Thursday, June 4, 2020

Bersalin Hospital Gov

Assalamualaikum,

Sebab sekarang ni macam tengah hangat pulak tetiba orang duk persoalkan hospital mana yang better untuk bersalin. (Sebenarnya post ni dah hampir setengah tahun dalam draft ye. hahahha) So, macam tergerak hati nak share pengalaman. Entah kenapa tah, ada sorang ni promote untuk bersalin dekat Andorra Hospital. Katanya murah and kalau tak cukup duit nak bayar total tu boleh bayar secara ansuran. Lepas tu ada pulak orang tanya dekat group info ibu hamil kat facebook tu, dilema katanya nak bersalin kat gov ke private. Kalau private kos tinggi, tapi nak pergi gov takut tak selesa. Hmmmmm gaya macam orang berduit, tapi :) Senang cerita ukur la baju di badan sendiri. Jangan nak duk ikut trend sangat. Nak bersalin pun nak berhutang ke? Ayooo cannot brain la people like this.

Tak tahu ke private hospital ni kalau high risk diorang akan tolak kita ke gov hospital jugak? Sebab apa? Sebab diorang nak jaga reputasi and tak cukup kepakaran dan barang kat hospital dia. End up diorang akan serahkan kita kat GH yang kelengkapan serba serbi cukup.

Macam aku, bersalin dekat PPUKM. Semi gov. Takde la tak selesa pun. Selesa je. Maybe rezeki juga sebab anak2 aku dua2 keluar time PAC tak ramai orang. Aku sorang je kat PAC. Kat labor room masa arfan, aku sorang je jugak. Hahahaha rezeki. Katil kat wad pun banyak je kosong. Nurse, midwife semuanya baik2 belaka. Tak ada pun layanan kasar yang orang duk bercakap tu.

Aku berpegang satu benda la kot. Cara kita layan orang, macam tu la orang akan layan kita. Baik kita layan orang, baik la layanan yang kita dapat. Valid tak? Jadi, kesimpulannya okay je bersalin kat GH. Tak ada apa2 masalah pun. Everything is fine. InshaAllah. Kekurangan kat GH ni cuma husband tak boleh teman kat wad je la. Boleh datang masa waktu melawat je. Tapi kat labor room boleh je teman dari awal sampai habis. Memang diorang akan panggil husband untuk stay kat dalam pun. Tapi tu la, sekarang ni dah lain pulak kan. Pengalaman bersalin time covid-19 ni tak tahu la pula macam mana. Cuma ada terbaca suami tak boleh teman kat labor room. Untuk private hospital, aku tak tahu.

Okay, sekian sahaja. Saja menaip nak clearkan draft. Hahaha benda dah lama terperam 😆
♥ Don't forget to smile ♥

0 budak cute:

Sesungguhnya mencuri itu satu dosa