Haluu haluu! WARNING! Long post ahead 😁
Alhamdulillah, 3 November 2023, 9.26am, lahirlah anak ibu yang paling kecil *setakat ni Rasanya, pengalaman labor kalini lah yang paling memenatkan sekali. Penat sebab tak cukup rehat, tak cukup makan, tak cukup segalanya lah senang cerita.
2 Nov, Khamis, aku ada regular checkup kat HCTM. Oh btw, sebab pregnancy kalini aku punya morning sickness sangat teruk, so aku punya monthly checkup adalah di klinik kesihatan & HCTM. Alkisahnya masa first trimester tu, aku pergi PAC untuk drip air, so dia terus je buat ANC follow up untuk aku. Aku okay je. Suka sebab checkup kat hospital dapat tengok baby puas-puas hehe. So 2 Nov tu, ada checkup kat situ. Aku baru masuk week 39. Baby masih tak menunjukkan apa-apa tanda untuk keluar. Almost everyday ya kat office aku asyik cakap, "esok baby keluar" hahaha punya lah tak sabar kan. Sebab mengah sangat dah bawa perut time tu. Baby besauuu.
Tapi time 38 week tu, dah beberapa hari aku rasa slow fetal movement. Masa week ke berapa tah, tak ingat. Aku ada pergi PAC sebab tak sedap hati baby slow. Pagi tu checkup kat klinik kesihatan. So doktor bagi refer letter untuk aku cek baby kat PAC. Dah cek tu, baby okay je. Position dia pun jauh lagi dari pangkal rahim. ECG pun okay. Jadi aku pun balik rumah semula.
Yang masa 2 Nov tu, aku mengadu la benda yang sama kat doktor. Ye la, selalu baby cukup gerak dalam pukul 2pm centu. Tetiba 2, 3 harini dia cukup gerak dalam pukul 7, 8 centu. Aku pun risau la. Doktor pun cakap la, memandangkan aku dah masuk 39 minggu, dia nak cek la bukaan kot-kot dah ada jalan. Lagipun baby dah cukup minggu. Scan time tu pun berat baby dalam 3.4kg - 3.5kg centu. Doktor check history aku pernah lahirkan baby berat 3.6kg. Dia ukur perut time tu anggaran dalam 3.2kg. So memang boleh sangat-sangat dah kalau nak bersalin.
Cek bukaan, rupanya dah ada jalan 2cm. Tapi aku tak rasa contraction lagi. Doktor suggest untuk induce aku hari tu juga sebab slow fetal movement. Walaupun check scan semua okay, tapi sebab baby kat dalam kan. Diorang tak nak ambil risiko. Jadi aku pun redha je la. Sebenarnya time dia cek bukaan tu pun dia ada tolong buka jalan juga. Sebab tu aku rasa sakit sikit. Pelik sebab sepanjang pengalaman aku kena seluk untuk cek bukaan tu tak pernah rasa sakit. Tetiba haritu sakit.
So, doktor plan for induce belon hari tu juga. Aku minta masa dulu before pergi ke PAC. Nak breakfast dulu. Lapar weii tak makan lagi 😂 Lagipun aku pergi checkup tu sorang-sorang. So aku tunggu zunnu datang dulu baru pergi PAC. Beg pun dalam kereta. Zunnu la yang tolong pergi ambil.
Dalam pukul 11 macam tu, pergi register then terus masuk wad. Wad 1A, katil nombor 1. Hahaha nombor syatuu sangat. Procedure induce tu dalam pukul 2 petang. Em, nak cakap sakit, takde la sakit. Dia cuma rasa tak best and rasa tak selesa sebab ada benda asing kat bawah situ. Oh btw, ni la rupa bentuk belon tu
Hari aku berlalu dengan sangat tenang. Tak ada contraction, tak ada apa-apa tanda pun. Makan, tengok movie, main phone kat katil. Pukul 8 malam, sakit perut. Aku pun ke tandas untuk membuang. Eh tetiba belon tu jatuh pula. Terus la bagitahu nurse. Nurse cakap takpe, puan rehat dulu. Jap lagi doktor datang cek. Tak lama tu, doktor pun datang nak cek bukaan lagi. Rupanya baru 3cm eh. Aku dah risau la sebab bukaan macam takde progress. Takut kena induce lain pula. Sebab dengar cerita kalau induce yang lain-lain tu, sakit. Hmm
Tapi takpe la. Sis dah redha je time tu. Doktor cakap kalau induce pun esok. So malam tu aku rehat je la. Sambung main phone and tengok movie. Pukul 11 lebih nak dekat pukul 12 gitu aku decide nak tidur. Baru je letak phone nak lelap mata, eh ehhh. Basah pulak katil. Dia rasa macam aku terkencing dalam seluar tapi aku tak boleh nak control. Memula ingat terkencing, rupanya tu air ketuban 😂 Macam tu rupanya rasa air ketuban pecah. Sebelum-sebelum ni doktor yang tolong pecahkan ketuban aku. Aku pun tekan la loceng panggil nurse. Yang kelakarnya, lepas aku pecah ketuban, orang katil depan pun pecah ketuban juga. Kesian doktor and nurse. Tengah-tengah malam juga patient dia nak pecah ketuban eh hehe
Time pecah ketuban tu, doktor cek bukaan masih lagi 3cm. So dia cakap tunggu dulu kat wad. Dah 4cm camtu baru masuk labor room. Tapi kalau sakit sangat dia suruh bagitahu. Aku pun iyakan je la sebab time tu macam masih rileks. Rupanyaaaaa, selepass ituuu. Ya Allahh. Sakitnya contraction 😓 Nak tidur, tapi tak boleh. Selang berapa minit je, sakit. Sama macam time nak lahirkan Adila dulu. Sepanjang malam tak dapat tidur. Mengadu la kat husband. Malam before dia balik rumah tu, dia ada cakap, silap-silap pukul 4 pagi aku beranak ni. Aku pun confident je la cakap, tak kot. Sebab takde tanda sangat kan. Aku target dalam tengahari gitu la. Hahaha
Tapi betul ya. Masin sangat mulut dia. Pukul 4 pagi aku kena masuk labor room. Doktor tengok aku tak rileks sangat kot. Dia datang cek bukaan dah 4cm. Aku apa lagi. Masuk2 je labor room, terus minta epidural. Tak tahan weii. Dah la lapar, last makan pukul 6 petang semalam tu. Pastu tak tidur. Baru nak tidur dah sakit pulak. Dah jadi macam apa tah. Lepas cucuk epidural tu baru dapat rileks. Dah jadi mamai-mamai gitu. Nak sembang dengan Zunnu pun maca tak larat sangat.
Midwife tu pesan kalau rasa nak teran bagitahu ya. Banyak kali dia pesan. Tapi aku time tu macam tak larat sangat-sangat. Takde tenaga nak teran. Midwife tu dah masuk beberapa kali dah sebab pelik kenapa aku tak mengadu nak teran kot hahaha. Last-last dia cek bukaan, dia kata "Haa dah boleh teran dah ni. Awak takde rasa nak teran ke" 😂
Memang takde. Ada la rasanya tapi macam tak larat sangat time tu. Bila sakit je duk tekan button epidural tu bagi ubat masuk. Haihh apa la. So diorang pun prepare la barang untuk aku start push baby. Lama yaaa aku teran. Sampai kena marah la sebab baby dah keluar kepala. Tersangkut bahu. Kena marah sebab diorang nampak aku macam tak larat sangat dah time tu. Kepala dah keluar, takut baby lemas. Aku pun hampir give up. Doktor masuk dah kalut-kalut sebab dia cakap orang kat luar cakap bahu dah fractured.
Gunting pun dah prepare untuk buat prosedur episiotomi. Masa dengar dia suruh prepare gunting tu aku dah risau sangat dah. Sebab terasa lagi sakit kena gunting masa bersalinkan Adila dulu. Masa kena gunting tak sakit. Masa dalam pantang yang seksa. Nak gelak, batuk, bersin, semua sakit. Tapi nasib baik sebelum start prosedur gunting tu dia bagi chance lagi kat aku untuk teran. 3 orang ya tolong tolak perut aku. Kanan, kiri, atas. Yang tu memang aku push kuat-kuat, diorang pun tolak perut aku kuat-kuat. Alhamdulillah keluarlah si kecil tu. Auto menangis ya lepas baby keluar. Menangis yang bersungguh-sungguh punya.
Lepas je baby keluar diorang terus bawa baby untuk sedut kahak. Muka dia dah biru sikit katanya. Aku menangis sebab rasa macam loser sangat tak reti nak teran baby. Dah la anak ketiga. Pastu nangis sebab risau kat baby, nangis sebab lega. Mix feeling sangat. Dengar je la diorang kecoh-kecoh time tu. Tapi bila tanya diorang cakap baby okay je. Hehe Alhamdulillah. Pastu dengar juga diorang kecoh-kecoh cakap berat baby. 3.74kg okay hahaha. Patut la susah nak teran pun. Masa scan dengan ukur perut tu takde la besar sangat baby. Rupanyaaaa 😂 Diorang pun terkejut. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Rasanya sebab epidural tu juga aku jadi tak larat nak teran. Sebab tak rasa sakit sangat. Ada beberapa faktor juga la kenapa aku tak larat nak teran. Last makan petang semalamnya, minum air pun sikit je, dah tahan sakit dari tengah malam, tenaga dah habis sangat. Bersalin pukul 9.26 pagi. Lepas je bersalin tu memang rasa nak tidur je. Selalu lepas bersalin kan kita akan dapat air milo dengan biskut. Nak minum pun tak larat ya. Zunnu yang tolong suapkan air. Tu pun minum air kosong je sikit. Biskut tak usik langsung. Rasa nak pitam pun ye juga time tu.
Settle semua, diorang bagi baby kat aku. Nak pegang baby pun tak larat wehh hahaha adui la. Lemah sangat-sangat. Tapi gagahkan juga bagi dia breastfeed. Lepas tu diorang tolak naik wad. Kat wad, diorang ambil baby. Aku pun apa lagi. Tidur la wey. Laki bini tidur. Kepenatan. Nak whatsapp pun tak larat. Lama juga aku ambil masa untuk recover. *lama juga masa aku ambil untuk siapkan post ni hahaha berapa bulan dah dalam draft
Itu je la kot. Alhamdulillah. Mungkin ni anak bongsu kitorang hahaha. Oh ya, cam biasa, detail baby 😚
Semoga Muhammad Zularyan membesar dengan sihat dan cemerlang dunia akhirat. Ibu ayah kakak abang sayanggggg Aryan sangat-sangat!! 💕
