Monday, December 31, 2018

Checklist barang keperluan ibu dan baby

Haluuuu

Baiklah. memandangkan aku dah pun bersalin 6 bulan yang lepas, boleh la kiranya aku share checklist barang-barang keperluan ibu dan baby untuk pergi hospital. untuk panduan aku jugak supaya nanti bila dah mengandung anak kedua, tak perlu lah aku google dah checklist-checklist ibu yang lain. sementara masih ingat ni kan walaupun tak fresh mana. hikhik

Barang ibu:

1. Kad pengenalan
ni sangat penting okayy

2. Buku pink
jangan tinggal pulak. masa dah sarat buku ni kena sentiasa bawa tau. walau ke mana kita pergi. jangan tinggal!

3. Handphone & charger/power bank
ni memang sentiasa ada kan. penting untuk ibu contact orang yang patut nanti. boleh juga diguna untuk mengisi masa lapang sementara menunggu bukaan. itu pun kalau larat lah ;p

4. Disposable panties - 1 bungkus (ada 5 dalam dia)
yessssss, sangat penting ini barang! hahaha belilah banyak2 bungkus sebab bukan pakai masa kat hospital je. aku sampai kat rumah pun pakai. yelah time ni kan kita punya darah nifas tengah heavy. so confirm2 banyak dan panties akan kotor. ibu rasa larat nak tonyoh2 berus2 masa tu? baik pakai yang disposable je. senang :D

5. Maternity pad - 5-6 pcs
aku beli brand madame. orang kata boleh je pakai pad biasa yang overnight tu. tapi aku tak boleh kot sebab aku rasa madame ni lagi selesa sebab dia tebal dan lembut dan empuk. hihihi. tapi aku beli 1 paket je la. cukup la untuk 2 minggu. lepas tu baru aku pakai pad overnight tu

6. Kain batik/skirt - 2pcs
sebenarnya 1 pun dah cukup sebab masa kat hospital kan pakai baju yang diorang bagi. ibu pakai kain tu masa discharge je. aku prefer skirt tapi mama suruh pakai kain batikkkk. hahahah mama cakap apa ni dalam pantang pun nak melawa ke ;p

7. Blouse - 2pcs
again, ni sebenarnya 1 pun dah cukup. tapi kalau beg ibu besar boleh la standby 2. sesaje je. kalau malas pun takpe. 1 is enough. yang peting baju ibu tu ada butang atau zip. untuk mudahkan kerja ibu nak menyusukan jugak nanti. kalau takde pun is okayy. sebab aku haritu pun rasanya pakai blouse biasa je

8. Baju sejuk - 1pcs
penting sebab kita kan dalam pantang masa ni. tak boleh sejuk2. jangan tanggal kecuali nak pi mandi. kalau boleh pakai all the time kayy. aku haritu culas jugak. panas woii tidur dah la kipas slow sebab takut masuk angin. dengan sweater lagi, stokin lagi. adududuu

9. Stokin tebal - 1pcs
dalam pantang kena pakai ya. 44 hari. lebih pun boleh. tak ada masalah

10. Tudung sarung - 1pcs
kalau rajin nak melilit boleh je bawak shawl. aku malas! hehehe

11. Breast pad - 2 pair
sila lah beli kalau tak nak baju anda basah

12. Toiletries

13. Minyak angin
aku bawak minyak herbanika nona roguy tu :D

14. Selipar - 1 pair
aku pakai kasut yang macam crocs tu je. senang. sarung je dan boleh jalan dah. hahha

aku rasa untuk barang ibu itu je la kot.

itu lah pakaian pulang dari hospital aku. hehe duduk kerusi roda sebab jauh oi nak jalan!

so now, we go for barang baby

Barang baby:

1. Pampers - 6 pcs *lebih lagi pun takpe
2. Baju siang - 2 pasang
3. Baju malam - 2 pasang
4. Barut - 4 pcs
5. Bedung - 1 pcs
6. Mitten & Booties - 4 pasang
7. Topi - 1 pcs
8. Baby wipes - 1 plastik
9. Baby care (Lotion, bedak, syampu, baby oil, baby bath) - 1 set
10. Tuala - 1 pcs
11. Minyak yuyi - 1 botol

Untuk labor room, sediakan sepasang baju, mitten & booties dan juga pampers. yang ni nanti nurse akan mintak :)

untuk barang baby ni ramai yang bagi tips letak dalam plastik siap2. means satu set satu plastik. tapi aku tak buat macam tu pun sebab aku bukanlah seorang yang rajin. hihihi aku susun je dalam beg baby semua barang dia. tapi sebenarnya macam tak semua barang pakai pun. contoh baby care tu. tak pakai sebab nurse yang mandikan and terus siapkan adila sekali dengan bedung. dah la bedung kemas gila. cantik je. oh bedung pun pakai hospital punya. aku cuma sediakan baju, mitten & booties. tuala pun tak pakai sebab hospital dah ada tuala sendiri. so kalau nak jimat ruang tak yah la bawak. tapi bawak pun tak salah. depends :)

barang aku pun ada je yang tak pakai. contohnya mestilah toiletries ;') tak pakai sebab aku tak mandi pun. tengah sakit mana la nak fikir semua tu. teruknya aku. sila jangan mencontohi asmidar ni ok. alahh lagipun aku dekat wad sekejap je. ahad malam pukul 9 aku bersalin, pukul 11 masuk wad, esok tengahari dah boleh discharge sebab baby dah selesai berak kencing semua. Alhamdulillah dipermudah. balik rumah baru mandi puas-puas bagi wangi.

kemas kan dia balut
Anak ibu ayah yang comel ni ♥
Sekian sahaja. harapnya membantu la ibu-ibu yang bakal menimang cahaya mata ni kan. aku pun nanti mesti ada yang kedua dan seterusnya. so boleh lah jadi panduan untuk diri sendiri jugak. hehe
♥ Don't forget to smile ♥

Monday, December 3, 2018

Adila 5 Bulan

Assalamualaikum,

Okay, anak ibu dah cukup 5 bulan 17 nov lepas. perkembangan? di usia 5 bulan ni anak ibu dah pandai bergolek, hempas badan ke depan, masuk bawah kerusi secara reverse, amik puting masuk dalam mulut sendiri, melompat2, bergerak sendiri dengan lajunya pakai walker dan ketawa bila tengok ayah dia. hahaha adila ni kan, bila aku yang agah dia buat bodoh je. paling2 pun respon dia sengih je. tanpa bunyi. tapi bila dengan ayah dia, ayah dia sengih pun dia ketawa dengan semangatnya tau. hmm anak ibu oh anak ibu

berat adila, 6.9kg. almost 7kg jugak la. berat dia Alhamdulillah memang tiap2 bulan naik. tapi bulan ni yang peliknya tinggi dengan ukur lilit kepala tak naik. maintain je sama macam masa 4 bulan tu. aku tanya nurse, okay ke? takpe ke tak naik? yelaa risau la kot ada problem ke en. then nurse kata takpe. kita tengok masa dia checkup 6 bulan nanti camane. hehe lega aku

bulan depan dah boleh start bagi makanan kat adila. excited aku cari resepi bubur. hahaha rajin ke? inshaAllah. orang kata untuk anak sanggup buat apa je en. harap2 aku pun jadi typical mother la. hikhik nak masak bubur, nak beli bubur nasi yang nestle tu. harapnya anak aku okay la boleh terima makanan tu semua. dan semoga anak ibu ni membesar dengan sihatnya lagi. adila cukup makan ibu pun senang hati :D

nothing much on this month. aku pun tak tahu nak cerita apa. yang aku tahu anak aku comel! kbyeeee hahahaha
♥ Don't forget to smile ♥

Sesungguhnya mencuri itu satu dosa