Monday, October 16, 2023

Third Pregnancy - Part 5 -

 Assalamualaikum,

16 Oktober 2023

Halu halu. Welcome to countdown period! hehe Alhamdulillah dah 36 minggu 5 hari. Dah boleh countdown untuk bersalin. Tunggu masa je ni. Masa Adila haritu, 38 minggu++ dah bersalin. Time Arfan, on EDD. So untuk kalini, kita tengok la dia nak keluar awal ke lambat. Yang penting, barang-barang tak settle lagi hahaha. Entah la. Dulu kemas barang sikit je. La ni, nak kena kemas barang sendiri, barang Adila, barang Arfan lagi. Ye la, nak duduk sebulan lebih kat rumah mama kan. Mood tu tak tahu la bila nak sampai. Harapnya mood tu sampai sebelum bersalin la. Jenuhhh kalau dah bersalin nanti. Kesian kat Zunnu 😂

Last week hari Khamis ada appointment kat HCTM. Berat baby time scan tu dah 2.984kg. So aku expect berat baby time bersalin nanti akan jadi 3kg++ jugak la. Sama macam sebelum ni. Harapnya mudah la bersalin. Jangan la koyak banyak sangat. Risau jugak. Pregnancy kalini aku alah banyak benda. Air kelapa pun aku alah tau. Tak dapat la amalkan minum air kelapa kalini. Minum 2 kali je haritu. Lepas minum tu terus MC hahahah teruk betul. Yang kali pertama tu, aku cuba husnuzon mungkin bukan sebab air kelapa. Tapi bila kali kedua minum aku terus tak sihat tu, aku yakin la memang aku alah air kelapa. Alahaii. Sabar je lah kan.

Sekarang, target aku nak settlekan kerja-kerja kat office ni. Tak nak tinggalkan banyak sangat kerja untuk pass kat orang. Segan pun ye jugak nanti kan. So baik aku buat dulu semua. Nanti pengganti aku tu tinggal nak sambung yang on going punya kerja je. Tak beban sangat.

Bila nak dekat bersalin ni kan, rasa sayu je tengok anak-anak. Lagi-lagi si budak kecik tu. Arfan tu sangat lah manja dengan aku. Mungkin sebab aku breastfeed dia sampai 3 tahun lebih, so dia sangat attached dengan aku. Nak pisah tempat tidur pun ambil masa jugak haritu. Padahal bentang toto kat bawah katil je. Bilik still bilik yang sama. Ingat lagi masa awal-awal tu, time nak tidur dia nangis dulu sebab kena paksa tidur kat bawah. Tetiba tengah malam, dia ada kat sebelah aku atas katil 😂 

Adila lain. Dia macam independent sikit. Adila dia okay je tak tidur rumah kitorang pun dia okay sebab dia dah biasa dari kecil. Kadang tidur rumah nenek sini, kadang tidur rumah nenek sana. Maybe sebab dia pun tak direct feeding dengan aku. Minum susu botol je dari kecil. Susu badan, tapi guna botol. Arfan direct feed. Mungkin tu salah satu faktor jugak.

Agak-agak Arfan jealous tak nanti bila baby dah keluar? Nervousnya ibu. Semoga yang baik-baik je la. Haaa mood mengemas tu tolong la sampai cepat sikit. Dah hujung dah ni. Bag hospital pun bag baby je yang dah siap. Bag ibu tak siap lagi. Adehh 


♥ Don't forget to smile ♥

Monday, September 18, 2023

Third Pregnancy - Part 4 -

 Assalamualaikum,

18 September 2023

Braxton Hicks. Pernah dengar tak? Yes, braxton hicks tu contraction palsu yang most of ibu-ibu mengandung ni akan rasa start 32 minggu atau hujung trimester kedua. Tapi sebenarnya bila buat pembacaan, diorang kata dari awal mengandung lagi dah ada tapi tak ketara so tak terasa sangat la sakit tu. Minggu ni aku dah 32 minggu nak masuk 33 minggu. Makin ketara eh braxton hicks ni. Sakit ;') Start hujung minggu baru ni aku dah rasa ketara pula. Tak tentu masa pula tu. Tetiba dia datang, tetiba dia pergi hahaha

Rasa dia macam tetiba perut mengeras, pastu macam memulas sikit, rasa tegang, tapi entah la. Tak reti sebenarnya nak describe. Tapi dia macam contraction la kot. Cuma tak seteruk contraction. Ke macam senggugut eh? Sebab senggugut pun aku tak pernah kena, so aku tak tahu hahaha Yang penting, sakit. Bila kena tu, aku macam tak boleh nak buat apa. Salah position sikit, sakit. Kadang tengah duduk tak buat apa pun, tetiba sakit. Tak risau sangat sebab aku tahu benda ni normal. Mengganggu kehidupan? Sikit je la sebab dia sakit kejap-kejap je kan.

Takpe la. Pengalaman. Bukan selalu and bukan lama pun. Aku pun lagi sebulan lebih InshaAllah dah due dah. Dah nak jumpa baby. Lepas ni road to kurus balik lahh hahaha Menyusu nanti harap dapat membantu la turun berat ke berat asal. Haritu lepas stop menyusu, berat naik banyak juga 😅

Bag hospital untuk baby dah siap. Dah masuk dalam kereta dah pun. Tinggal barang aku je belum. InshaAllah minggu ni juga aku settlekan. So dah boleh rileks dah. Tinggal nak memunggah stor je nak cari balik baju-baju baby yang lama-lama tu, nak kena cuci balik. Benda ada, kita jangan membazir. Baju baru ada juga dah beli dalam 10 pasang. Lagipun baby ni cepat je membesar. Nanti tetiba dah tak muat. Haritu beli barang-barang kat ibumanja tu pun, banyak juga habis duit. Tu pun ada lagi beberapa barang yang aku tak beli lagi sebab takde yang berkenan. Pastu ada yang aku sambung shopping kat tiktok. Hahaha tapi kan, shopping kat tiktok ni, murah tu memang la murah. Kualiti je la tak seberapa. Sis redha. Nasib murah, so kalau dia rosak nanti aku beli je la yang lain.

Last week aku ada appointment kat HCTM. Scan baby, estimated berat baby dah 1.9++kg. Almost 2kg. Kalau dalam apps pregnancy ni supposedly berat baby baru 1.7kg centu. Agak-agak besar juga ke baby aku kali ni. I wonder. Time Arfan haritu, berat dia 3.62kg. Adila 3.12kg. Baby ni berapa la pula hehe Tak sabar dah nak bersalin. Tapi dalam masa yang sama, macam belum fully prepared. Ye lah, barang pun ada lagi yang tak lengkap. Baby pun belum capai tempoh matang lagi. Tapi nanti dah bersalin, rindu pula nak mengandung. Ahh sudahh 😂😂


♥ Don't forget to smile ♥

Sesungguhnya mencuri itu satu dosa