecah baru pergi hospital. malam tu tidur macam biasa. sebab aku penat dengan sakit belakang sikit je. still boleh bertahan.
16 Jun 2018 (Sabtu)
harini aku dah start sakit. tak tahu nak describe macam mana sebab aku tak pernah senggugut. orang kata contraction tu macam senggugut. so aku macam, "eh ni contraction ke". sis confuseeee. masa tu macam alaa jangan la bersalin lagi. barang hospital tak siap lagi ni. hahaha yess. beg hospital aku tak siap lagi. bag baby je dah siap. bag baby tu lama dah siap. hehe
so masa ni aku gagahkan diri la ajak zunnu keluar cari barang aku. selipar dengan sabun je padahal. sabun pun bukan pakai pun masa kat hospital haritu. hahaha kitorang sempat la pergi aeon. pusing nak cari barang lain, tetiba terbeli benda lain. hihihi masa berjalan ni banyak kali jugak aku stand still sebab sakit woi. at the end, barang yang aku nak tu takde. so ke econsave la pulak kitorang laki bini.
selesai beli barang kat econsave, terus balik rumah sebab aku sumpah tak larat dah masa tu. sakit. makan pun tak aku rasa. sebab aku memang nak baring sangat2. sampai rumah melepek la aku lagi sekali. malam tu keluar cari makan malam kat kajang. mula2 pergi sate kajang. tutup pulak. raya kedua kan. so kitorang pun pergi take away je kt pizza. aku duk tekan2 perut tahan sakit kt kedai tu. lama pulak dia masak pizza. hahaha
ohh masa ni family aku balik perak. tapi mama dengan ayah memang tak senang hati la sebab due aku dah dekat kan. asyik whatsapp je tanya aku okay ke tak. aku cakap okay je. masa on call pun aku control suara sebab tengah tahan sakit kan. takut diorang risau sangat pulak. tapi malam ni mama tanya ada turun tanda tak. aku pun takkan nak tipu kan. aku cakap je la ada. tapi tak sakit sangat lagi. hahaha tipu sunat. terus ayah call suruh ajak zunnu pergi hospital. tapi zunnu berkeras lagi masa ni. dia tetap nak tunggu air ketuban pecah. hahaha adoii degil. aku redha je la. malam tu jugak family aku gerak balik kl. risau punya pasal.
malam tu, aku tak tidur langsung. sakit sangat. aku track la aku punya sakit tu datang berapa minit sekali. pakai apps pregnancy kt fon. tapi entah betul ke tak tah aku buat. hahaha. kalau ikut yang aku track tu, dia sakit 10 min sekali. menangis aku sepanjang malam. zunnu tak layan jugak sebab dia ingat aku mengada kot. hmmmm sis sedih. tu la, siapa suruh selalu mengada. bila sakit betul, orang tak percaya. padan muka. hahahah
*sekian untuk 2 hari sebelum. next post hari kejadian pulak :)
0 budak cute:
Post a Comment