Wednesday, June 6, 2018

My First Pregnancy ♥ - Part 1 -

Assalamualaikum pembuka bicara

Warning! Entry ni panjang. Sekian :)

Alhamdulillah october 2017 aku buat upt sendiri kat rumah result dia double line!! yeayyyy! hehe tak percaya sampai sanggup beli lagi satu sebab nak betul2 confirm yang aku pregnant. sebenarnya memang kitorang macam mengharap pun. banyak kali kot beli upt tu. asyik2 negatif je. haha excited engko. kat kedai eco rm2 tu pun ktorang beli jugak. tapi redha je la.

kahwin bulan 8. so sempat 2 kali period. nak masuk period ketiga masa bulan 10 tu macam eh kenapa lambat ni eh. sebab aku kan selalu on time je period. selalu kalau lambat pun macam 2 hari centu je. masa bulan 10 tu dah lambat sampai 4 hari. sebelum2 ni kalau lambat sehari pun dah beli pregnancy test tu weh. excited punya pasal. hahahah

masa bulan 10 tu naluri aku macam kuat yang aku pregnant. tapi sebab tak nak excited sangat so aku pun macam biasa je la. tak nak mengharap sangat. tapi memang ada pun macam loya2 sikit. bau badan orang pun aku tak tahan. bau adik aku, abang aku, bau zunnu pun! kesian dia. nak buat camane, dah tak tahan. hahah so beli la pregnancy test and yeayyyyy double line!

so lepas je dapat tahu result positif, segala jenis alahan datang kat aku. muntah, pening, semua la. sampai berat badan aku drop! berat aku masa buka buku pink masa 3 bulan tu 46.4kg. berat normal 47-48. eleh drop sikit je. tapi banyak bagi aku sebab 46kg tu last masa aku darjah2 kot. lepas tu mana pernah berat aku kurang dari 47-48. lebih ada la. masa palapes dulu berat aku 55kg. hahahah

first trimester sangat mencabar. nasib baik jugak time tu aku tengah menganggur. so takde masalah dengan mc ke apa ke. tak payah susah2 nak minta cuti bagai. rehat je kat rumah. semua benda yang masuk dalam perut aku tak sempat nak duduk lama2 pun. lepas makan je muntah. dengan angin2 penuh satu badan lagi. sangat tak selesa. zunnu la jadi mangsa aku picit2 badan, kepala. nak keluarkan angin punya pasal. mama siap beli bam, zunnu beli yoko2. rumah aku bau minyak angin je la sepanjang 3 bulan  tu. tapi Alhamdulillah. memang 3 bulan tu je aku alahan teruk. masuk bulan keempat, semua2 tu pun hilang. bagus betul anak ibu ni kan. hehee

bulan keempat best! sebab semua alahan dah hilang. selera makan pun bertambah2. berat aku yang dulunya drop tu dah naik mendadak pulak. sampai kena minum air gula 2 kali! doktor risau aku diabetes. tapi hakikatnya tak ada pun. elok je. heee start second trimester ni aku dah mula cari kerja. ye la kan, nak bersalin pakai duit kot. bukan pakai daun. jenuh jugak nak menyimpan. simpanan aku banyak habis masa kenduri haritu. so kene pelan2 menabung balik untuk baby ni. tapi tu la, orang mengandung, majikan mana yang nak amik? swasta pulak tu. lagi la diorang tak nak. banyak interview aku pergi. tapi semua menghampakan. sedih. stres. semua ada. mama ayah hari2 doakan aku. diorang pergi umrah pun doakan aku jugak.

anddddddd, berkat doa mama ayah jugak la aku rasa, nama aku naik untuk exam sampai la interview UKM. aku risau jugak sebab tengah pregnant 4 bulan rasanya masa interview haritu. tapi aku tak mention pun aku pregnant. plus perut aku memang kecik pun. tak nampak cam pregnant. hehe Alhamdulillah dapat kerja kt UKM. masuk bulan 3. masa tu pregnant 6 bulan. risau sebab diorang tak tahu aku pregnant. masa lapor diri baru aku maklumkan dan Alhamdulillah diorang takde masalah dengan staf yang pregnant. masa interview haritu pun ada sorang tu mengandung 7 bulan. rasanya lepas pantang baru dia lapor diri. hehe

rezeki betul dapat masuk UKM. makanya anak ibu ini lahir kat hukm je la cite dia. sebab aku kerja kat fakulti perubatan. fakulti ni bangunan dia kt hukm. so memang hari2 pergi hospital la kiranya. kalau sakit kat office pun tak ada masalah sebab kecemasan kat bawah tu je. tinggal nak kena call zunnu je nanti. kuasa Allah kan.

tapi tu la. bila kerja kat hospital ni, staf ramai, student ramai, kereta pun banyak. parking pun jadi jauh la dari office. perjalanan dari kereta nak ke office pun dah 10 minit. first day mengah gila. balik rumah sakit kaki. nasib baik first day aku tu aku pilih hari jumaat. esok tu boleh la aku rehat. hari2 yang seterusnya aku dah okay sebab dah lali kot. cuma ni bila dah makin besar perut, aku jadi makin slow la kot jalan. sebab mengah. tapak kaki sakit. ni pun nasib perut aku tak besar sangat. semua orang tegur perut aku kecil tak macam sepatutnya. aku pun perasan perut aku kecil. tapi berat aku naik mendadak. haihh entah. tak faham. hahahah

now, aku dah 34 minggu pregnant. 8 bulan setengah. so tinggal lagi sebulan lebih sikit jugak la sebelum anugerah Allah ni lahir. anak ibu ayah. dah 8 bulan ni kira aku dah sarat la. perut aku pun rasa berat je. makin kedepan pulak tu. sakit kaki jangan cakap la. bukan setakat kaki je, pinggang, pinggul, semua lah. semua pun sakit. kadang tu sampai nangis sebab rasa ya Allah, tak laratnya rasa. cepat la keluar anak ibu. ibu sakit2 badan dah ni. hahaah tapiiiiii dalam masa yang sama, "anak ibu keluar masa dah cukup bulan nanti ye sayang. biar anak ibu betul2 ready dulu baru keluar. jangan keluar awal tau sayang". heheheh

kelengkapan nak bersalin? hahahahahhahaha belum lagi wehh. dah 8 bulan setengah tapi barang baby je ada. itu pun barang2 untuk pergi hospital je. barang lain tak lengkap lagi. barang aku sendiri pun tak lengkap.

*****selalu tertangguh. berapa lama tah dalam draft ni. hahaha*****

Baik, Bismillah. kita mula lagi sekali. update yang latest la eh.

06.06.2018 (37 minggu)

Alhamdulillah kandungan harini dah genap 9 bulan 10 hari. hehe persiapan? gaji mei haritu aku dah beli semua InshaAllah. harap2 semua cukup. bag baby pun dah susun balik elok2. slip masuk wad, gl semua dah setel. counting days la katakan. cuma bag baju ibu je mcm x perfect sangat. tak reti nak susun. macam banyak. macam dah okay. macam tak cukup. entah la. sis confuseeee. kena double check la bag tu secepat mungkin. cuak aku sebab pagi tadi masa bangun sahur pukul 4.30am ada pulak tompok darah sikit kat pantiliner. fresh blood. tapi sikit je la. terus bagitahu zunnu. zunnu kata nanti kt ofis pergi la klinik tu jap cek. pastu dah sampai ofis, bagitahu kak mira. minta pendapat dia. kak mira kata tunggu dulu sampai ada rasa sakit sebab nanti kalau serah diri awal2 macam-macam dia buat nanti. hahaha

aku pun decide untuk tunggu dulu sebab contraction yang betul2 belum ada. sikit2 je ada and aku still boleh tahan sebab dia sakit gitu-gitu je. lagipun aku belum ready lagi. jangan laa. minggu depan dah raya. tunggu la baby eyyy. bagi ibu raya dulu 😂

so, start je kandungan 9 bulan, checkup kat klinik kesihatan dah jadi seminggu sekali. ye lah, dah dekat so kena sentiasa pantau. checkup aku setiap khamis pagi. hujung2 ni aku jadi cepat penuh. tak kenyang, penuh je. ubat pun tak boleh makan sebab loya2 dah datang balik. pagi tadi muntah. setelah sekian lama tak muntah. sebelum ni ada je rasa nk muntah tapi aku tahan sebab tak nak. tak suka. tapi pagi tadi tak tahan sangat dah. dengan sakit tekaknya. selsema. demam. kahak. pakej kau. hahahaha kat ofis harini pun lemau je rasa.

kaki sakit. hari2 kena jalan jauh. takpe lah. mungkin kuat berjalan ni nanti memudahkan proses melahirkan anak ibu ni. Aminnn. aku harap sangat semuanya dipermudah. aku takut. tapi dalam masa yang sama aku tak sabar nak melahirkan. nak tengok baby. hari2 rasa dia tendang2, gerak2 dalam rahim ni buat aku jadi tak sabar nak tengok dia depan2. hehe

*****the end*****

♥ Don't forget to smile ♥

0 budak cute:

Sesungguhnya mencuri itu satu dosa