Wednesday, May 29, 2019

Second Pregnancy - Part 6 -

29 Mei 2019, Rabu

okay, kalini bukan hari khamis dah. hari rabu! yeayyy! hahaha Alhamdulillah kandungan dah mencecah 31 minggu. dan harini merupakan ramadan yang ke 24. setakat ni aku masih berpuasa penuh. inshaAllah semua yang baik2 je. baby kecik ni pun aktif je menendang. masa checkup minggu lepas pun dah double confirm dengan doktor. doktor kata okay je nak puasa. sebab aku tak ada masalah. dapat la puasa penuh tahun ni. hehe

masa mengandungkan adila tahun lepas aku tinggal puasa 4 hari. sebab risau sangat jadi apa2 kat baby. aku join group ibu mengandung kat facebook. lepas tu hari2 ada je keluar kat wall aku tanya 'saya mengandung xx week. boleh ke saya nak puasa?' pastu orang duk reply, 'tak payah puasa la sis. puasa boleh ganti. anak tiada ganti. kan banyak kes ibu tahan je puasa, takde masalah pun. tapi last2 keguguran. baby tak kuat lagi'

haaaa mana tak cuak weyy hari2 duk baca benda macam tu. tapi aku buka puasa pun petang. time dah balik kerja. kiranya pagi tu aku try la jugak menahan diri dari lapar dan dahaga. tapi tahun ni, inshaAllah. aku nekad nak puasa penuh. selagi tak ada masalah. aku yakin Allah tolong :) penat memang penat. dengan perut makin kedepan, kebawah. nak membuang pun mengah tau. ingat senang ke? hahaha dengan hari2 jalan jauh. jarak dari office aku nak ke parking kereta, 10 minit perjalanan kaki ye awak. berpanas, berhujan, aku redah je. nak balik kan. kalau lambat, jem. aku yang rimas nanti.

tapi takpe la. banyak berjalan orang kata mudah bersalin. tengok la masa aku bersalinkan adila dulu. aku rasa macam banyak sangat dimudahkan. daripada awal sampai la habis. cuma after tu yang aku rasa macam down sikit. uhuk uhuk. sebab luka jahitan aku tu macam bengkak sikit. sakit dia tuhan je yang tahu. dan benda tu la yang aku takut untuk pregnancy kali ni. jujur cakap, aku takut nak bersalin tahun ni. mungkin sebab dah ada pengalaman kot. kalau dulu lebih kepada rasa excited. sebab masa tu kita tak pernah rasa lagi sakitnya bersalin tu. bila dah rasa ni, ........ entah la. excited tu ada sebab anak sendiri kan. gila kau tak excited! tapi takut pun ada. takut kena gunting, kena jahit, luka jahitan bengkak, sembelit.

tapiii! itu lah pengorbanan seorang ibu kan? 😂 sakit kan penghapus dosa. inshaAllah aku mampu. family pun banyak support aku time aku pantang. healing proses tu jadi mudah je nanti. Aminnn. 2 minggu je! sebab masa bersalinkan adila, 2 minggu pertama tu je yang seksa. 2 minggu tu je aku rasa aku banyak sangat menyusahkan orang. lepas dari tu, aku start okay walaupun slow. ye lah, baru jadi ibu kan 😊 tahun ni dah ada pengalaman sikit, and masih fresh lagi. soooo, harapnya dipermudah! amin!

okay, done membebel. harini aku publish semuaaaa entry pregnancy yang selama ini draft je kat blog ni 😁 sekian.
♥ Don't forget to smile ♥

Second Pregnancy - Part 5 -

9 Mei 2019, Khamis

Macam biasa la. hari khamis merupakan hari mencatat. hehe dah lama sebenarnya tak update pasal pregnancy ni. last masa 15 minggu kan? now dah 28 minggu. Alhamdulillah baby sihat. ibu pun sihat inshaAllah.

Hari ni 4 Ramadhan ye. ibu dan adik ebby dah selamat puasa 3 hari. doakan ibu kuat! kalau dapat puasa penuh syukur sangat2. dah lama tak merasa kan. hehe. tahun lepas pun masa pregnant kan adila aku ponteng 4 hari. sebab first pregnancy kan. risau jadi apa2 kat baby. lagipun tahun lepas time puasa tu memang tengah sarat sangat. yelah, due pun seminggu lepas raya. lagi bertambah risau la aku. takut jadi apa2 masalah kan. orang kata, puasa boleh ganti. nyawa tiada ganti. ibu mana tak sayang anak woi. hehe

Perkembangan? yeayy perut membesar dengan jayanya. kalau dulu perut besar ni dah nak dekat 9 bulan dah. sekarang 7 bulan, perut ke depan subahanallah! aku pun tak tahu kenapa. betul lah orang cakap, setiap pregnancy ni berbeza. memang betul2 berbeza ni. kalau dulu sampai sehari sebelum bersalin pun aku masih dikira kuat lagi. tengah contraction boleh pergi shopping jap. tapi sekarang, jangan lah. aku jalan kejap je dah mengah dah. hari2 nak jalan dari kereta ke office pun aku tak larat. slow gila aku jalan. dah tak kisah dah ada orang kat belakang ke, apa ke. lantak la. kalau nak cepat, potong je la aku sebab aku takkan lajukan langkah 😂

Rahsia aku pasal pregnancy kali ni dah tak jadi rahsia dah masa 5 bulan haritu. sebab aku isi borang nak balik awal sejam. tahun lepas kan aku tak pakai benda tu. tahun ni aku pakai la. lagi pun dengan perut aku yang cepat sangat besar tu, orang pun perasan. yang tak berani tanya tu semua ingat aku naik badan lepas bersalin. hhaha adoii. minta jauh la benda tu. jangan la naik badan. aku selesa dengan badan aku yang sedia ada. tak besar sangat, tak kecik sangat. sedang2 elok je. takde la aku penat sangat nak jaga anak2 nanti. haaa anak2 dah kau. dua tahun, dua anak. Alhamdulillah. semua ni rezeki. doakan aku dan suami kuat jaga anak2!
♥ Don't forget to smile ♥

Second Pregnancy - Part 4 -

7 Februari 2019, Khamis

Harini merupakan hari yang ke 107 ataupun minggu yang ke 15 aku mengandung. second trimester. nak masuk 4 bulan. baby bump pun dah mula menunjukkan diri. tak macam masa first pregnancy dulu. bulan ke 6 pun dia segan silu lagi nak naik :') bila ibu nak sorok dia tak malu pulak nak naik. hahaha alahaii anak ibu. perkembangan berat aku pun alhamdulillah tak macam sebelum ni. mungkin sebab selera aku biasa2 je. tak pelahap macam dulu. dan berat masa awal pregnancy pun tak serendah dulu sebab takde alahan yang teruk. mungkin. apa-apa pun alhamdulillah semua okay.

disebabkan aku buka buku kat klinik warga ni checkup bukan sebulan sekali. gap checkup yang first dengan akan datang ni 6 minggu. Tak best sikit sebab lama sangat gap. nak check perkembangan diri pun cam susah en. tapi takpe la. senang sikit checkup kt sini takde la aku kena ulang alik klinik kesihatan untuk checkup aku dengan adila tu. berapa banyak time slip nak amik. hahahha

badan aku? emmmmm setakat ni nothing much. orang kata pregnant kuat kencing tapi aku masih lagi macam biasa. tak rasa macam kuat kencing pun. pinggang pun tak sakit sangat. risau jugak sebab masa lahirkan adila tahun lepas aku amik epidural. orang kata side effect dia kita sakit pinggang kan. tapi tu la, orang yang kata. badan lain-lain. alhamdulillah badan aku setakat ni tak sakit teruk lagi. dan harapnya tak sakit teruk la sampai habis journey pregnancy ni. aku harap sangat semuanya okay. inshaAllah.

sekarang ni kena kumpul duit untuk urut masa pantang nanti. tak nak jadi macam haritu. amik tukang urut entah sape2 tah, urut tak rasa apa pun. dah la sekejap je. tak berbaloi betul bayar mahal tapi servis cenggitu. urut yang last tu baru okay sebab amik orang lain. so untuk pantang kali ni dah buat keputusan untuk amik urut yang okay sikit walaupun mahal. tapi berbaloi okay la kan. untuk diri sendiri juga. badan kita kan nak pakai lama. selagi ada hayat. kena la jaga elok-elok.

okay, sekian sahaja catatan untuk harini ^.^
♥ Don't forget to smile ♥

Second Pregnancy - Part 3 -

17 Januari 2019, Khamis

ye, aku memang suka menulis pada hari khamis. dah 3 part. tiga2 hari khamis. hahaha kebetulan kot. sooooo harini kandungan dah mencecah 12 minggu ++. semalam 16hb aku dah start checkup antenatal dekat klinik warga. alhamdulillah everything is okay. ibu sihat, baby pun sihat. aku semalam sebenarnya dah get ready dah nak kena tadah telinga kan sebab pregnancy aku rapat2, tapii, luckily doktor mahupun misi tak ada yang bising. diorang just terkejut je bila aku cakap first pregnancy tahun lepas. hikhik then mungkin la diorang just bebel dalam hati? rambut sama hitam, hati siapa yang tahu. haa gituu

first trimester is coming to the end. wohoooo. tak sabar. walaupun sebenarnya ada lagi 2 minggu. but, it's okay. 12 weeks considered as 3 months right? 3 bulan bererti first trimester telah selesai. moh le kita berangkat ke second trimester. inshaAllah semua benda yang tekak aku tak terima akan perlahan2 diterima kembali. yang paling penting, air kosong! penat tau tak boleh minum air kosong ni. asyik nak kena cari air manis. pastu badan tak cukup air kosong. tak elok untuk ibu dan baby. hm

aku masih lagi berahsia. tak tahu la sampai bila. dekat office ni kak ina dengan fiqa je yang tahu. tak ready lagi laaa. camane. dah la ramai pulak yang pregnant kt office ni. dekat2 pulak due date. hahaha hari2 duk baca pengalaman orang mengandung, bersalin. walaupun dah ada pengalaman sendiri kan, tapi still sibuk nak tahu pengalaman orang lain. nak jadi mak2 ni memang perangai macam tu ke? pelik sungguh la. hahaha pastu seronok pulak tu. sebab dah boleh bayang apa perasaan masa nak bersalin. yelah, dah ada pengalaman. boleh relate. kalau dulu baca pengalaman tu asyik terfikir je macam mana la rasa dia, keadaan dia. sebab zero kan. tak tahu apa lagi. hehe

untuk kali ni, tak minta banyak pun. sama je macam permintaan ibu2 yang lain. mesti lah nak semua urusan dipermudah. anak dalam perut ni sihat walafiat. ibu pun sihat. hah, harap2 tak selsema la macam haritu. susah tau nak meneran time selsema ni. nafas jadi pendek. nak teran panjang pun payah. menggigil2 haa. hahaha ohh lagi satu, harap2 jahitan kalini tak banyak la. dan tak bengkak. sebab haritu bengkak. sakit woi

k, sekian laporan untuk harini. 27 weeks ++ left!


♥ Don't forget to smile ♥

Second Pregnancy - Part 2

3 Januari 2019, Khamis

Alhamdulillah dah 10 minggu mengandung. masih lagi dalam first trimester dan masih lagi berahsia. yang terdekat je tahu. belum ready lagi nak sampaikan pada yang lain. biarlah. tunggu anak ibu ni munculkan diri sendiri nanti. sekarang ni pun dia dah macam nak muncul je. ke ibu yang gemuk? dah macam ke depan je perut ni. ke sebab baru lepas bersalin haritu. dia belum turun habis lagi? hmm entah la

Setakat ni morning sickness tak seteruk masa mengandungkan adila. ada tu ada. tapi jarang. mungkin sebab aku tak makan folic acid sangat ke entah la. eh tapi masa awal je la. sekarang ni aku strict. kalau lupa sebelum tidur tu mesti teringat. walaupun dah baring, gigih tau bangun pi dapur isi air, telan ubat. untuk anak ibu ni jugak. ibu kan nak anak ibu ni sihat. hehe

Untuk pregnancy kali ni, aku decide untuk buka buku pink kat klinik warga je. so tak perlu la aku ulang alik klinik kesihatan untuk checkup adila lagi, checkup aku lagi. lagipun klinik warga kat tempat kerja aku ni je. so boleh curi2 masa jap. tak payah penat nak cari parking en kalau masuk lambat. hihihi. adila punya appointment pun dah jadi 2 bulan sekali sekarang sebab adila dah nak masuk 7 bulan.

Oh, buku mengandung kat klinik warga bukan warna pink ey. warna biru. ke sebab staf? not very sure sebab fiqa dah buat buku dia. aku dengan fiqa pregnant beza dalam 2 minggu lebih centu je. pantang sama2 la kitorang nanti. aku lagi 2 minggu inshaAllah buka lah buku. bersedia lah tadah telinga sebab mengandung rapat. hahaha takpe la. aku redha. aku cuma nak yang terbaik je untuk anak aku yang kat dalam perut dan yang kat luar perut ni. Amin..

Semoga tahun 2019 membawa lebih sinar dalam kehidupan aku dan keluarga kesayangan ⭐
♥ Don't forget to smile ♥

Second Pregnancy - Part 1 -

Assalamualaikum. sekadar untuk simpanan sendiri hingga masa yang sesuai untuk dikongsi dengan semua.

29 November 2018, Khamis

aku dah 8 hari lambat period. sepanjang lepas bersalin haritu aku dah period 3 kali. means bulan ketiga lepas kelahiran aku dah datang period. jarak antara first period dengan second period seminggu lebih sikit. tapi aku okay sebab mungkin hormon aku tengah tak betul kan. period ketiga, lambat 2 hari. lambat sehari pun aku dah risau. hahahha then untuk period keempat ni, 8 hari pulak dia lambat.

mula2 aku cool lagi. aku cakap dengan diri sendiri hormon tak betul ni. lagipun aku kan fully bf si kecil tu. so normal la ni. orang lain fully bf kadang setahun lebih tak datang2 lagi period. tapi makin hari makin tak sedap hati. hari ke 7 & 8 lambat tu aku perasan aku dah kuat kencing. lepastu aku mula rasa nak muntah masa gosok gigi. susu pun drop. lain macam ni. mulut cuba menafikan, tapi hati still rasa lain macam. so aku buat keputusan untuk beli pregnancy test.

betul lah orang kata naluri ibu tu sentiasa betul. sebelum ni aku macam elehhh, acah acah je naluri ibu. hahahaha tapi bila diri sendiri dah jadi ibu baru la kita tahu kelebihan yang diberi Allah tu. lagipun mungkin sebab badan kita kan, kita je yang tahu. plus, pregnancy kedua. dah ada pengalaman. so yeahhh, upt aku postive dengan terang benderangnya kelihatan dua line itu. menangis. menggigil. benci diri sendiri sebab pandang remeh pasal merancang ni semua. ya Allah, berdosanya rasa.

aku bagitahu zunnu. buntu. pening kitorang berdua. ye lah, kehamilan tak dirancang kan. orang putih kata accident. haha pelik memang pelik. bila jumpa doktor untuk scan pun doktor pelik sebab sepatutnya bila fully bf ni jarang lah orang lekat. tapi tu lah. kuasa Allah kan. Kun faya kun. susah nak terima hakikat. kitorang ni sampai terfikir untuk tak nak terima zuriat ni. ya ampun.

tapi aku memang berattttt sangat nak buang. sebab apa? entah lah. aku sendiri tak ready. tapi untuk buang tu, darah daging sendiri. dia tak salah pun. dia anak halal. kenapa aku nak buang. zunnu dengan aku pun time macam ni memang tak boleh buat keputusan yang waras. yelah, masing2 tengah takut. tak waras lagi. tak dapat berfikir dengan wajar lagi. so, lepas dah setel urusan klinik baru la kitorang slow talk balik masing2 sambil pandang adila :(

dann kitorang suami isteri sepakat untuk teruskan jugak. susah. tapi yakinlah, perancangan Allah tu lebih baik dari perancangan manusia. kita dah usaha dah merancang, tapi siapa kita nak sangkal perancangan Allah. betul tak? aku cuma berdoa pregnancy aku kalini untuk trimester yang pertama janganlah macam pregnancy yang lepas. masa mengandungkan adila, alahan aku teruk sangat. lembik. tapi mujur jugak masa tu aku tak kerja. so tak ada masalah untuk ambil mc ke apa ke. sekarang ni aku bekerja. nak2 pulak baru naik dari cuti bersalin bulan 9 haritu. dan aku kalau boleh memang tak nak share dengan orang lagi2 orang office yang aku berbadan dua. untuk elakkan dari aku down dengan mulut2 orang yang suka mengata ibu yang mengandung rapat2 ni kan. baik aku diam dan masa yang menentukan segalanya. cewahhh

masa mengandungkan adila pun perut aku menyorok. 6 bulan pun tak perasan lagi. so harapnya yang ini pun orang tak perasan jugak la. hehehe semoga pregnancy kedua ni berjalan dengan lancar, anak dalam perut sihat walafiat, cukup zat, and kalau boleh baby boy la ;p aku redha dengan ketentuan dan rezeki ni. inshaAllah, ibu ayah akan jaga anak anak ibu ayah ni baik2 :)
♥ Don't forget to smile ♥

Tuesday, May 28, 2019

Resepi Daging Masak Lemak

Heyy gaiss. harini kita nak share resepi daging masak lemak yang diambil dari google. first time masak lauk bersantan and husband cakap sedap. so kena simpan elok2 kat sini takut lupa. hehehhe

Bahan-bahannya

1. daging
2. santan - 1 kotak
3. *cili api - up to you. ikut la nak pedas letak lebih, tak nak pedas letak sikit
4. *bawang besar - 1 biji
5. *bawang putih - 2 ulas
6. *lengkuas - sikit je
7. *halia - sikit je jugak
8. *kunyit hidup/serbuk kunyit - sikit jugak nak bagi warna kuning je
9. asam keping - 1 keping
10. serai - 2 batang (diketuk ya)
11. daun limau purut/daun kunyit

Cara-caranya

1. blendkan bahan yang bertanda * itu
2. rebus daging dulu bagi empuk
3. rasa-rasa dah empuk, boleh la masukkan bahan kisar dalam kuali tu. air rebusan daging dalam kuali tadi jangan buang. campur je. lebih ummph!
4. agak2 bahan blend dah masak, boleh la masukkan santan, serai, asam keping dan daun yang ada

Daging masak lemak is doneeeeeee with love! hee


♥ Don't forget to smile ♥

Tuesday, May 21, 2019

Resepi Puding Caramel Simple

Entry resepi tanpa gambar 😀😀 letak kat sini sebab takut lupa/hilang. resepi pun dapat kat twitter. ada orang share. mudah sangat sangat k! jom kita start.

Bahan-bahan:

1. Telur 3 biji
2. Susu pekat 3/4 cawan
3. Air 1 Cawan
4. Esen vanilla 1 sudu kecil
5. Gula pasir

seee, bahan pun alahai. sikit je dan memang ada kat dapur tu. nak buat hari2 pun boleh. hehehe

mula2, before start apa2, kita panaskan kukus dulu. biar air dia menggelegak.

next, follow step berikut:

1. pukul manja telur tu. jangan kuat sangat sebab tak nak nanti tekstur puding tak cantik
2. masukkan susu, air. kacau lembut2 lagi
3. masukkan esen vanilla

okay, biar dulu bahan2 yang dah siap dipukul tu. kita buat karamel dia pulak

1. panaskan kuali/loyang
2. masukkan gula seberapa banyak yang kita suka
3. masukkan air sikit je
4. panaskan perlahan. jangan kacau selagi tak berbuih
5. bila dah hangus, tutup api. terus transfer dalam bekas yang kita nak kukus tu. kalau dah panaskan gula dalam loyang, takyah transfer dah. biar dia keras dalam bekas tu
6. tapis bahan2 yang dah dipukul tadi tu dalam bekas yang ada gula hangus ni
7. kukus dalam 15-20 minit
8. puding caramel is doneeeeeeee 💖
♥ Don't forget to smile ♥

Sesungguhnya mencuri itu satu dosa