Thursday, June 4, 2020

Family Planning - Implanon


Assalamualaikum (So post ni dah ada dalam draft since 3 Jan 2020 hahaha Let me finish this!)
So harini aku nak share tentang family planning. Hehehe maaf la blog aku ni penuh tulisan je ya. Sejenis yang malas nak upload gambar. Medium untuk gambar bukan sini. Sini hanya untuk pengalaman dan asam garam kehidupan. InshaAllah bolehlah buat kenangan. Maklumlah, short term memory ni semakin menjadi2.

Jomlah kita start. Heheh soooooo, lepas dapat tahu pregnant nombor 2 haritu, terus tanam niat untuk betul2 merancang lepasni. Do the family planning! No more excuses. No more sendiri2. No more kira2 date. Semua NO! Buatnya tersangkut lagi sorang, nayaaa. Hahaha so sepanjang pregnant, di samping menggoogle pengalaman bersalin, berpantang, menyusu, ada la juga aku menggoogle family planning. Memang dah set dah dalam minda, aku nak ambil benda tu. Mahal pun mahal la. Janji aku ambil.

Apa yang aku ambil? Jeng jeng jenggggg. IMPLANON! Hahaha alahaiii. Setelah puas berfikir dan membaca, aku buat keputusan untuk pakai implanon ni. Sebab apa? Sebab aku tahu kalau aku pilih pil, risiko tinggi sebab aku bukan jenis yang rajin makan ubat. Pil kena ambil hari2, waktu yang sama. Aku sangat lah tak confident. Injection? Tak nak sebab dulu masa form 4 pernah kena cucuk kat situ sebab suspek apendiks. And sangattt sakit. Hahaha tak nak lah aku menadah 3 bulan sekali. IUCD? Nope! Sebab dia masukkan device kat dalam tu. Takut.

Makanya, pilihan terbaik yang aku ada, implanon je la. Sekali pakai je untuk tempoh 3 tahun. Dua kali je sakit. Time pakai and time buka. Harga pun okay lagi sebab dapat staff price. Kalau kat tempat lain kos dia dalam RM500++. Aku pakai kat PPUKM, bayar harga barang je which is RM304 after discount 10%. Caj pasang benda tu tak ada la sebab pakai GL. Alhamdulillah. Rezeki.

Kesan dia? Hmm banyak jugak sebenarnya. Yang paling ketara is period aku tak teratur dah. Yelah, dia main dengan hormon kan. Kacau bilau jadinya. Mood swing pun MasyaAllah. Teruk nauuu. Lagi teruk dari time pregnant. Asyik rasa nak marah je. Kadang okay, kadang tak. Camane tu. Kesian kat orang terdekat la. Hahaha sabar je lah ye.

Kebaikan? Aku dah tak perlu risau lah. Sebab doktor sendiri cakap percentage untuk pregnant tu sangat sangat sangat sangat rendah. Alhamdulillah. Adila & Arfan boleh dapat perhatian sepenuhnya dari ibu ayah dia. Diorang kan masing2 kecil lagi. Arfan pula jenis memang minta perhatiannnn je kerja. Kadang tak terlayan aku. Kesian, tapi camaneeeee hahaha

Prosedur? Aku biasalah. Penakut. Dah sampai bilik doktor pun still berkira2 nak pakai ke tak. Lama juga nak buat keputusan. Doktor tanya nak pakai harini ke tak. Ke nak tunggu next appointment. So aku macam, hmm pakai je lah harini. Malas dah nak datang next appointment. Nak kena menunggu lagi. So doktor pun indent lah benda tu untuk beli kat farmasi. Dah dapat prescription, pergi farmasi, then ketuk pintu bilik doktor balik untuk pasang.


Sekejap je proses pemasangan tu. Sekejap sangat. Doktor tanya nak baring ke duduk. Aku of course lah nak baring. Hahaha dah baring, dia sapu apa benda tah kaler coklat tu. Macam nak kena operate pula rasa. Then dia pun bius. Time bius tu aku tak tengok dah. Sakit lah juga bius pun. Lepas tu tak rasa sakit dah. Rasa dia buat kerja kat lengan tu, tapi tak sakit. And aku tak tengok pun. Aku tengok bila dah siap je. Lepas siap pasang dia pun balut. Dia suruh aku rasa dulu benda tu. Dia cakap make sure aku sentiasa check benda tu. Kalau tetiba time check tu tak rasa, haaa jumpa doktor cepat2. Pesanan terakhir dia kat aku, “jangan gemuk!” haahhaha

(4 Jun 2020) Now dah Jun 2020. Apa yang aku boleh share, kalau masa awal pakai haritu period tak teratur, sekarang ni langsung tak period dah. Bulan puasa haritu aku puasa penuh k for the second time! Hahaha first time masa pregnant arfan last year. So mungkin for the next two years pun aku akan puasa penuh lagi. Yeayy! Lagi, aku punya selera makan semakin berganda. Banyak gila aku makan. Nasib baik la tak gemuk. But not sure selera naik sebab implan atau sebab aku menyusu. Yes, I'm still breastfeed kan budak kecil tu. Alhamdulillah rezeki dia ada lagi. Harap2 aku boleh menyusukan dia sampai 2 tahun. Di samping menjamin zat dan khasiat susu ibu yang lagi baik untuk baby, aku juga boleh jimat kos hehehehe.

Next, kalau masa mula2 pakai dulu aku rasa macam ada something kat lengan ni. Kind of tak selesa sebab yelahh, benda tu kan macam batang mancis. Kat dalam kulit pulak tu. Boleh rasa tapi tak boleh cabut. Pastu dengan takut benda tu terpatah la apa lah. Hahaha tapi sebenarnya tak ada apa pun. Sekarang aku dah biasa dah dengan benda tu. Kadang2 aku pun lupa ada benda asing kat lengan tu. Hehehe 

So, tu je kot. Aku rasa keputusan aku untuk pakai implan ni satu keputusan yang sangat tepat. Now aku tak perlu risau lagi dah kalau termengandung ke apa. InshaAllah. Kita fokus kat dua ketul tu dulu. Kukuhkan kewangan dulu. Then baru la boleh fikir nak tambah lagi. Apa-apa pun, kita merancang, Tuhan pun merancang dan perancangan Dia lah yang paling tepat untuk kita. Aku dan suami usaha dan tawakal je :)


♥ Don't forget to smile ♥

Bersalin Hospital Gov

Assalamualaikum,

Sebab sekarang ni macam tengah hangat pulak tetiba orang duk persoalkan hospital mana yang better untuk bersalin. (Sebenarnya post ni dah hampir setengah tahun dalam draft ye. hahahha) So, macam tergerak hati nak share pengalaman. Entah kenapa tah, ada sorang ni promote untuk bersalin dekat Andorra Hospital. Katanya murah and kalau tak cukup duit nak bayar total tu boleh bayar secara ansuran. Lepas tu ada pulak orang tanya dekat group info ibu hamil kat facebook tu, dilema katanya nak bersalin kat gov ke private. Kalau private kos tinggi, tapi nak pergi gov takut tak selesa. Hmmmmm gaya macam orang berduit, tapi :) Senang cerita ukur la baju di badan sendiri. Jangan nak duk ikut trend sangat. Nak bersalin pun nak berhutang ke? Ayooo cannot brain la people like this.

Tak tahu ke private hospital ni kalau high risk diorang akan tolak kita ke gov hospital jugak? Sebab apa? Sebab diorang nak jaga reputasi and tak cukup kepakaran dan barang kat hospital dia. End up diorang akan serahkan kita kat GH yang kelengkapan serba serbi cukup.

Macam aku, bersalin dekat PPUKM. Semi gov. Takde la tak selesa pun. Selesa je. Maybe rezeki juga sebab anak2 aku dua2 keluar time PAC tak ramai orang. Aku sorang je kat PAC. Kat labor room masa arfan, aku sorang je jugak. Hahahaha rezeki. Katil kat wad pun banyak je kosong. Nurse, midwife semuanya baik2 belaka. Tak ada pun layanan kasar yang orang duk bercakap tu.

Aku berpegang satu benda la kot. Cara kita layan orang, macam tu la orang akan layan kita. Baik kita layan orang, baik la layanan yang kita dapat. Valid tak? Jadi, kesimpulannya okay je bersalin kat GH. Tak ada apa2 masalah pun. Everything is fine. InshaAllah. Kekurangan kat GH ni cuma husband tak boleh teman kat wad je la. Boleh datang masa waktu melawat je. Tapi kat labor room boleh je teman dari awal sampai habis. Memang diorang akan panggil husband untuk stay kat dalam pun. Tapi tu la, sekarang ni dah lain pulak kan. Pengalaman bersalin time covid-19 ni tak tahu la pula macam mana. Cuma ada terbaca suami tak boleh teman kat labor room. Untuk private hospital, aku tak tahu.

Okay, sekian sahaja. Saja menaip nak clearkan draft. Hahaha benda dah lama terperam 😆
♥ Don't forget to smile ♥

Sesungguhnya mencuri itu satu dosa