Tuesday, May 7, 2013

Hidden Meaning

assalamualaikum
annyeonghaseyo, meyyda imnida

just want to share something interesting here. satu gambar yang mempunyai makna yang sangat mendalam. orang yang banyak berfikir je rasanya boleh menafsirkan gambar2 ni dengan betul2 tafsiran yang sangat bermakna, krik krikk, ayat apa tu -.- as sertakan sekali pendapat orang2 yang cuba menerangkan gambar ni. as amek apa yang as rasa terbaik aje ;) okay, let's check it out.

dia boleh keluar dari kegelapan dan tempat yang berada sekarang. tapi dia bertindak kurang bijak dengan mengendahkan peluang yang ada tu.

bagi yang mengamalkan freemason *kalau tak tahu boleh google mereka percaya akan ada kewujudan dajal yang akan membantu mereka suatu masa nanti sebab tiang tu merupakan lambang kepercayaan mereka.

lagi satu pendapat tentang gambar ni, tiang tu hidung pinoccio yang menunjukkan penipuan yang sedang dilakukan oleh kerajaan yang mentadbir sebab bangunan belakang tu dikaitkan dengan bangunan pemerintah kerajaan.

orang2 kaya akan terus hidup dalam kesenangan dan kemewahan sedangkan orang miskin perlu bekerja keras setiap hari untuk menampung hidup mereka.

fakta yang direka-reka oleh orang2 barat akan mempengaruhi seluruh manusia yang mahu mengenali ilmu. jadi mereka memutarkan fakta untuk menunjukkan bahawa negara lebih hebat dan bijak. sedangkan ilmu yang dikeluarkan adalah dari para ilmuan islam.

mereka boleh mereka-reka cerita dan juga merancang agenda dan misi yang mahu mereka kecapi. sebagai contoh, peristiwa 11 september. itu adalah rekaan mereka semata-mata ingin penduduk dunia menyalah anggap orang islam sebagai terrorist.

orang bawahan akan dikerah bekerja oleh oran atasan mereka..

merupakan antara unsur pengkhianatan.

orang bawahan tidak layak bermain dengan orang atasan. orang bawahan hanya layak sebagai orang suruhan mereka.

mereka mahu mengawal dan menakluk dunia. impian mereka adalah untuk memerintah dunia mengikut cara mereka sendiri.

orang miskin perlu bekerja keras untuk memberi faedah kepada mereka sedangkan mereka yang duduk di dalam rumah itu bersenang-lenang. orang bawahan memberi kekayaan kepada orang atasan sedangkan orang bawahan itu yang bersusah-payah.

dalam diam, mereka mahukan kehancuran terhadap sesuatu bangsa tersebut. mereka menggunakan cara yang paling halus sama ada secara sedar ataupun tidak.

sumber : S I N I

interesting kan? setiap orang ada pandangan sendiri tentang gambar2 ni. as pun ada pandangan as sendiri. pendapat yang as tulis kt atas tu, bukan dari as taw. dari komen2 yg orang lain bagi :) ada yang sama dengan pendapat as,ada yang tak. ada yang as tak tahu nak komen apa pun. haha as tak mempunyai pemikiran yang sesuai lagi untuk tafsirkan gambar2 ni. jawapan yang sebenar, as sendiri tak tahu. yang pasti, orang yang hasilkan gambar2 ni, ada makna yang tersurat dan tersirat yang dia nak sampaikan. and dia sangat genius!

♥ Don't forget to smile ♥

Monday, April 29, 2013

SLE (Systhemic Lupus Erythematosus)

assalamualaikum
annyeonghaseyo, meyyda imnida

okay, dah lama sangat tak update kan kannn. pemalas macam ni lahh haha. harini rasa macam nak share sikit pasal penyakit SLE ni. ada yang tahu, and ada yang tak tahu. mariiiii tambah pengetahuan masing2 ;D

apakah SLE aka systhemic lupus erythematosus?
SLE ialah penyakit kronik autoimun di mana antibodi dalam tubuh pesakit yang sepatutnya melindungi badan untuk melawan penyakit tiba-tiba `berubah’ dengan menyerang sel badan atau organ manusia. Dalam kata lain, ia satu gangguan sistem imun membabitkan sistem imun itu sendiri melawan bahagian-bahagian tubuh yang sepatutnya dilindungi.
Menurut Pakar Perunding Rheumatologi Hospital Putrajaya, Dr. Heselynn Hussein, penyakit ini berlaku secara tiba-tiba kepada seseorang individu dan puncanya tidak diketahui. Ia menjadikan sistem daya tahan tubuh menjadi berkecamuk dan bercelaru.

Jelasnya, penyakit ini menyerang individu secara tiba-tiba dan masa ia menyerang tidak diketahui. Ia mempunyai spektrum yang luas di mana ada pesakit yang mendapat penyakit SLE ringan dan ada yang memperoleh serangan sangat serius. Ia boleh menyerang kulit sahaja dan ia boleh menyerang sendi, buah pinggang, jantung, paru-paru, saraf dan otak.

“Penyakit ini boleh membawa maut kerana SLE berupaya menyebabkan kegagalan fungsi organ atau serangan SLE itu sendiri terlalu kuat yang dinamakan krisis lupus. Antibodi juga boleh memecahkan sel-sel darah merah dan menyebabkan pesakit kurang darah merah,” ujarnya.

Berbicara tentang simptom awal, Heselynn menerangkan penyakit ini tidak mempunyai simptom spesifik dan ia berubah-ubah mengikut individu. Secara umumnya, ada yang menderita demam, mendapat ruam, rambut gugur, sakit sendi, mudah penat dan kemurungan.

“Itulah sebabnya penyakit ini dinamakan penyakit seribu wajah kerana simptomnya berubah-ubah mengikut individu. Adakalanya sukar untuk doktor mengesahkan penyakit ini kerana wujudnya unsur-unsur penyamaran. Misalnya, salah satu simptomnya ialah sakit sendi sedangkan ada banyak lagi penyakit lain yang turut menyebabkan sakit sendi,” ujarnya sambil memberitahu untuk mengesahkan penyakit ini, pesakit yang sudah menampakkan simptom perlu menjalani ujian darah antinuklear antibodi (ANA).
punca penyakit SLE
Punca sebenar penyakit ini belum dapat dipastikan tetapi kemungkinan besar mempunyai kaitan rapat dengan gabungan pelbagai faktor seperti genetik, hormon, sistem imun badan dan persekitaran seperti virus Ebstein Barr.Dalam kebanyakan pesakit SLE, terdapat gen-gen tertentu yang lebih banyak frekuensinya berbanding dengan mereka yang sihat.


Kebarangkalian mewarisi gen-gen itu adalah tinggi bagi keturunan pesakit tersebut biarpun bukan seratus peratus.Unsur ultraungu di dalam sinaran matahari merangsang sel-sel keratin di dalam kulit untuk mewujudkan protein-protein asing di permukaan sel.


Kesemua faktor di atas akan berhubung kait antara satu sama lain dan mewujudkan antibodi terhadap tisu-tisu badan dan penghasilan kompleks imun.Kompleks-kompleks inilah yang bertanggungjawab terhadap kerosakan yang berlaku di dalam badan pesakit SLE.
gejala-gejala SLE
- Sakit sendi atau bengkak sendi/artritis
- Rasa lesu 50 peratus.

- Demam yang tidak tentu
- Pecah-pecah mulut
- Masalah kulit
- Buah Pinggang
- Sistem Saraf
- Gugur rambut
- Tompok-tompok merah atau ruam merah berbentuk kupu-kupu pada bahagian muka
- Kiraan darah putih yang rendah
- kiraan platelet rendah
- Sawan
- gangguan urat saraf.


PerhatianKebanyakan pesakit SLE sudah pun mempunyai gejala-gejala seperti di atas semasa berjumpa doktor.Gejala-gejala ini boleh timbul secara sendirian lantas menyukarkan diagnosis ataupun secara serentak.Ia juga boleh timbul pada masa-masa berlainan yang boleh menyebabkan tertundanya diagnosis SLE.
diagnosis
Selain beberapa ujian darah yang diperlukan, ujian air kencing juga diperlukan bagi mengesan protein dan sel darah merah termasuk yang abnormal di dalam air kencing, di samping mengukur kandungan protein di dalam air kencing yang berkaitan dengan tahap kreatinin.Penglibatan organ-organ dalaman seperti buah pinggang, perlu dikesan lebih awal kerana kerosakan organ tersebut berlaku secara halus sebelum siasatan darah menjadi abnormal.
rawatan
- Menentukan keaktifan penyakit SLE dan penglibatan organ-organ.

Keaktifan penyakit merujuk kepada keradangan organ-organ yang terlibat dan darjah kerosakan organ merujuk pula kepada indeks kerosakan sesuatu organ itu.
Keaktifan penyakit, diukur melalui sejarah klinikal, pemeriksaan pesakit secara teliti, ujian spesifik organ-organ dan serologi.


- Pengubahsuaian gaya hidup.

Diet yang sesuai bergantung kepada ciri-ciri SLE yang dialami pesakit. Mereka yang mempunyai SLE aktif memerlukan kalori yang bertambah.Rawatan steroid menambahkan selera makan pesakit SLE. Justeru, kebanyakan pesakit mempunyai berat badan yang berlebihan.Sementara itu peningkatan paras lemak berlaku di dalam pesakit yang mempunyai hefrotik atau yang diberi rawatan steroid.Oleh itu, mereka perlu mengawal pemakanan melalui pengambilan diet rendah lemak.Rawatan menggunakan ubat statin boleh diberikan jika paras kolesterol masih tinggi selepas pengawalan diet.Pesakit SLE tidak perlu mengambil vitamin kecuali jika mereka kurang selera makan.Kebanyakan pesakit SLE juga mempunyai paras vitamin D aktif rendah manakala pesakit yang menerima steroid perlu diberikan kalsium, vitamin D dan bisfosfonats untuk meminimumkan kehilangan tulang.


- Senaman; kekurangan aktiviti badan semasa berlakunya peringkat aktif menyebabkan kehilangan otot-otot badan dan pengurangan stamina.

Oleh itu seseorang pesakit digalakkan menjalani senaman secara berperingkat-peringkat.


- Merokok boleh meningkatkan risiko SLE. Perokok juga mempunyai keaktifan SLE yang tinggi.

- Elakkan tekanan kerana ia boleh menyebabkan SLE menjadi aktif. Perlu berfikiran positif sentiasa.

- Perlindungan kulit, seperti menggunakan perlindungan matahari SPF sekurang-kurangnya 45. Pesakit digalakkan memakai payung, topi atau baju lengan panjang.

sekian ;D
maklumat2 tu semua as ambil dekat blog ni, JEJARI RUNCING yg dipetik dari berita harian

p/s mama as merupakan salah seorang pesakit SLE. doakan kesihatan beliau :)

♥ Don't forget to smile ♥

Sesungguhnya mencuri itu satu dosa