Monday, December 31, 2018

Checklist barang keperluan ibu dan baby

Haluuuu

Baiklah. memandangkan aku dah pun bersalin 6 bulan yang lepas, boleh la kiranya aku share checklist barang-barang keperluan ibu dan baby untuk pergi hospital. untuk panduan aku jugak supaya nanti bila dah mengandung anak kedua, tak perlu lah aku google dah checklist-checklist ibu yang lain. sementara masih ingat ni kan walaupun tak fresh mana. hikhik

Barang ibu:

1. Kad pengenalan
ni sangat penting okayy

2. Buku pink
jangan tinggal pulak. masa dah sarat buku ni kena sentiasa bawa tau. walau ke mana kita pergi. jangan tinggal!

3. Handphone & charger/power bank
ni memang sentiasa ada kan. penting untuk ibu contact orang yang patut nanti. boleh juga diguna untuk mengisi masa lapang sementara menunggu bukaan. itu pun kalau larat lah ;p

4. Disposable panties - 1 bungkus (ada 5 dalam dia)
yessssss, sangat penting ini barang! hahaha belilah banyak2 bungkus sebab bukan pakai masa kat hospital je. aku sampai kat rumah pun pakai. yelah time ni kan kita punya darah nifas tengah heavy. so confirm2 banyak dan panties akan kotor. ibu rasa larat nak tonyoh2 berus2 masa tu? baik pakai yang disposable je. senang :D

5. Maternity pad - 5-6 pcs
aku beli brand madame. orang kata boleh je pakai pad biasa yang overnight tu. tapi aku tak boleh kot sebab aku rasa madame ni lagi selesa sebab dia tebal dan lembut dan empuk. hihihi. tapi aku beli 1 paket je la. cukup la untuk 2 minggu. lepas tu baru aku pakai pad overnight tu

6. Kain batik/skirt - 2pcs
sebenarnya 1 pun dah cukup sebab masa kat hospital kan pakai baju yang diorang bagi. ibu pakai kain tu masa discharge je. aku prefer skirt tapi mama suruh pakai kain batikkkk. hahahah mama cakap apa ni dalam pantang pun nak melawa ke ;p

7. Blouse - 2pcs
again, ni sebenarnya 1 pun dah cukup. tapi kalau beg ibu besar boleh la standby 2. sesaje je. kalau malas pun takpe. 1 is enough. yang peting baju ibu tu ada butang atau zip. untuk mudahkan kerja ibu nak menyusukan jugak nanti. kalau takde pun is okayy. sebab aku haritu pun rasanya pakai blouse biasa je

8. Baju sejuk - 1pcs
penting sebab kita kan dalam pantang masa ni. tak boleh sejuk2. jangan tanggal kecuali nak pi mandi. kalau boleh pakai all the time kayy. aku haritu culas jugak. panas woii tidur dah la kipas slow sebab takut masuk angin. dengan sweater lagi, stokin lagi. adududuu

9. Stokin tebal - 1pcs
dalam pantang kena pakai ya. 44 hari. lebih pun boleh. tak ada masalah

10. Tudung sarung - 1pcs
kalau rajin nak melilit boleh je bawak shawl. aku malas! hehehe

11. Breast pad - 2 pair
sila lah beli kalau tak nak baju anda basah

12. Toiletries

13. Minyak angin
aku bawak minyak herbanika nona roguy tu :D

14. Selipar - 1 pair
aku pakai kasut yang macam crocs tu je. senang. sarung je dan boleh jalan dah. hahha

aku rasa untuk barang ibu itu je la kot.

itu lah pakaian pulang dari hospital aku. hehe duduk kerusi roda sebab jauh oi nak jalan!

so now, we go for barang baby

Barang baby:

1. Pampers - 6 pcs *lebih lagi pun takpe
2. Baju siang - 2 pasang
3. Baju malam - 2 pasang
4. Barut - 4 pcs
5. Bedung - 1 pcs
6. Mitten & Booties - 4 pasang
7. Topi - 1 pcs
8. Baby wipes - 1 plastik
9. Baby care (Lotion, bedak, syampu, baby oil, baby bath) - 1 set
10. Tuala - 1 pcs
11. Minyak yuyi - 1 botol

Untuk labor room, sediakan sepasang baju, mitten & booties dan juga pampers. yang ni nanti nurse akan mintak :)

untuk barang baby ni ramai yang bagi tips letak dalam plastik siap2. means satu set satu plastik. tapi aku tak buat macam tu pun sebab aku bukanlah seorang yang rajin. hihihi aku susun je dalam beg baby semua barang dia. tapi sebenarnya macam tak semua barang pakai pun. contoh baby care tu. tak pakai sebab nurse yang mandikan and terus siapkan adila sekali dengan bedung. dah la bedung kemas gila. cantik je. oh bedung pun pakai hospital punya. aku cuma sediakan baju, mitten & booties. tuala pun tak pakai sebab hospital dah ada tuala sendiri. so kalau nak jimat ruang tak yah la bawak. tapi bawak pun tak salah. depends :)

barang aku pun ada je yang tak pakai. contohnya mestilah toiletries ;') tak pakai sebab aku tak mandi pun. tengah sakit mana la nak fikir semua tu. teruknya aku. sila jangan mencontohi asmidar ni ok. alahh lagipun aku dekat wad sekejap je. ahad malam pukul 9 aku bersalin, pukul 11 masuk wad, esok tengahari dah boleh discharge sebab baby dah selesai berak kencing semua. Alhamdulillah dipermudah. balik rumah baru mandi puas-puas bagi wangi.

kemas kan dia balut
Anak ibu ayah yang comel ni ♥
Sekian sahaja. harapnya membantu la ibu-ibu yang bakal menimang cahaya mata ni kan. aku pun nanti mesti ada yang kedua dan seterusnya. so boleh lah jadi panduan untuk diri sendiri jugak. hehe
♥ Don't forget to smile ♥

Monday, December 3, 2018

Adila 5 Bulan

Assalamualaikum,

Okay, anak ibu dah cukup 5 bulan 17 nov lepas. perkembangan? di usia 5 bulan ni anak ibu dah pandai bergolek, hempas badan ke depan, masuk bawah kerusi secara reverse, amik puting masuk dalam mulut sendiri, melompat2, bergerak sendiri dengan lajunya pakai walker dan ketawa bila tengok ayah dia. hahaha adila ni kan, bila aku yang agah dia buat bodoh je. paling2 pun respon dia sengih je. tanpa bunyi. tapi bila dengan ayah dia, ayah dia sengih pun dia ketawa dengan semangatnya tau. hmm anak ibu oh anak ibu

berat adila, 6.9kg. almost 7kg jugak la. berat dia Alhamdulillah memang tiap2 bulan naik. tapi bulan ni yang peliknya tinggi dengan ukur lilit kepala tak naik. maintain je sama macam masa 4 bulan tu. aku tanya nurse, okay ke? takpe ke tak naik? yelaa risau la kot ada problem ke en. then nurse kata takpe. kita tengok masa dia checkup 6 bulan nanti camane. hehe lega aku

bulan depan dah boleh start bagi makanan kat adila. excited aku cari resepi bubur. hahaha rajin ke? inshaAllah. orang kata untuk anak sanggup buat apa je en. harap2 aku pun jadi typical mother la. hikhik nak masak bubur, nak beli bubur nasi yang nestle tu. harapnya anak aku okay la boleh terima makanan tu semua. dan semoga anak ibu ni membesar dengan sihatnya lagi. adila cukup makan ibu pun senang hati :D

nothing much on this month. aku pun tak tahu nak cerita apa. yang aku tahu anak aku comel! kbyeeee hahahaha
♥ Don't forget to smile ♥

Wednesday, November 7, 2018

On Your Wedding Day


Nampak orang duk recommend cerita ni kat twitter. semua bagi rate 9/10. diorang cakap sedih, menangis, tapi best. so aku pun dengan semangatnya campur curious kan, google la cerita ni. tengok online je. maklumlah, dah pakai umobile unlimited punya data kan. hehehe sebelum ni internet celcom pakai yang prepaid. so kedekut sikit.

anddd, mungkin sebab dah baca orang punya review, so aku punya expectation for this movie is veeeeery high. akhirnya aku sendiri yang kecewa. hahaha sebab bagi aku cerita ni just nice. tak menangis punnn. hmm ke aku yang keras hati? entah la. cerita yang aku betul2 nangis cerita Miracle in Cell no 7 tu je. tengok berapa kali pun aku tewas jugak. kalau tak nangis, mata berkaca. confirm! hahaha titanic yang first time punya je nangis beriya. bila repeat dah tak nangis dah.

tapi takde la aku cakap cerita ni tak best langsung. best. hero heroin pun hensem and cantik. eh hahaha cerita pun okay. buat aku rasa nak lalui balik zaman sekolah, zaman sebelum2 kahwin tu. tapi life aku dulu tak macam tu pun. sebab first love aku zunnu tu je 😜 so aku tak pernah rasa kecewa yang betul2 punya kecewa kot. before zunnu ada jugak orang lain. sorang. tapiii emmm. mungkin tak sekuat cinta aku pada zunnu? tu yang tak berapa rasa kecewa tu? hahahaha >.<  okay dah

jadi silalah menonton On Your Wedding Day. worth it. jalan cerita tak membosankan. tapi maybe aku sedikit geram dengan heroin? sebab dia macam senang jatuh cinta kat orang lain sedangkan si hero seorang yang setia. itu pendapat aku la.

Sekian.

♥ Don't forget to smile ♥

Tuesday, October 23, 2018

Majlis Aqiqah & Kesyukuran Double A

Assalamualaikum.

memandangkan dah ada anak ni, aku asyik nak share pasal anak je. untuk simpanan sendiri jugak ;)


14 Oktober baru ni, berlangsung la majlis aqiqah & kesyukuran untuk baby Adila & baby Aira. tapi sebenarnya aqiqah tu Aira punya je sebab Adila dah buat dah aqiqah dia masa raya haji lepas. dah 4 bulan dah pun budak tu. hehe saje la menempek kiranya buat kesyukuran je la baby Adila ni. sekali dengan tahnik.

everything went well. Alhamdulillah. makanan semua habis. orang pun ramai datang. kawan aku memang tak jemput ramai sangat pun. majlis kecil kan. orang pun faham kot. yang jemput pun, tak semua dapat datang. masing masing ada hal sendiri kan. ahad pulak tu. hehe takpe, aku pun memahami jugak 😄

yang datang pulak aku tak sempat bergambar. yang ada gambar kawan2 uitm je la. tu pun sebab diorg datang pukul 2 macam tu. ada la masa sikit nak bergambar. hehe aku gambar berdua dengan adila pun tak ada. bertiga dengan zunnu sekali apatah lagi. haihh. padahal memasing dah lawa dah baju time tu. sedondon soft pink & mint. aduiii sayang betul. nampaknya lain kali kene upah photographer ni. hahaha

soo, let pictures do the talk ^^





these girlssss yang sentiasa ada di majlis kat rumah aku ni haa. dari abang aku kahwin, aku tunang, aku kahwin, sampai aqiqah ni haa depa setia mai. korang bila nak buat kenduri pulak? mesti bosan kan asyik kenduri kat rumah aku je. hahahaha

budak tudung merah tu paling setia dan paling rajin. aku pantang seminggu dia dah datang rumah jenguk sorang2. sejak ada baby ni banyak kali dah dia mai walaupun dari jauh. thank you syafiqah izzati! me love you! shamira natasha tak sayang sebab dia tak mai!!! hahahaha

dua pengantin ni penat haaa melayan tetamu. tu laaa. siapa suruh comel?! 😎 semoga Adila dan Aira menjadi anak yang baik, taat, dan semoga yang baik2 saja untuk awak berdua. ibu sayangg anak ibu ni ;) jangan pergi dulu sebelum ibu ya.

sekian.


♥ Don't forget to smile ♥

Wednesday, October 17, 2018

Pengalaman Bersalin - Part 2 -

Bismillah. ayuh kita mulakan ^.^

17 Jun 2018 (Ahad)

disebabkan sepanjang malam tak tidur, dan aku dah penat sangat, pukul 930 aku kejut zunnu. ajak dia pergi hospital. sebab aku tak tahan dah nak menanggung kesakitan sorang2. macam la pergi hospital sakit tu boleh kurang. adoi, dia pun, okay la. nak pergi sangat kan, jom.

pukul 1030 sampai hopital. tempat kerja aku. ppukm. selalu hari2 datang sebab kerja. harini datang nak bersalin pulak. feeling dia lain. tak sama. ohh aku pergi hospital dengan zunnu & umi. parents aku baru sampai rumah dari perak subuh tu. so aku tak bagitahu la aku nak pergi hospital ni. sebab aku pun confuse jugak aku ni sakit betul2 ke sakit tipu2. hehe

setengah jam duduk kt PAC diorang monitor aku punya contraction dengan jantung baby. 20 minit je la. sepanjang 20 minit tu, contraction 2 kali je. hahah eh tapi betul la tu. 10 minit sekali. dah la kosong tempat tu. aku sorang je. orang lain semua beraya lagi kot. masa aku mula2 sampai pun kat kaunter takde orang. nurse tengah makan lemang kot. hehehe sorry nurse, i kacau u punya raya.

sepanjang 20 minit tu jugak la aku di interview. macam2 soalan dia tanya. tapi sebab aku baik, aku layan je tanpa rasa annoying. heheh biarlah. kita tolong orang, Allah tolong kita. sebab yang tanya tu student. nama pun ppukm. kena la faham kan.

lepas habis 20 minit tu, doktor betul pun masuk. aku ingat dah takde apa la. sebab dia macam brief gitu2 je. dia cakap aku punya contraction tak kuat sangat. then diorang macam ada prepare barang apa benda tah. tetibeeee, haaa amik kau, dia cek bukaan! hahaha dah la tak bagitahu nak cek. tetiba je suruh tadah. aku macam, okay. sis tak ready, tapi sis redha. sebelum ni asyik baca pengalaman orang semua cakap sakit la, apa la. so aku macam takut jugak. but surprisingly, aku tak sakit pun masa tu. dia macam rasa pelik je. ye la, ada something kat laluan tu kan. tapi seriously, tak sakit. petua dia, kau relaks je. jangan lawan. layan je. okay?

andddd, pukul 11 pagi, bukaan dah 3cm. doktor cakap inshaAllah malam ni bersalin. bukaan pun lembut. "bagus awak ni! mudah bersalin", kata doktor. hahaha aku still dalam mode tak percaya. aku dah nak beranak ke ni? betul ke? harini? doktor tak main2 kan? ya Allah. dah dekat. ibu dah nak jumpa anak ibu. mix feelings gituu.

aku keluar, jumpa zunnu dengan umi. bagitahu kena admit wad, bukaan 3cm, malam ni bersalin. diorang pun terkejut. hahahaha haaaa tu la. ingat aku mengada sangat kee. uhuk uhuk nasib baik berkeras jugak nak pergi hospital. nak tunggu ketuban pecah? hmmm

admit wad, inform parents aku, dan duduk la aku kat wad tu menahan sakit contraction. setiap kali sakit, aku genggam la apa yang ada. tangan zunnu, besi katil. mana yang mampu dipegang. hehe sakit weh contraction. masa admit ni, diorang kata nak cek bukaan pukul 5 petang. aku pun okay je la. berdoa jugak moga dipermudah dan dicepatkan urusan bersalin ni.

sekali, pukul 3 dia dah panggil nak cek. oh kat wad pun aku di interview ye. diorang ni macam doktor yang baru sangat lagi jadi doktor kot. entah. melayu sorang, india sorang. perempuan. so, bila baru, skill pun belum power sangat la kan. banyak kali lah deme menyeluknya. confuse berapa cm bukaan. x pro lagi kan. seluk pun, sakit la sikit. mungkin sebab jari dia halus? tulang2. hahaha sukati je aku. yang melayu tu cakap dalam 4cm. yang india tu cakap dalam 5cm atau lebih. aku tengok je la diorang berbincang sesama sendiri.

bila diorang tak sure, panggil la doktor pro. sis redha sekali lagi. dia seluk kejap je. and tak sakit pun. dia cakap, okay 5cm. so boleh pecahkan ketuban. sekali lagi aku macam, whatttt. ini betul2 ke ni? nak keluar dah ke 😂😂 nak pecahkan ni pun adoi. yg melayu tu kata dia nak try. nak belajar. last2 dia buat tak jadi pun. lama dia try. tp still tak jadi. hmm doktor yang pro tu jugak buat akhirnya. kejap je terus rasa air hangat mengalir. dan aku pun ditolak ke labor room. tempat aku nak berperang untuk lahirkan baby yang meyy cengat nii. hehe

sampai je labor room, terus kene sumbat ubat lawas. hehe kosongkan usus ye sebelum start meneran. kang tak memasal benda lain pulak yang keluar. hehe. zunnu setelkan apa yang patut untuk proses delivery anak sulung kitorang. seriously zunnu sangat2 membantu sepanjang proses kelahiran sampai la berpantang. sampai aku rasa nak nangis sebab macam menyusahkan semua orang je. hmm, eh, lari topik dah. kita masuk labor room balik!

dekat dalam ni, sakit makin kuat. bila datang contraction tu rasa macam erghhhhhhh! bidan, doktor semua suggest ambil epidural sebab dia kata ni anak first awak kan. siap dengan penerangan semua la. ada 3 jenis pain killer diorang offer untuk aku pilih. first, epidural. second, cucuk ubat tahan sakit. last, sedut gas. so aku mula2 sombong, plus orang cakap epidural tak elok. so aku tolak sekerasnya sebab memang bertekad tak nak amik. aku cakap takpe, saya sedut gas je. gas tu pun alahaii, cam takde effect pape je. hahah. then, selang beberapa minit, orang lain pulak masuk tanya nak amik epidural tak. lepas tu doktor pulak. doktor yang macam marah bila aku tolak. hehe tapiiiii akhirnya aku menyerah. aku amik jugak epidural. mungkin aku ni bukan jenis yang tahan sakit kot. entah la

lepas cucuk epidural, kurang la sikit. boleh la jugak aku terlelap sekejap. tapi serius, sekejap je. masa tu dh pukul 6 lebih kot. then rasa sakit tu datang lagi. kalau aku tak amik epidural tu camane la kesakitan yang aku kena tanggung kan. dah amik pun still sakit. uhuk uhuk

sepanjang dalam labor room ni, berapa kali budak2 pelatih tu masuk kejut baby aku. diorang kata baby punya gerak tak cantik sangat. dia tidur je. hahaha aku dah la tengah menahan sakit ni. orang duk godek2 perut pulak. lepas tu suruh aku mengiring untuk elakkan aku terteran sebelum sampai masa. masalahnya bila mengiring la aku lagi rasa nak meneran. acanoo tu. start pukul 7 diorang dah start prepare barang untuk sambut baby. macam2 yang disiapkan. aku hanya mampu baring, tengok dan menahan sakit je. zunnu kat sebelah banyak kali usap kepala, pegang tangan, bagi semangat kat bini dia yang tak tahan sakit ni. hehe macihh yum

masa ni bidan dah pesan dah kalau rasa nak meneran sangat2 bagitahu ye. sebab pukul 7 lebih tu dah 8cm. anytime je awak ni. then, azan isyak bergema je pukul 839 malam tu, maka bermulalah proses melahirkan baby adila. anak sulung ibu ayah. aku time tu selsema dengan batuk. nafas pendek. bila nafas pendek, dengan last makan masa tengahari tu je, hmm teran pun susah. nafas tak cukup, tenaga tak cukup. teran pun tak berapa nak panjang. orang2 dalam tu ramai kott. sebab hari aku bersalin tak ramai orang kot. diorang berkumpul semua bagi semangat. "nurul teran nurul! sikit lagi nurul! haaa bagus, pandaii. teran lagi nurul! sikittt je lagi!" dengan zunnu2 sekali haa "sikit lagi anje. dah nampak dah rambut ebby tu. anje boleh!" hhahahha

aku dah nak give up dah masa tu. kita kan meneran time ada contraction je kan. so masa tengah rest tu, aku sempat lagi tanya zunnu "dah nampak ke bang kepala ebby". hahaha sibuk je alahaii. teran je la asmidar oii >.< aku pun try dan try dan try. asyik tak boleh je. kalau boleh rasa masa tu nak suruh je bidan tu masuk tangan dia tarik kepala baby keluar. nak vacuum dah. risau pun ada sebab ye la, dah lama kan aku meneran tak keluar2. takut baby lemas. tapi diorang still support aku. masa meneran tu, bidan tu cakap "saya tolong ye". zapp! kene gunting. 3 kali woi dia gunting sebab baby tak keluar2 jugak. lepas tu final push, Alhamdulillah, lahir la anak ibu ni pukul 9.01 pm. ya Allah, mix feelings wehh masa tu. happy, terkejut, lega, sakit. semua lah!

Nurul Adila Zamya fresh from oven ^^

settle semua benda, aku ditolak ke wad pukul 11 malam. kat wad tak boleh orang jaga. berseorangan la aku dengan baby. sakit. aku pergi tandas bersihkan badan. keluar tandas, pitam. hahaha nurse cakap kesan epidural tu. berpeluh jugak la. nurse pun tolak aku naik kerusi roda pergi balik kat katil.


esoknya pagi2 doktor round wad, and aku dan baby boleh discharge sebab baby dah kencing, dah berak. Alhamdulillah. selesai la perjalanan aku melahirkan. sambung la pantang kat rumah pulak 44 hari walaupun ada culas sikit2. sekarang baby adila pun dah 4 bulan. semoga anak ibu membesar dengan sihat ye sayang :)

Sekian. detail kan cerita aku? hehe. pengalaman ni inshaAllah aku takkan lupakan sampai bila2!


♥ Don't forget to smile ♥

Tuesday, October 9, 2018

Pengalaman Bersalin - Part 1 -

Assalamualaikum,

before this, aku yang duk google pengalaman bersalin orang lain. rajin baca pengalaman orang sebab ye lah, kita mana ada pengalaman melahirkan lagi. ye dok? hehe sekarang, aku share pengalaman aku pulak. boleh lah jadi panduan untuk anak yang seterusnya beberapa tahun akan datang. aku dah la pelupa sikit. so sementara masih ingat ni, elok lah aku meluahkan 😄😄

15 Jun 2018 (Jumaat)

harini hari raya pertama. aidilfitri. alhamdulillah pagi raya tu aku pergi solat raya. kalau aku tak pergi masa tu, memang dah takde dah solat raya lepas ni. dah ada anak kecil susah sikit rasanya. solat jemaah dengan perut sarat centu, pengalaman betul. mengah woi. nasib baik 2 rakaat je. habis solat raya balik rumah umi then terus shoot ke sungai buloh, rumah opah aku.

kat rumah opah aku melantak la macam2 jenis makanan. memang dah set dah pun nak makan macam2. semua orang duk mengusik aku ni tengah menunggu hari je. due masa ni lagi seminggu lebih. lebih kurang 10 hari la sebab due aku 25 Jun 2018. petang tu aku dah start rasa sakit pinggang. tapi sebab anak first kan, tak tahu nak expect apa kalau sakit macam tu. aku ingat penat biasa je sebab tak baring sangat. raya kan.

malam tu balik rumah aku mengadu kat zunnu. melepek la badan memang tak larat. zunnu pelik. dia pulak tahu aku ni suka mengada. so dia ingat aku mengada je. hahaha sampai hati kan. nasib baik sayang. malam tu macam ada blood spot sikit. aku cakap kt zunnu tapi dia cakap takde apa la tu. sebab seminggu sebelum tu pun ada jugak blood spot sikit2. zunnu cakap tunggu air pecah dulu. haihh la suami. aku pun iyekan aje la. tunggu air pecah baru pergi hospital. malam tu tidur macam biasa. sebab aku penat dengan sakit belakang sikit je. still boleh bertahan.

16 Jun 2018 (Sabtu)

harini aku dah start sakit. tak tahu nak describe macam mana sebab aku tak pernah senggugut. orang kata contraction tu macam senggugut. so aku macam, "eh ni contraction ke". sis confuseeee. masa tu macam alaa jangan la bersalin lagi. barang hospital tak siap lagi ni. hahaha yess. beg hospital aku tak siap lagi. bag baby je dah siap. bag baby tu lama dah siap. hehe

so masa ni aku gagahkan diri la ajak zunnu keluar cari barang aku. selipar dengan sabun je padahal. sabun pun bukan pakai pun masa kat hospital haritu. hahaha kitorang sempat la pergi aeon. pusing nak cari barang lain, tetiba terbeli benda lain. hihihi masa berjalan ni banyak kali jugak aku stand still sebab sakit woi. at the end, barang yang aku nak tu takde. so ke econsave la pulak kitorang laki bini.

selesai beli barang kat econsave, terus balik rumah sebab aku sumpah tak larat dah masa tu. sakit. makan pun tak aku rasa. sebab aku memang nak baring sangat2. sampai rumah melepek la aku lagi sekali. malam tu keluar cari makan malam kat kajang. mula2 pergi sate kajang. tutup pulak. raya kedua kan. so kitorang pun pergi take away je kt pizza. aku duk tekan2 perut tahan sakit kt kedai tu. lama pulak dia masak pizza. hahaha

ohh masa ni family aku balik perak. tapi mama dengan ayah memang tak senang hati la sebab due aku dah dekat kan. asyik whatsapp je tanya aku okay ke tak. aku cakap okay je. masa on call pun aku control suara sebab tengah tahan sakit kan. takut diorang risau sangat pulak. tapi malam ni mama tanya ada turun tanda tak. aku pun takkan nak tipu kan. aku cakap je la ada. tapi tak sakit sangat lagi. hahaha tipu sunat. terus ayah call suruh ajak zunnu pergi hospital. tapi zunnu berkeras lagi masa ni. dia tetap nak tunggu air ketuban pecah. hahaha adoii degil. aku redha je la. malam tu jugak family aku gerak balik kl. risau punya pasal.

malam tu, aku tak tidur langsung. sakit sangat. aku track la aku punya sakit tu datang berapa minit sekali. pakai apps pregnancy kt fon. tapi entah betul ke tak tah aku buat. hahaha. kalau ikut yang aku track tu, dia sakit 10 min sekali. menangis aku sepanjang malam. zunnu tak layan jugak sebab dia ingat aku mengada kot. hmmmm sis sedih. tu la, siapa suruh selalu mengada. bila sakit betul, orang tak percaya. padan muka. hahahah

*sekian untuk 2 hari sebelum. next post hari kejadian pulak :)
♥ Don't forget to smile ♥

Monday, September 24, 2018

Nurul Adila Zamya ♥

Assalamualaikum

3 bulan lebih tak menaip ye. sebab sepanjang 3 bulan tu aku duduk rumah. kat rumah memang tak lah nak menaip. hehe.

Alhamdulillah, 17 Jun 2018, tepat pukul 9.01pm aku selamat melahirkan puteri sulung keluarga kecil kami. baby sihat, ibu dia pun sihat. bersalin normal. 3.12kg. 49cm. ppukm. 3 syawal. hehe sempat la ibu dia ni melantak makanan raya masa first syawal haritu. hari kedua raya dah start sakit so no raya food. lepas bersalin, berpantang la aku kat rumah mama. 3 bulan duduk rumah mama.

sakit? ya Allah tak terkata. insaf jap aku masa 2 minggu pertama lepas bersalin. macam2 dalam otak masa tu. betapa nikmatnya sihat tu. time tu la baru aku sedar. aku punya luka jahit tu bengkak. seksa. nak duduk seksa. baring seksa. semua pun serba tak kena. baby pulak minggu first2 tu kan suka menangis. hahaha emosi aku macam tak stabil sikit. nasib baik la ada zunnu, mama, ayah, semua la. banyak benda aku tak boleh buat sendiri. rasa macam diri tak function time tu. hahaha

tapi lepas luka tu elok, Alhamdulillah. semuanya okay. baby pun dh sebulan dia okay jugak. tak meragam. baby adila ni baikkkk sangat. aku tak tahu apa yang aku buat sampai aku deserve baby sebaik adila tu. tak menyusahkan ibu ayah. mama pun cakap adila baik.hehe bangga jap.

now dah 3 bulan. adila baru checkup 20 sept haritu. berat dia masa lahir 3.12kg. sekarang dah 6.1kg. sihat kannnnnn? patut la cepat lenguh kalau dukung budak kecik tu. fully bf. susu meriah kau. tu pun aku tak tahu apa yang aku buat sampai dapat susu mcm tu. rezeki baby la tu. bagus jugak sebab takyah la aku nak risau kalau dia tak berak ke apa ke. jimat pun jimat sebab takyah nak beli susu fm. heeeeee

pengalaman bersalin? nanti aku cerita. hehehe





♥ Don't forget to smile ♥

Wednesday, June 13, 2018

My First Pregnancy ♥ - Part 2 -

13 Jun 2018

Alhamdulillah harini dah 38 minggu aku mengandung. kalau ikut due, aku tinggal lagi 12 hari je lagi weh. 12 hari. Ya Allah, macam tak percaya. aku berjaya bawa nyawa dalam perut aku selama ni 😂 perasaan? bercampur. takut. excited. tak sabar. semua lah. takut tu sampai terbawa-bawa dalam mimpi lah orang kata. berapa kali dah aku mimpi bersalin. tapi mimpi kan. mana ada rasa sakit. ada mimpi tu senang je baby keluar. ada mimpi lain pulak, baby susah keluar sampai terkoyak-koyak aku. kena jahit bagai. mana la aku tak takut. bangun tidur je terus cerita kat zunnu. dia pun bosan agaknya aku asyik cerita mimpi bersalin je. hahaha sabar je lah. selagi belum keluar, selagi tu kot mimpi tu berulang.

Oh ya, lusa raya. aidilfitri. sempat ke aku? InshaAllah. sebab sampai sekarang takde lagi tanda besar nak bersalin. haritu je ada macam blood spot sikit. tapi sikit sangat lah so aku tak sure itu tanda betul ke tak. but since sampai sekarang tak ada apa yang jadi, aku assume tu tak betul. hahaha boleh tak macam tu?

Last checkup minggu lepas, aku kena kencing kotor. mungkin lah kan, mungkin sebab kencing kotor aku rasa sakit-sakit je. aku ingat tu sakit contraction. yelah kan, sebab ada blood spot tu. rupa-rupanya..... hehehe takpe lah. aku sabar. tunggu je sampai tarikh due. sampai masa nanti keluar lah anak ibu ayah ni. semoga yang baik-baik saja ya 😉
♥ Don't forget to smile ♥

Wednesday, June 6, 2018

My First Pregnancy ♥ - Part 1 -

Assalamualaikum pembuka bicara

Warning! Entry ni panjang. Sekian :)

Alhamdulillah october 2017 aku buat upt sendiri kat rumah result dia double line!! yeayyyy! hehe tak percaya sampai sanggup beli lagi satu sebab nak betul2 confirm yang aku pregnant. sebenarnya memang kitorang macam mengharap pun. banyak kali kot beli upt tu. asyik2 negatif je. haha excited engko. kat kedai eco rm2 tu pun ktorang beli jugak. tapi redha je la.

kahwin bulan 8. so sempat 2 kali period. nak masuk period ketiga masa bulan 10 tu macam eh kenapa lambat ni eh. sebab aku kan selalu on time je period. selalu kalau lambat pun macam 2 hari centu je. masa bulan 10 tu dah lambat sampai 4 hari. sebelum2 ni kalau lambat sehari pun dah beli pregnancy test tu weh. excited punya pasal. hahahah

masa bulan 10 tu naluri aku macam kuat yang aku pregnant. tapi sebab tak nak excited sangat so aku pun macam biasa je la. tak nak mengharap sangat. tapi memang ada pun macam loya2 sikit. bau badan orang pun aku tak tahan. bau adik aku, abang aku, bau zunnu pun! kesian dia. nak buat camane, dah tak tahan. hahah so beli la pregnancy test and yeayyyyy double line!

so lepas je dapat tahu result positif, segala jenis alahan datang kat aku. muntah, pening, semua la. sampai berat badan aku drop! berat aku masa buka buku pink masa 3 bulan tu 46.4kg. berat normal 47-48. eleh drop sikit je. tapi banyak bagi aku sebab 46kg tu last masa aku darjah2 kot. lepas tu mana pernah berat aku kurang dari 47-48. lebih ada la. masa palapes dulu berat aku 55kg. hahahah

first trimester sangat mencabar. nasib baik jugak time tu aku tengah menganggur. so takde masalah dengan mc ke apa ke. tak payah susah2 nak minta cuti bagai. rehat je kat rumah. semua benda yang masuk dalam perut aku tak sempat nak duduk lama2 pun. lepas makan je muntah. dengan angin2 penuh satu badan lagi. sangat tak selesa. zunnu la jadi mangsa aku picit2 badan, kepala. nak keluarkan angin punya pasal. mama siap beli bam, zunnu beli yoko2. rumah aku bau minyak angin je la sepanjang 3 bulan  tu. tapi Alhamdulillah. memang 3 bulan tu je aku alahan teruk. masuk bulan keempat, semua2 tu pun hilang. bagus betul anak ibu ni kan. hehee

bulan keempat best! sebab semua alahan dah hilang. selera makan pun bertambah2. berat aku yang dulunya drop tu dah naik mendadak pulak. sampai kena minum air gula 2 kali! doktor risau aku diabetes. tapi hakikatnya tak ada pun. elok je. heee start second trimester ni aku dah mula cari kerja. ye la kan, nak bersalin pakai duit kot. bukan pakai daun. jenuh jugak nak menyimpan. simpanan aku banyak habis masa kenduri haritu. so kene pelan2 menabung balik untuk baby ni. tapi tu la, orang mengandung, majikan mana yang nak amik? swasta pulak tu. lagi la diorang tak nak. banyak interview aku pergi. tapi semua menghampakan. sedih. stres. semua ada. mama ayah hari2 doakan aku. diorang pergi umrah pun doakan aku jugak.

anddddddd, berkat doa mama ayah jugak la aku rasa, nama aku naik untuk exam sampai la interview UKM. aku risau jugak sebab tengah pregnant 4 bulan rasanya masa interview haritu. tapi aku tak mention pun aku pregnant. plus perut aku memang kecik pun. tak nampak cam pregnant. hehe Alhamdulillah dapat kerja kt UKM. masuk bulan 3. masa tu pregnant 6 bulan. risau sebab diorang tak tahu aku pregnant. masa lapor diri baru aku maklumkan dan Alhamdulillah diorang takde masalah dengan staf yang pregnant. masa interview haritu pun ada sorang tu mengandung 7 bulan. rasanya lepas pantang baru dia lapor diri. hehe

rezeki betul dapat masuk UKM. makanya anak ibu ini lahir kat hukm je la cite dia. sebab aku kerja kat fakulti perubatan. fakulti ni bangunan dia kt hukm. so memang hari2 pergi hospital la kiranya. kalau sakit kat office pun tak ada masalah sebab kecemasan kat bawah tu je. tinggal nak kena call zunnu je nanti. kuasa Allah kan.

tapi tu la. bila kerja kat hospital ni, staf ramai, student ramai, kereta pun banyak. parking pun jadi jauh la dari office. perjalanan dari kereta nak ke office pun dah 10 minit. first day mengah gila. balik rumah sakit kaki. nasib baik first day aku tu aku pilih hari jumaat. esok tu boleh la aku rehat. hari2 yang seterusnya aku dah okay sebab dah lali kot. cuma ni bila dah makin besar perut, aku jadi makin slow la kot jalan. sebab mengah. tapak kaki sakit. ni pun nasib perut aku tak besar sangat. semua orang tegur perut aku kecil tak macam sepatutnya. aku pun perasan perut aku kecil. tapi berat aku naik mendadak. haihh entah. tak faham. hahahah

now, aku dah 34 minggu pregnant. 8 bulan setengah. so tinggal lagi sebulan lebih sikit jugak la sebelum anugerah Allah ni lahir. anak ibu ayah. dah 8 bulan ni kira aku dah sarat la. perut aku pun rasa berat je. makin kedepan pulak tu. sakit kaki jangan cakap la. bukan setakat kaki je, pinggang, pinggul, semua lah. semua pun sakit. kadang tu sampai nangis sebab rasa ya Allah, tak laratnya rasa. cepat la keluar anak ibu. ibu sakit2 badan dah ni. hahaah tapiiiiii dalam masa yang sama, "anak ibu keluar masa dah cukup bulan nanti ye sayang. biar anak ibu betul2 ready dulu baru keluar. jangan keluar awal tau sayang". heheheh

kelengkapan nak bersalin? hahahahahhahaha belum lagi wehh. dah 8 bulan setengah tapi barang baby je ada. itu pun barang2 untuk pergi hospital je. barang lain tak lengkap lagi. barang aku sendiri pun tak lengkap.

*****selalu tertangguh. berapa lama tah dalam draft ni. hahaha*****

Baik, Bismillah. kita mula lagi sekali. update yang latest la eh.

06.06.2018 (37 minggu)

Alhamdulillah kandungan harini dah genap 9 bulan 10 hari. hehe persiapan? gaji mei haritu aku dah beli semua InshaAllah. harap2 semua cukup. bag baby pun dah susun balik elok2. slip masuk wad, gl semua dah setel. counting days la katakan. cuma bag baju ibu je mcm x perfect sangat. tak reti nak susun. macam banyak. macam dah okay. macam tak cukup. entah la. sis confuseeee. kena double check la bag tu secepat mungkin. cuak aku sebab pagi tadi masa bangun sahur pukul 4.30am ada pulak tompok darah sikit kat pantiliner. fresh blood. tapi sikit je la. terus bagitahu zunnu. zunnu kata nanti kt ofis pergi la klinik tu jap cek. pastu dah sampai ofis, bagitahu kak mira. minta pendapat dia. kak mira kata tunggu dulu sampai ada rasa sakit sebab nanti kalau serah diri awal2 macam-macam dia buat nanti. hahaha

aku pun decide untuk tunggu dulu sebab contraction yang betul2 belum ada. sikit2 je ada and aku still boleh tahan sebab dia sakit gitu-gitu je. lagipun aku belum ready lagi. jangan laa. minggu depan dah raya. tunggu la baby eyyy. bagi ibu raya dulu 😂

so, start je kandungan 9 bulan, checkup kat klinik kesihatan dah jadi seminggu sekali. ye lah, dah dekat so kena sentiasa pantau. checkup aku setiap khamis pagi. hujung2 ni aku jadi cepat penuh. tak kenyang, penuh je. ubat pun tak boleh makan sebab loya2 dah datang balik. pagi tadi muntah. setelah sekian lama tak muntah. sebelum ni ada je rasa nk muntah tapi aku tahan sebab tak nak. tak suka. tapi pagi tadi tak tahan sangat dah. dengan sakit tekaknya. selsema. demam. kahak. pakej kau. hahahaha kat ofis harini pun lemau je rasa.

kaki sakit. hari2 kena jalan jauh. takpe lah. mungkin kuat berjalan ni nanti memudahkan proses melahirkan anak ibu ni. Aminnn. aku harap sangat semuanya dipermudah. aku takut. tapi dalam masa yang sama aku tak sabar nak melahirkan. nak tengok baby. hari2 rasa dia tendang2, gerak2 dalam rahim ni buat aku jadi tak sabar nak tengok dia depan2. hehe

*****the end*****

♥ Don't forget to smile ♥

Sesungguhnya mencuri itu satu dosa