Monday, September 18, 2023

Third Pregnancy - Part 4 -

 Assalamualaikum,

18 September 2023

Braxton Hicks. Pernah dengar tak? Yes, braxton hicks tu contraction palsu yang most of ibu-ibu mengandung ni akan rasa start 32 minggu atau hujung trimester kedua. Tapi sebenarnya bila buat pembacaan, diorang kata dari awal mengandung lagi dah ada tapi tak ketara so tak terasa sangat la sakit tu. Minggu ni aku dah 32 minggu nak masuk 33 minggu. Makin ketara eh braxton hicks ni. Sakit ;') Start hujung minggu baru ni aku dah rasa ketara pula. Tak tentu masa pula tu. Tetiba dia datang, tetiba dia pergi hahaha

Rasa dia macam tetiba perut mengeras, pastu macam memulas sikit, rasa tegang, tapi entah la. Tak reti sebenarnya nak describe. Tapi dia macam contraction la kot. Cuma tak seteruk contraction. Ke macam senggugut eh? Sebab senggugut pun aku tak pernah kena, so aku tak tahu hahaha Yang penting, sakit. Bila kena tu, aku macam tak boleh nak buat apa. Salah position sikit, sakit. Kadang tengah duduk tak buat apa pun, tetiba sakit. Tak risau sangat sebab aku tahu benda ni normal. Mengganggu kehidupan? Sikit je la sebab dia sakit kejap-kejap je kan.

Takpe la. Pengalaman. Bukan selalu and bukan lama pun. Aku pun lagi sebulan lebih InshaAllah dah due dah. Dah nak jumpa baby. Lepas ni road to kurus balik lahh hahaha Menyusu nanti harap dapat membantu la turun berat ke berat asal. Haritu lepas stop menyusu, berat naik banyak juga 😅

Bag hospital untuk baby dah siap. Dah masuk dalam kereta dah pun. Tinggal barang aku je belum. InshaAllah minggu ni juga aku settlekan. So dah boleh rileks dah. Tinggal nak memunggah stor je nak cari balik baju-baju baby yang lama-lama tu, nak kena cuci balik. Benda ada, kita jangan membazir. Baju baru ada juga dah beli dalam 10 pasang. Lagipun baby ni cepat je membesar. Nanti tetiba dah tak muat. Haritu beli barang-barang kat ibumanja tu pun, banyak juga habis duit. Tu pun ada lagi beberapa barang yang aku tak beli lagi sebab takde yang berkenan. Pastu ada yang aku sambung shopping kat tiktok. Hahaha tapi kan, shopping kat tiktok ni, murah tu memang la murah. Kualiti je la tak seberapa. Sis redha. Nasib murah, so kalau dia rosak nanti aku beli je la yang lain.

Last week aku ada appointment kat HCTM. Scan baby, estimated berat baby dah 1.9++kg. Almost 2kg. Kalau dalam apps pregnancy ni supposedly berat baby baru 1.7kg centu. Agak-agak besar juga ke baby aku kali ni. I wonder. Time Arfan haritu, berat dia 3.62kg. Adila 3.12kg. Baby ni berapa la pula hehe Tak sabar dah nak bersalin. Tapi dalam masa yang sama, macam belum fully prepared. Ye lah, barang pun ada lagi yang tak lengkap. Baby pun belum capai tempoh matang lagi. Tapi nanti dah bersalin, rindu pula nak mengandung. Ahh sudahh 😂😂


♥ Don't forget to smile ♥

Friday, September 1, 2023

Third Pregnancy - Part 3 -

 Assalamualaikum,

01 September 2023

Yeayy Alhamdulillah. Welcome to third trimester! Trimester akhir untuk journey kali ni. InshaAllah lagi 2 bulan kita jumpa ya baby. Ibu tak sabar nak peluk anak ibu ni. Yang paling ibu tak sabar sekali, nak cuti bersalin 3 bulan la hahahaha. Boleh berehat kejap dari kerja hakiki kat pejabat. Walaupun ibu tahu cabaran nak berpantang ni lagi mencabarrrr tapi takpe la. Bukan selalu. Lepas ni entah bila lagi nak rasa kan. Cukup dulu 3 orang ni. Ibu serahkan semuanya pada yang maha Esa.

By the way, cakap pasal list barangan keperluan ibu dan baby yang aku mention kat post sebelum ni. Yupp, aku dah pernah buat list tu masa lepas bersalinkan Adila dulu. So sedikit sebanyak dapat la membantu aku untuk buat list barang keperluan baby ketiga ni. Hehe Esok InshaAllah aku dan husband nak pergi cari semua barang keperluan tu. Baby dah 30 weeks. Dah boleh la slow-slow siapkan beg baby dan ibu untuk standby dalam kereta. Senang kalau apa-apa jadi, *Nauzubillah 

Macam biasa la, tempat shopping fav aku, Butik Ibumanja kat Gombak 😂 Tak tahu la kenapa aku suka sangat kedai tu. Banyak je branch dia yang dekat sikit dengan aku, tapi tak best. Pernah pergi yang kat Semenyih tu tapi barang-barang and vibe dia tak best macam yang kat Gombak ni. Gombak tu dah la jauh, kawasan macam serabut sikit, pastu kena naik tangga lagi, hahaha. Tapi Zunnu okay je nak bawa gi situ, aku onz je la. Dah try dah google kedai-kedai barang baby yang area rumah aku ni tapi macam tak ada yang best. Entah la. Tempat macam Manjaku tu pun aku tak berapa nak berkenan. So, ke Gombak la kitorang esok dengan harapan kedai tu masih best macam dulu. Ye la, Arfan pun dah 4 tahun. Maksudnya dah almost 5 years la aku tak jejak kaki kat kedai tu.

Okay, now kita cakap pasal baby pula. Haritu aku ada buat detail scan masa 28 minggu. Tapi dia dah jadi limited detail scan sebab saiz baby dah besar. Ada beberapa measurement yang dia tak dapat buat. Aku okay je sebab time tu memang buat decision last minit. Aku tak pernah buat detail scan kat klinik luar sebelum ni sebab selalu masa appointment kat hospital tu memang dah buat detail scan. Cuma haritu aku tak sedap hati bila dah beberapa kali scan, doktor cakap air ketuban aku banyak la, baby tak masuk position lagi la. So sis jadi risauuu. Padahal masa scan tu, ukuran baby okay je. Tapi tu la, bila ada masalah sikit, hati ibu mana tak risau kan. A week before, scan kat hospital, kepala baby dah turun bawah. Tetiba next week tu scan kat klinik kesihatan, baby senget pulak. Air ketuban pulak, lagi sikit nak terlebih dari paras normal. Masa tu 19.99cm. Limit klinik kesihatan, 20cm je. Lebih dari tu, dikira banyak. Hahaha tapi aku pun tak tahu apa treatment dia kalau terlebih air ketuban ni.

Aku ada tanya doktor juga apa punca air ketuban berlebihan ni. Doktor kata antara punca dia, ibu ada GDM. Tapi aku Alhamdulillah clean. Tak ada GDM. Dah 2 kali minum air gula, and dua-dua tu result aku normal. Soooo, I don't know. First time and tak tahu apa reason hmm

Makanya, aku pun decide nak buat juga detail scan kat luar. And Alhamdulillah masa detail scan tu, everything seems normal. Baby dah masuk position balik, ukuran air ketuban pun okay, jantung baby okay, and yang paling best, dapat tengok muka baby in 5D 😍 Sonographer tu sangat baik dan explanation dia sangat bagus. Recommended! Boleh la try survey Klinik Nuha, Bangi ya. Siap dapat free gift botol and sample susu Anmum Materna lagi tau. Report detail scan tu pun laju je diorang emailkan. Memang puas hati la. Ceh, promote pulakk hehe. Harga masa aku buat tu, RM144. Ada promo sempena Merdeka.

Latest scan baby hari rabu baru ni, 30 Ogos. And yupp Alhamdulillah, baby okay juga. Air ketuban pun dah normal reading dia hehe Sangat lega ya. Cuma aku je la tak berapa sihat. Tapi harini dah beransur sihat. So, hopefully akan sentiasa sihat je sampaiiiii la bersalin nanti. Tak larat dah nak muntah-muntah ni. Berat aku pun drop sikit haritu. Tapi no worries. Aku tahu drop sebab aku muntah and tak selera makan. So takde apa yang perlu dirisaukan 😁

Okay, sekian. Panjang nauu dah bebel kalini. Ikutkan banyak lagi nak cerita hahaha 


♥ Don't forget to smile ♥

Sesungguhnya mencuri itu satu dosa