Tuesday, July 23, 2019

Second Pregnancy - Part 9 -

23 Julai 2019, Selasa

Assalamualaikum. Bila nak end of journey ni? 😂 ingatkan dah masuk fasa counting days haritu dah boleh end of pregnancy journey. but whattt? still ada part 9? hopefully takde part 10 la pulak. hahahaha adik suka ye duduk dalam perut ibu? rasa selamat? takpe. duduk la sayang. nanti dah ready keluar ya. ibu ayah dengan ebby besar tak sabar nak jumpa awak ni. nak cium bau syurga. ebby besar dah bau air liur je sekarang ni 😆😆

harini genap la 39 minggu mengandung. terasa lama pulak. masa adila haritu 38 minggu 6 hari dah keluar dah dia. tak sempat nak 39 minggu. tapi yang ni, eh eh. tak nak keluar pulak. tanda pun tak ada lagi. nak kata tak banyak jalan, emm banyak jugak aku jalan. hari2 dari tempat parking nak ke office aku jalan jauh. sakit pinggang dengan kaki tu ada la. sakit contraction non adooo. kadang2 rasa macam nak down pulak bila tanda satu pun takde lagi. ye la, aku expect before minggu ke 39 dah bersalin. nak nak pulak ni second pregnancy kan. tapiiiii aku terima je hakikat yang lain pregnancy, lain la journey dia. dia nak bagi aku puas manja2 dengan adila dulu kot. sebab lepas ni mesti aku kena fokus kat dia kan. dengan sakit lepas bersalin lagi. sedih pulak bila fikir benda ni.

dalam rasa tak sabar nak bersalin, rasa takut pun ada. seiring dan sejalan. memang la tak sabar nak bersalin sebab dah tak larat rasa membawa perut ni. berat. kalau salah duduk, sakit. salah baring, sakit. salah jalan, sakit. semua pun nak sakit. haihh. tapi bila fikir balik sakit contraction, lagi sakit. kena gunting, sakit. kena jahit, sakit. sembelit lepas bersalin, seriauuuu. hahahahaha susahnya bila banyak fikir. alahai. memang kita doa urusan dipermudah. tapi dah nama pun bersalin. mana ada orang bersalin tak sakit 😂 nak tak nak kena hadap jugak kan. so harapnya cepat bersalin, cepat sakit, cepat sembuh. aminnn. tak sabar nak rehat 3 bulan!
♥ Don't forget to smile ♥

Monday, July 8, 2019

Second Pregnancy - Part 8 -

8 Julai 2019, Isnin

Assalamualaikum. okay, minggu ni adalah minggu yang ke 37 ye awak awak semua. jadi dah boleh mula counting days kot? sebab bila2 masa je tanda bersalin akan datang. barang baby dah siap prepare. finally! tinggal barang2 aku je la yang belum siap lagi. in fact, tak siapkan lagi pun. beg mana nak pakai pun tak decide lagi. hahhaha harapnya tanda bersalin tu tak turun time aku kerja la. payah. kalau macam adila dulu, kena kat rumah. so before pergi hospital tu boleh buat final check beg2 aku dan baby. dah lengkap, mandi siap2, terus shoot pergi hospital. kalau kena time kerja? terus ke PAC la aku. siapa suruh kerja kat hospital. buang masa je rasa kalau nak balik rumah pastu datang balik hospital. kan? ke tak? 👀

bila dah menunggu hari ni, makin rajin la aku duk google pengalaman orang bersalin, tanda2 contraction yang betul, cara2 nak push, dan lain2 yang berkaitan. orang kata bila dah dekat ni jangan difikirkan sangat. sebab takut nanti asyik teringat2 je. and yes! dah berapa kali dah aku asyik termimpi aku bersalin. yang latest punya mimpi ni, aku mimpi aku pecah ketuban masa kat tempat kerja and barang2 baby dan aku tak siap pack lagi! hahahaha punya la kabut laki aku dalam mimpi tu nak siapkan barang2 tu semua. dengan parking penuhnya lagi. hhahaha tapi yang bestnya, dalam mimpi tu proses bersalin aku mudah je. tak rasa sakit pun. tiba2 dah 5cm bukaan. kau rasaaaa. tak ke aku excited bila ingat balik time bangun tidur tu? 😝

tapi, nama pun mimpi kan. hakikatnya, kalau tak sakit, macam mana nak push? sedangkan kau amik epidural pun dia stopkan masa nak push tu sebab nak bagi rasa sakit tu. haaaa. pastu, bila duk baca pengalaman orang bersalin, tetiba aku rasa takut ya amat. ye, aku takut nak melalui proses tu lagi. walaupun benda tu baru lagi aku lalui last year, tapiiii... sebab baru la kot aku takut. sebab aku ingat lagi rasa sakit lepas bersalin tu macam mana. dalam masa yang sama aku risau aku tak mampu nak push. dulu pun push banyak kali baru keluar. midwife cakap pandai aku push, tapi tak. aku rasa aku tak pandai sangat sebab bila baca orang lain punya push tu 2-3 kali je dah keluar. aku dulu? lebih dari tu kot. mungkin juga faktor aku tak sihat time tu. ye la, aku selsema and batuk. so nafas jadi pendek. nak push lama2 pun tak dapat. sedihnya rasa.

aku harap sangat2 proses kali ni dipermudahkan. aku harap aku diberikan kesihatan yang baik dan tenaga yang cukup untuk melahirkan anak kedua aku ni nanti. tanpa ada sebarang komplikasi. Amin, InshaAllah. setakat harini, macam dah banyak kali dah aku rasa baby turun kat bawah tu. tapi rasa je la. tak sure betul ke tak rasa tu. ke aku je yang perasan en. hahaha false contraction pun macam dah banyak kali. perut keras perkara biasa. sakit kat ari2 tu pun ada la jugak sikit2. setiap kali rasa sakit kat ari2 tu aku mula la risau. dah sampai masa ke? barang tak siap lagi. camane ni? hahahha

so malam ni kena la rajinkan diri jugak untuk pack barang aku.asingkan siap2 semua benda yang nak bawa untuk pergi hospital nanti. oh, dengan packing barang untuk pantang kat rumah mama nanti. kang takde baju nak pakai kat rumah mama susah pulak. hhahaa okayyy done membebel!
♥ Don't forget to smile ♥

Sesungguhnya mencuri itu satu dosa