Monday, October 16, 2023

Third Pregnancy - Part 5 -

 Assalamualaikum,

16 Oktober 2023

Halu halu. Welcome to countdown period! hehe Alhamdulillah dah 36 minggu 5 hari. Dah boleh countdown untuk bersalin. Tunggu masa je ni. Masa Adila haritu, 38 minggu++ dah bersalin. Time Arfan, on EDD. So untuk kalini, kita tengok la dia nak keluar awal ke lambat. Yang penting, barang-barang tak settle lagi hahaha. Entah la. Dulu kemas barang sikit je. La ni, nak kena kemas barang sendiri, barang Adila, barang Arfan lagi. Ye la, nak duduk sebulan lebih kat rumah mama kan. Mood tu tak tahu la bila nak sampai. Harapnya mood tu sampai sebelum bersalin la. Jenuhhh kalau dah bersalin nanti. Kesian kat Zunnu 😂

Last week hari Khamis ada appointment kat HCTM. Berat baby time scan tu dah 2.984kg. So aku expect berat baby time bersalin nanti akan jadi 3kg++ jugak la. Sama macam sebelum ni. Harapnya mudah la bersalin. Jangan la koyak banyak sangat. Risau jugak. Pregnancy kalini aku alah banyak benda. Air kelapa pun aku alah tau. Tak dapat la amalkan minum air kelapa kalini. Minum 2 kali je haritu. Lepas minum tu terus MC hahahah teruk betul. Yang kali pertama tu, aku cuba husnuzon mungkin bukan sebab air kelapa. Tapi bila kali kedua minum aku terus tak sihat tu, aku yakin la memang aku alah air kelapa. Alahaii. Sabar je lah kan.

Sekarang, target aku nak settlekan kerja-kerja kat office ni. Tak nak tinggalkan banyak sangat kerja untuk pass kat orang. Segan pun ye jugak nanti kan. So baik aku buat dulu semua. Nanti pengganti aku tu tinggal nak sambung yang on going punya kerja je. Tak beban sangat.

Bila nak dekat bersalin ni kan, rasa sayu je tengok anak-anak. Lagi-lagi si budak kecik tu. Arfan tu sangat lah manja dengan aku. Mungkin sebab aku breastfeed dia sampai 3 tahun lebih, so dia sangat attached dengan aku. Nak pisah tempat tidur pun ambil masa jugak haritu. Padahal bentang toto kat bawah katil je. Bilik still bilik yang sama. Ingat lagi masa awal-awal tu, time nak tidur dia nangis dulu sebab kena paksa tidur kat bawah. Tetiba tengah malam, dia ada kat sebelah aku atas katil 😂 

Adila lain. Dia macam independent sikit. Adila dia okay je tak tidur rumah kitorang pun dia okay sebab dia dah biasa dari kecil. Kadang tidur rumah nenek sini, kadang tidur rumah nenek sana. Maybe sebab dia pun tak direct feeding dengan aku. Minum susu botol je dari kecil. Susu badan, tapi guna botol. Arfan direct feed. Mungkin tu salah satu faktor jugak.

Agak-agak Arfan jealous tak nanti bila baby dah keluar? Nervousnya ibu. Semoga yang baik-baik je la. Haaa mood mengemas tu tolong la sampai cepat sikit. Dah hujung dah ni. Bag hospital pun bag baby je yang dah siap. Bag ibu tak siap lagi. Adehh 


♥ Don't forget to smile ♥

Monday, September 18, 2023

Third Pregnancy - Part 4 -

 Assalamualaikum,

18 September 2023

Braxton Hicks. Pernah dengar tak? Yes, braxton hicks tu contraction palsu yang most of ibu-ibu mengandung ni akan rasa start 32 minggu atau hujung trimester kedua. Tapi sebenarnya bila buat pembacaan, diorang kata dari awal mengandung lagi dah ada tapi tak ketara so tak terasa sangat la sakit tu. Minggu ni aku dah 32 minggu nak masuk 33 minggu. Makin ketara eh braxton hicks ni. Sakit ;') Start hujung minggu baru ni aku dah rasa ketara pula. Tak tentu masa pula tu. Tetiba dia datang, tetiba dia pergi hahaha

Rasa dia macam tetiba perut mengeras, pastu macam memulas sikit, rasa tegang, tapi entah la. Tak reti sebenarnya nak describe. Tapi dia macam contraction la kot. Cuma tak seteruk contraction. Ke macam senggugut eh? Sebab senggugut pun aku tak pernah kena, so aku tak tahu hahaha Yang penting, sakit. Bila kena tu, aku macam tak boleh nak buat apa. Salah position sikit, sakit. Kadang tengah duduk tak buat apa pun, tetiba sakit. Tak risau sangat sebab aku tahu benda ni normal. Mengganggu kehidupan? Sikit je la sebab dia sakit kejap-kejap je kan.

Takpe la. Pengalaman. Bukan selalu and bukan lama pun. Aku pun lagi sebulan lebih InshaAllah dah due dah. Dah nak jumpa baby. Lepas ni road to kurus balik lahh hahaha Menyusu nanti harap dapat membantu la turun berat ke berat asal. Haritu lepas stop menyusu, berat naik banyak juga 😅

Bag hospital untuk baby dah siap. Dah masuk dalam kereta dah pun. Tinggal barang aku je belum. InshaAllah minggu ni juga aku settlekan. So dah boleh rileks dah. Tinggal nak memunggah stor je nak cari balik baju-baju baby yang lama-lama tu, nak kena cuci balik. Benda ada, kita jangan membazir. Baju baru ada juga dah beli dalam 10 pasang. Lagipun baby ni cepat je membesar. Nanti tetiba dah tak muat. Haritu beli barang-barang kat ibumanja tu pun, banyak juga habis duit. Tu pun ada lagi beberapa barang yang aku tak beli lagi sebab takde yang berkenan. Pastu ada yang aku sambung shopping kat tiktok. Hahaha tapi kan, shopping kat tiktok ni, murah tu memang la murah. Kualiti je la tak seberapa. Sis redha. Nasib murah, so kalau dia rosak nanti aku beli je la yang lain.

Last week aku ada appointment kat HCTM. Scan baby, estimated berat baby dah 1.9++kg. Almost 2kg. Kalau dalam apps pregnancy ni supposedly berat baby baru 1.7kg centu. Agak-agak besar juga ke baby aku kali ni. I wonder. Time Arfan haritu, berat dia 3.62kg. Adila 3.12kg. Baby ni berapa la pula hehe Tak sabar dah nak bersalin. Tapi dalam masa yang sama, macam belum fully prepared. Ye lah, barang pun ada lagi yang tak lengkap. Baby pun belum capai tempoh matang lagi. Tapi nanti dah bersalin, rindu pula nak mengandung. Ahh sudahh 😂😂


♥ Don't forget to smile ♥

Friday, September 1, 2023

Third Pregnancy - Part 3 -

 Assalamualaikum,

01 September 2023

Yeayy Alhamdulillah. Welcome to third trimester! Trimester akhir untuk journey kali ni. InshaAllah lagi 2 bulan kita jumpa ya baby. Ibu tak sabar nak peluk anak ibu ni. Yang paling ibu tak sabar sekali, nak cuti bersalin 3 bulan la hahahaha. Boleh berehat kejap dari kerja hakiki kat pejabat. Walaupun ibu tahu cabaran nak berpantang ni lagi mencabarrrr tapi takpe la. Bukan selalu. Lepas ni entah bila lagi nak rasa kan. Cukup dulu 3 orang ni. Ibu serahkan semuanya pada yang maha Esa.

By the way, cakap pasal list barangan keperluan ibu dan baby yang aku mention kat post sebelum ni. Yupp, aku dah pernah buat list tu masa lepas bersalinkan Adila dulu. So sedikit sebanyak dapat la membantu aku untuk buat list barang keperluan baby ketiga ni. Hehe Esok InshaAllah aku dan husband nak pergi cari semua barang keperluan tu. Baby dah 30 weeks. Dah boleh la slow-slow siapkan beg baby dan ibu untuk standby dalam kereta. Senang kalau apa-apa jadi, *Nauzubillah 

Macam biasa la, tempat shopping fav aku, Butik Ibumanja kat Gombak 😂 Tak tahu la kenapa aku suka sangat kedai tu. Banyak je branch dia yang dekat sikit dengan aku, tapi tak best. Pernah pergi yang kat Semenyih tu tapi barang-barang and vibe dia tak best macam yang kat Gombak ni. Gombak tu dah la jauh, kawasan macam serabut sikit, pastu kena naik tangga lagi, hahaha. Tapi Zunnu okay je nak bawa gi situ, aku onz je la. Dah try dah google kedai-kedai barang baby yang area rumah aku ni tapi macam tak ada yang best. Entah la. Tempat macam Manjaku tu pun aku tak berapa nak berkenan. So, ke Gombak la kitorang esok dengan harapan kedai tu masih best macam dulu. Ye la, Arfan pun dah 4 tahun. Maksudnya dah almost 5 years la aku tak jejak kaki kat kedai tu.

Okay, now kita cakap pasal baby pula. Haritu aku ada buat detail scan masa 28 minggu. Tapi dia dah jadi limited detail scan sebab saiz baby dah besar. Ada beberapa measurement yang dia tak dapat buat. Aku okay je sebab time tu memang buat decision last minit. Aku tak pernah buat detail scan kat klinik luar sebelum ni sebab selalu masa appointment kat hospital tu memang dah buat detail scan. Cuma haritu aku tak sedap hati bila dah beberapa kali scan, doktor cakap air ketuban aku banyak la, baby tak masuk position lagi la. So sis jadi risauuu. Padahal masa scan tu, ukuran baby okay je. Tapi tu la, bila ada masalah sikit, hati ibu mana tak risau kan. A week before, scan kat hospital, kepala baby dah turun bawah. Tetiba next week tu scan kat klinik kesihatan, baby senget pulak. Air ketuban pulak, lagi sikit nak terlebih dari paras normal. Masa tu 19.99cm. Limit klinik kesihatan, 20cm je. Lebih dari tu, dikira banyak. Hahaha tapi aku pun tak tahu apa treatment dia kalau terlebih air ketuban ni.

Aku ada tanya doktor juga apa punca air ketuban berlebihan ni. Doktor kata antara punca dia, ibu ada GDM. Tapi aku Alhamdulillah clean. Tak ada GDM. Dah 2 kali minum air gula, and dua-dua tu result aku normal. Soooo, I don't know. First time and tak tahu apa reason hmm

Makanya, aku pun decide nak buat juga detail scan kat luar. And Alhamdulillah masa detail scan tu, everything seems normal. Baby dah masuk position balik, ukuran air ketuban pun okay, jantung baby okay, and yang paling best, dapat tengok muka baby in 5D 😍 Sonographer tu sangat baik dan explanation dia sangat bagus. Recommended! Boleh la try survey Klinik Nuha, Bangi ya. Siap dapat free gift botol and sample susu Anmum Materna lagi tau. Report detail scan tu pun laju je diorang emailkan. Memang puas hati la. Ceh, promote pulakk hehe. Harga masa aku buat tu, RM144. Ada promo sempena Merdeka.

Latest scan baby hari rabu baru ni, 30 Ogos. And yupp Alhamdulillah, baby okay juga. Air ketuban pun dah normal reading dia hehe Sangat lega ya. Cuma aku je la tak berapa sihat. Tapi harini dah beransur sihat. So, hopefully akan sentiasa sihat je sampaiiiii la bersalin nanti. Tak larat dah nak muntah-muntah ni. Berat aku pun drop sikit haritu. Tapi no worries. Aku tahu drop sebab aku muntah and tak selera makan. So takde apa yang perlu dirisaukan 😁

Okay, sekian. Panjang nauu dah bebel kalini. Ikutkan banyak lagi nak cerita hahaha 


♥ Don't forget to smile ♥

Friday, July 14, 2023

Third Pregnancy - Part 2 -

 Assalamualaikum,

14 Julai 2023

So today, Alhamdulillah dah 23 minggu pregnancy aku. Dalam 6 bulan dah. Selera bertambah-tambah. Berbeza betul ya dengan first trimester haritu hahaha. Masa morning sickness tu, total weight loss aku 9kg. Bestnya kalau lepas bersalin nanti berat aku dapat turun banyak-banyak cenggitu. Just wait n see je la kan. Semoga turun jadi berat normal balik. Before pregnant haritu berat aku naik banyak juga.

Setakat harini, berat aku dah naik jadi macam before pregnant balik. Perut pula makin membesar. Kalau dulu perut macam ni, masa aku pregnant 8 bulan. La niii, baru 6 bulan dah besar gedabak dan berat yaa. Hahahha aduh la. Rasa mengah je. Lagi-lagi kalau duduk bersila duk iron baju, lipat kain, memang berat rasa nak angkat badan lepas dah settle kerja tu. Kena slow-slow je.

Baby pula, aktif kemain 😆 Bahagia je dia tendang-tendang ibu dia ni. Senak perut ibu. Time lapar tu lagi dia menendang-nendang macam ada tournament kat dalam perut tu. Alhamdulillah anak ibu sihat. Kalau tak menendang tu risau la pula kan hehe. Takpe la dik. Awak buat la apa-apa kat dalam tu. Ibu redha je. Nanti awak dah keluar, tak tahu lagi bila pula ibu dapat rasa macam tu kan. Hehe

Gender? Yes, dah tahu 😚 Tapi, biarlah kita simpan sampai baby keluar nanti ya hehe. Aku tak kisah baby boy or girl sebab Alhamdulillah dua-dua gender aku dah ada. Takde la terlalu berharap nak lelaki or perempuan. Aku okay je mana-mana. Janji baby sihat dan kuat InshaAllah.

Now, aku dah kena start survey barang-barang keperluan baby and aku time berpantang nanti. Ada masa nanti nak listkan juga kat sini untuk rujukan di masa akan datang. Ececehh. Ke dah pernah buat sebelum ni eh? Lupa pula. Nak kena check balik ni hehe. Setakat ni yang dah settle, book tukang urut dengan claim pampers newborn dekat website drypers je. Nasib baik la ada lagi point drypers tu. Dapat la juga 2 pack pampers. Ada lebih lagi untuk claim next time. Lepas ni boleh start balik la collect point.

Okay, tu je. Just a quick update. Sementara ingat ni, aku update la. Kenangan. Nanti boleh baca lagi kan. Hehe


♥ Don't forget to smile ♥

Thursday, April 6, 2023

Third Pregnancy - Part 1 -

 Assalamualaikum,

28 Februari 2023

2 hari sebelum date period aku, aku buat upt. kenapa buat before miss period? sebab aku punya instinct hahahaha aku dapat rasa badan aku lain macam, lepas tu aku macam tak boleh nak bau suami dengan anak laki aku 😂 so result dia, Alhamdulillah positive. bermula la pregnancy journey aku yang ketiga <3

kitorang suami isteri happy je dengan news ni. lagipun Arfan dah masuk 4 tahun this year. so tiada masalah untuk aku mengandung lagi. cuma yang tak bestnyaaaa, morning sickness. yes, dia kembali lagi hahaha masa pregnant Arfan dulu, Alhamdulillah smooth je journey. takde alahan langsung. penat je risau dulu sebab masa pregnant Adila, aku punya alahan tersangat la teruk. cuma yang lega sikit time alahan tu, aku suri rumah.

now, aku bekerja. so alahan ni sangat mengganggu prestasi kerja aku. sikit2 mc, lepas tu lemah je tak bermaya. ye lah, segala jenis makanan dan minuman ni badan aku tolak. berat aku pun drop almost 5kg. dehydrated lagi. nak-nak pula sekarang ni bulan Ramadan. haaa, 2 kali kena iv drip. sekali kat Pusat Kesihatan Universiti, sekali dekat PAC HCTM. nasib tak kena warded je. 

harini, 06 April 2023. Alhamdulillah baby pun dah 9 minggu. lepas drip kat HCTM tu, doktor bagi aku ubat tahan muntah. ubat tu elok sikit tapi effect dia, ya tuhann. mengantuk betholll hahaha lepas makan ubat tu, aku dah kurang sikit muntah-muntah. cuma selera je la still tak sampai lagi. tak sabar nak tunggu ada selera. nak makan macam-macam.

yang aku perasan sekarang ni, aku tak boleh makan or bau daging. padahal tu la favorite aku selama ni. but now.... aishh i is sedih cikit tapi nak buat camane kan. harap-harap first trimester ni je la yang aku ada alahan ni semua. nak raya pun takde mood tau macam ni 😂 

semalam, aku dah settle buka buku pink kat KK. 3 jam ye kat klinik semalam hahaha banyak betul proses dia. tapi Alhamdulillah semua okay. keadaan aku okay, keadaan baby pun okay. tak sangkanya. dah nak masuk 3 dah anak aku 😅 doakan aku mampu jadi ibu yang terbaik untuk anak-anak aku. diorang tu semua amanah kitorang suami isteri. InsyaAllah 💜



♥ Don't forget to smile ♥

Sesungguhnya mencuri itu satu dosa