dah lama dah sebenarnya. tapi harini baru terasa nak bercerita. adila anak ibu dah kena demam campak masa tahun baru cina lepas. tak sempat nak ambil vaksin untuk demam campak dah kena serang dulu :') Masa tu adila baru nak masuk 8 bulan. nasib baik jugak dia kena time tu sebab cuti panjang. so ibu sentiasa ada dengan anak ibu.
hati ibu mana yang tak sedih tengok anak dia melepek je. selalu kita yang penat mengejar dia pusing satu rumah, masuk benda dalam mulut. tapi time dia demam tu, dia lemah je. tidur je kerja. bangun minum susu pun kena paksa. kalau tak memang dia tak nak minum. temperature dia paling tinggi haritu 39++. panas k. takut sangat masa pegang dia tu. dalam hati sentiasa berdoa semoga sakit dia cepat hilang. kalau boleh transfer kat ibu demam tu, ibu sanggup! asalkan anak ibu sihat.
adila mula demam hari ahad pagi. bangun tidur je terus rasa badan dia panas yang teramat. ibu dah risau dah. kenapa dengan anak ibu ni. walhal malam semalam tu dia okay je, aktif je kat kedai makan masa makan malam ramai2 dengan family ibu. tapi dalam hati, em takde apa kot. demam biasa je ni. inshaAllah! tapi panas dia tak kebah jugak. badan pun lembik je.
ibu masa tu dah la sorang2 sebab ayah pergi kerja. ibu dah blur tak tahu nak buat apa. umi turun bawah ambil adila bawak naik atas. tapi sama je panas adila tak kebah jugak. umi bawa turun balik lepas tu suruh ibu bawa anak ibu ni pergi klinik. hari isnin ibu cuti. memang dah ambil cuti siap2 sebab ingat nak cuti sesaja. ye la, selasa dengan rabu kan cuti umum. ada hikmah rupanya. dapat la ibu jaga anak ibu ni kat rumah hari2.
hari isnin ayah kerja. ibu dengan umi cuti. umi jaga adila lagi. tapi kejap je. umi bagi balik kat ibu sebab adila masa ni memang panas sangat. bintik2 merah pun dah mula naik kat muka dengan badan. petang tu ayah balik kita terus pergi klinik. doktor confirmkan memang campak. tapi entah la. sebab pernah tengok orang lain punya campak, teruk. adila punya biasa je bintik2 tu. tak berkudis sangat. risau nanti datang lagi sekali je penyakit ni. minta jauh sangat. tak boleh la. sedih tengok dia lembik centu. bangun tidur, tidur lagi.
kesian ibu tengok anak ibu. nak bagi makan ubat pun kena paksa sebab dia tak selesa kot. 2 botol jugak ubat demam adila. dengan 1 botol ubat anti viral untuk demam campak tu. kadang tu adila makan ubat pastu termuntah balik. ke ibu yang tak reti bagi adila makan ubat? hm maaf ye sayang. ibu time adila tak sihat, nak tidur pun tak senang. sentiasa je tengok jam sebab tak nak terlepas waktu makan ubat.
Alhamdulillah, 3 hari adila panas teruk. lepas tu adila tak panas dah. cuma lembik je. dah seminggu tak sihat, lepas tu anak ibu ni dah jadi macam biasa balik. dah aktif dah anak ibu ni. hehe ibu lega sangat adila sihat walaupun penat nak kejar dia balik :') ye lah, dah aktif kan. habis satu rumah dia tawaf. hahaha
harap-harap anak ibu ni sihat walafiat je la ye sayang. baru ibu faham rasa susah hati bila anak sakit ni. ibu sayangggggg anak ibu! ^^
0 budak cute:
Post a Comment