Wednesday, July 3, 2019

Second Pregnancy - Part 7 -

3 Julai 2019, Rabu

haluuu. okay, baru balik dari checkup kat klinik warga tadi. Alhamdulillah, baby okay. aku je la. ada gula sikit dalam urin. masuk2 je doktor tanya minum apa pagi tadiiii. ada gula sikit ni. hahaha aku pun sengih2 je la. saya minum nescafe pagi tadi. beli kat kafe 😀 then procedure biasa je. cek perut, dengar jantung baby, set appointment untuk blood test. nak cek hb dan yang berkaitan.

harini 36 minggu 1 hari. fiqa dengan saleha dua2 dah bersalin. diorang berdua ni sama2 mengandung dengan aku. beza due kitorang bertiga ni 2 minggu je. patutnya sorang awal julai, sorang tengah julai, and aku akhir julai. tapi yang tengah julai tu bersalin hujung jun pulak. hahahaha adoii. now tinggal aku sorang je yang masih dalam journey pregnancy ni. takpe baby. kita relaks dulu. baru 36 minggu. awak membesar dulu dalam perut ibu baik2. bagi perfect semua baru keluar okay. aminnn.

bulan puasa haritu alhamdulillah aku berjaya puasa penuh! yeayyyyy first time okay puasa penuh lepas baligh ni. hahahha perasaan dia lain sikit. kalau tak selalu mesti kena ganti lebih dari 10 hari. every year. but this year, non adooo. hehehe risau tu memang ada. ye laa sebab time tu dah dalam trimester ketiga. tapi inshaAllah aku yakin Allah jaga aku dengan baby. plus doa dari orang sekeliling lagi en. syukur sangat2.

preparation? bag baby dan bag ibu? halamakkkkk. hahahha aku tak tahu kenapa, tapi aku tak kemas lagi. dulu, masa minggu ke berapa dah siap bag baby letak dalam kereta. walaupun banyak kali jugak keluar masuk bag tu sebab ada je benda aku nak tambah, nak tolak. hahaha. sekarang ni, hmm bag baby dah letak barang. but still tak perfect lagi. so bag tu masih dalam rumah. bag aku? lagi la belum. hahaha. dulu pun masa dah rasa contraction baru kelam kabut nak kemas, beli selipar bagai 😂 silalah jangan mencontohi saya. buatnya emergency kat tempat kerja ni haa. kalut suami aku nanti.

preparation mental? hmmmmm yang ni pun.... entah la. dah ready ke aku nak bersalin ni? aku sendiri tak tahu. ye, memang dah ada pengalaman and pengalaman tu orang kata still fresh sebab tahun lepas kan. tapi bila fresh tu la yang aku macam.. dah ready ke? hahha diri sendiri pun tak sure. hadap je la. haritu boleh. kali ni pun inshaAllah boleh. aku harap sangat semuanya dipermudah. bagi la aku peluang untuk beranak normal lagi. adik tolong bagi kerjasama kat ibu okay. behave. turun elok2. hehe

semoga semua urusan dipermudah. tak minta lebih pun. tu je pun cukup. aminn inshaAllah.
♥ Don't forget to smile ♥

Monday, June 17, 2019

Happy Birthday Adila!

Assalamualaikum

sedikit coretan buat anak sulung ibu ayah, Nurul Adila Zamya Binti Muhammad Zunnurain. adila besar nanti, dah pandai baca, adila baca tau!

harini genap setahun umur anak ibu ayah. setahun yang lepas, time macam ni ibu tengah menahan sakitnya contraction. tak tahu nak gambarkan macam mana. tapi berbaloi la sakit tu dengan kehadiran anak ibu ayah ni. adila la yang bagi gelaran ibu ayah dekat kami. kalau adila tak ada, tak ada la gelaran tu untuk kami. hehee

ibu sentiasa doakan kesejahteraan anak solehah ibu ayah ni. ibu minta maaf kalau ibu tak dapat jadi ibu yang terbaik untuk adila. ibu tak dapat nak sediakan kelengkapan yang sepenuhnya untuk adila. tapi ibu janji, ibu akan sentiasa berusaha untuk jadi yang terbaik! adila nyawa ibu. ibu harap sangat biar la ibu yang pergi dulu. sebab ibu tak nak rasa sakitnya kalau Allah tarik adila dulu. ibu faham anak ni cuma pinjaman sementara je untuk ibu ayah. lagi-lagi adila anak perempuan. hidup dengan ibu ayah kejap je. lagi lama dengan pasangan hidup nanti. sama la macam ibu. ibu kan anak perempuan juga. hehe

adila anak yang baik. jarang sangat meragam. kalau adila meragam tu mesti ada benda yang tak kena. setakat ni ibu ayah dapat detect lagi punca2 yang menyebabkan adila meragam sebab adila kalau takde apa2, adila tak akan meragam. adila kuat tidur. lagi2 kalau adila tak sihat. asyik nak tidur je kerja dia. sampai ibu jadi rindu tau walaupun adila ada je depan mata ibu. hehe

adila serba serbi cepat. cepat angkat kepala. cepat meniarap. cepat merangkak. cepat berjalan. umur 9 bulan anak ibu dah pandai jalan. meneroka 1 rumah. kelam kabut ibu kemas rumah. alihkan barang2 yang bahaya dari adila. ibu tak nak menyesal di kemudian hari. biarlah ibu berpenat, asalkan adila boleh bebas berjalan kat rumah kita tu tanpa ibu perlu risau. ya Allah, sayangnya la ibu kat anak ibu ni. haihh

adila lepas ni nak jadi kakak dah. tapi ibu kalau boleh tak nak la panggil adila kakak. sebab adila kecil lagi. tunggu dah besar sikit baru panggil kakak eyy. adila ebby. adik adila, ebby kecik. hehe comel tak? nanti adila tak sunyi dah la. dah ada kawan nak main. jangan gaduh pulak dengan adik ebby tu tau. adila kan baik :) kesian adila. kecil2 dah ada adik. tapi takpe! ibu dengan ayah janji kasih sayang kitorang sama je untuk adila dengan adik. inshaAllah kita sama2 saling sayang menyayangi. hehehe

Selamat Hari Lahir Nurul Adila Zamya! adila anak sulung keluarga kecil kita. puteri solehah ibu ayah. sayangggggggggg adila! 💕



♥ Don't forget to smile ♥

Sesungguhnya mencuri itu satu dosa