haluuu. okay, baru balik dari checkup kat klinik warga tadi. Alhamdulillah, baby okay. aku je la. ada gula sikit dalam urin. masuk2 je doktor tanya minum apa pagi tadiiii. ada gula sikit ni. hahaha aku pun sengih2 je la. saya minum nescafe pagi tadi. beli kat kafe 😀 then procedure biasa je. cek perut, dengar jantung baby, set appointment untuk blood test. nak cek hb dan yang berkaitan.
harini 36 minggu 1 hari. fiqa dengan saleha dua2 dah bersalin. diorang berdua ni sama2 mengandung dengan aku. beza due kitorang bertiga ni 2 minggu je. patutnya sorang awal julai, sorang tengah julai, and aku akhir julai. tapi yang tengah julai tu bersalin hujung jun pulak. hahahaha adoii. now tinggal aku sorang je yang masih dalam journey pregnancy ni. takpe baby. kita relaks dulu. baru 36 minggu. awak membesar dulu dalam perut ibu baik2. bagi perfect semua baru keluar okay. aminnn.
bulan puasa haritu alhamdulillah aku berjaya puasa penuh! yeayyyyy first time okay puasa penuh lepas baligh ni. hahahha perasaan dia lain sikit. kalau tak selalu mesti kena ganti lebih dari 10 hari. every year. but this year, non adooo. hehehe risau tu memang ada. ye laa sebab time tu dah dalam trimester ketiga. tapi inshaAllah aku yakin Allah jaga aku dengan baby. plus doa dari orang sekeliling lagi en. syukur sangat2.
preparation? bag baby dan bag ibu? halamakkkkk. hahahha aku tak tahu kenapa, tapi aku tak kemas lagi. dulu, masa minggu ke berapa dah siap bag baby letak dalam kereta. walaupun banyak kali jugak keluar masuk bag tu sebab ada je benda aku nak tambah, nak tolak. hahaha. sekarang ni, hmm bag baby dah letak barang. but still tak perfect lagi. so bag tu masih dalam rumah. bag aku? lagi la belum. hahaha. dulu pun masa dah rasa contraction baru kelam kabut nak kemas, beli selipar bagai 😂 silalah jangan mencontohi saya. buatnya emergency kat tempat kerja ni haa. kalut suami aku nanti.
preparation mental? hmmmmm yang ni pun.... entah la. dah ready ke aku nak bersalin ni? aku sendiri tak tahu. ye, memang dah ada pengalaman and pengalaman tu orang kata still fresh sebab tahun lepas kan. tapi bila fresh tu la yang aku macam.. dah ready ke? hahha diri sendiri pun tak sure. hadap je la. haritu boleh. kali ni pun inshaAllah boleh. aku harap sangat semuanya dipermudah. bagi la aku peluang untuk beranak normal lagi. adik tolong bagi kerjasama kat ibu okay. behave. turun elok2. hehe
semoga semua urusan dipermudah. tak minta lebih pun. tu je pun cukup. aminn inshaAllah.
0 budak cute:
Post a Comment