Wednesday, May 29, 2019

Second Pregnancy - Part 1 -

Assalamualaikum. sekadar untuk simpanan sendiri hingga masa yang sesuai untuk dikongsi dengan semua.

29 November 2018, Khamis

aku dah 8 hari lambat period. sepanjang lepas bersalin haritu aku dah period 3 kali. means bulan ketiga lepas kelahiran aku dah datang period. jarak antara first period dengan second period seminggu lebih sikit. tapi aku okay sebab mungkin hormon aku tengah tak betul kan. period ketiga, lambat 2 hari. lambat sehari pun aku dah risau. hahahha then untuk period keempat ni, 8 hari pulak dia lambat.

mula2 aku cool lagi. aku cakap dengan diri sendiri hormon tak betul ni. lagipun aku kan fully bf si kecil tu. so normal la ni. orang lain fully bf kadang setahun lebih tak datang2 lagi period. tapi makin hari makin tak sedap hati. hari ke 7 & 8 lambat tu aku perasan aku dah kuat kencing. lepastu aku mula rasa nak muntah masa gosok gigi. susu pun drop. lain macam ni. mulut cuba menafikan, tapi hati still rasa lain macam. so aku buat keputusan untuk beli pregnancy test.

betul lah orang kata naluri ibu tu sentiasa betul. sebelum ni aku macam elehhh, acah acah je naluri ibu. hahahaha tapi bila diri sendiri dah jadi ibu baru la kita tahu kelebihan yang diberi Allah tu. lagipun mungkin sebab badan kita kan, kita je yang tahu. plus, pregnancy kedua. dah ada pengalaman. so yeahhh, upt aku postive dengan terang benderangnya kelihatan dua line itu. menangis. menggigil. benci diri sendiri sebab pandang remeh pasal merancang ni semua. ya Allah, berdosanya rasa.

aku bagitahu zunnu. buntu. pening kitorang berdua. ye lah, kehamilan tak dirancang kan. orang putih kata accident. haha pelik memang pelik. bila jumpa doktor untuk scan pun doktor pelik sebab sepatutnya bila fully bf ni jarang lah orang lekat. tapi tu lah. kuasa Allah kan. Kun faya kun. susah nak terima hakikat. kitorang ni sampai terfikir untuk tak nak terima zuriat ni. ya ampun.

tapi aku memang berattttt sangat nak buang. sebab apa? entah lah. aku sendiri tak ready. tapi untuk buang tu, darah daging sendiri. dia tak salah pun. dia anak halal. kenapa aku nak buang. zunnu dengan aku pun time macam ni memang tak boleh buat keputusan yang waras. yelah, masing2 tengah takut. tak waras lagi. tak dapat berfikir dengan wajar lagi. so, lepas dah setel urusan klinik baru la kitorang slow talk balik masing2 sambil pandang adila :(

dann kitorang suami isteri sepakat untuk teruskan jugak. susah. tapi yakinlah, perancangan Allah tu lebih baik dari perancangan manusia. kita dah usaha dah merancang, tapi siapa kita nak sangkal perancangan Allah. betul tak? aku cuma berdoa pregnancy aku kalini untuk trimester yang pertama janganlah macam pregnancy yang lepas. masa mengandungkan adila, alahan aku teruk sangat. lembik. tapi mujur jugak masa tu aku tak kerja. so tak ada masalah untuk ambil mc ke apa ke. sekarang ni aku bekerja. nak2 pulak baru naik dari cuti bersalin bulan 9 haritu. dan aku kalau boleh memang tak nak share dengan orang lagi2 orang office yang aku berbadan dua. untuk elakkan dari aku down dengan mulut2 orang yang suka mengata ibu yang mengandung rapat2 ni kan. baik aku diam dan masa yang menentukan segalanya. cewahhh

masa mengandungkan adila pun perut aku menyorok. 6 bulan pun tak perasan lagi. so harapnya yang ini pun orang tak perasan jugak la. hehehe semoga pregnancy kedua ni berjalan dengan lancar, anak dalam perut sihat walafiat, cukup zat, and kalau boleh baby boy la ;p aku redha dengan ketentuan dan rezeki ni. inshaAllah, ibu ayah akan jaga anak anak ibu ayah ni baik2 :)
♥ Don't forget to smile ♥

0 budak cute:

Sesungguhnya mencuri itu satu dosa